Mitos didik anak remaja

MENJADI ibu atau bapa tunggal yang berjaya dalam mengasuh anak sesungguhnya bukan satu perkara mudah. Lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan anak remaja.

Berbanding dengan mereka yang memiliki keluarga sempurna, ketiadaan pasangan dalam bahtera perkahwinan sedikit sebanyak mempengaruhi ‘tugas’ penting mendidik anak.

Anda mungkin tercegat sambil tertanya-tanya ‘Bagaimanakah untuk menjadi ibu dan bapa pada masa yang sama?’.

Malah, anda berkemungkinan juga terdengar bisikan sinis yang berkata:

“Susah untuk membesar apatah lagi mendidik anak remaja. Mungkin sebuah keluarga yang sempurna lebih sesuai untuk tugas berat ini.”

Sebenarnya, terdapat banyak mitos mengenai didikan anak remaja yang perlu disingkirkan. Anak remaja lazimnya sukar menjadi jahat secara tiba-tiba.

Namun, andainya anda masih mempunyai tanggapan salah seperti itu, berikut adalah beberapa mitos tentang cara mendidik anak remaja yang perlu diperbetulkan:

1. Anak yang jahat akan sentiasa menjadi jahat

Satu perkara teruk yang boleh berlaku kepada ibu bapa adalah dengan melabelkan anak remaja mereka sebagai ‘jahat’. Menerusi cara ini, ibu bapa sebenarnya menekankan bahawa anak mereka sememangnya jahat dan tindakan ini seterusnya akan melekat terus pada minda si anak. Apabila ini berlaku, tidak mustahil anak remaja anda akhirnya percaya mereka adalah sejahat dan senakal yang difikirkan oleh ibu bapa.

2. Anda boleh memperbaiki anak remaja anda

Sekiranya hubungan anda dengan anak tidak baik, satu-satunya jalan penyelesaian adalah memperbaiki diri dan perilaku anda terlebih dahulu. Melalui cara ini, anda boleh mencari kaedah terbaik untuk berdepan dengan si anak. Mungkin sukar untuk anda mengawal emosi dan sifat pemberontak anak pada setiap masa tetapi anda dapat mengawal bagaimana tindak balas terhadapnya.

3. Hubungan yang baik adalah harmoni

Ramai ibu bapa gagal memberi garis panduan kepada anak agar tidak melepasi sempadan apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan kerana takut berdepan dengan realiti. Ibu bapa tidak boleh mengabaikan tanggungjawab mereka hanya untuk mengekalkan keharmonian sesebuah hubungan.

4. Berkongsi hampir segalanya dengan anak remaja anda

Berterus-terang dengan anak remaja tidak semestinya bermakna bersikap terbuka sepenuhnya. Ibu bapa merupakan contoh utama terbaik dalam kehidupan seseorang kehidupan anak remaja. Pada kebiasaannya, mereka ini akan berpendapat tidak salah untuk melakukan sesuatu yang turut dipraktiskan oleh ibu bapa.

5. Remaja lebih sayangkan kawan berbanding ibu bapa

Sebaik sahaja anak memasuki alam persekolahan, mereka kurang menghabiskan masa bersama keluarga. Pada ketika ini, kawan-kawan kelihatan lebih penting dalam kehidupan mereka. Anak remaja juga mulai membentuk identiti menerusi apa yang dilakukan, ke mana mereka pergi dan dengan siapa mereka menghabiskan masa.

Malangnya, remaja yang tidak berkeyakinan cenderung terikut-ikut dengan pengaruh rakan sebaya. Tetapi, jika dalam awal kehidupan mereka didedahkan dengan strategi dan pengetahuan bagaimana berdepan dengan keputusan yang susah, sudah tentunya mereka mampu menangani cabaran ini dengan mudah.

6. Anak remaja saya enggan bercakap dengan saya

Remaja sebenarnya suka bercakap. Tetapi mereka mesti mempunyai seorang pendengar yang baik. Namun, pastikan terdapat keseimbangan antara bicara rutin dengan perbincangan atau sembang yang bermakna. Masa dan usaha diperlukan untuk mencari tempat yang sesuai bagi berbincang dengan anak remaja tentang kehidupan dan cabaran yang dilalui. Kekalkan minda yang terbuka dan bersedia memberi perhatian kepada apa yang ingin disampaikan oleh anak remaja anda.

Satu lagi mitos umum yang sering menerima tanggapan salah adalah pengaruh rakan sebaya paling teruk pada peringkat zaman remaja. Hakikatnya, pengaruh rakan sebaya merupakan satu dorongan positif yang terlalu diperkatakan.

Pada amnya, remaja memilih kawan mengikut cita rasa dan nilai-nilai persamaan yang ada pada diri mereka. Akan tetapi, pengaruh ibu bapa masih kuat dalam kehidupan seseorang remaja. Kajian menunjukkan ibu bapa yang memantau kegiatan anak remaja boleh membantu mencegah perilaku tidak elok. Pemantauan juga bertindak sebagai mesej terhadap tanggungjawab yang dijalankan oleh ibu bapa.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s