“Poligami manisnya 1, masalahnya 9’’

Di celah-celah kehidupan
KISAH minggu lalu berjudul ‘Hanya lelaki pilihan boleh berpoligami” mengundang pandangan yang pelbagai, tidak seperti diharapkan Nurhazira.

Rata-rata pembaca yang menghantar e-mel menasihatkan Nurhazira meletakkan dirinya di tempat isteri pertama, ketika itu baru dia dapat merasakan betapa peritnya hati, sakitnya jiwa bila diri tidak disayangi oleh suami.

Azah yang mengakui isu poligami tidak ada kesudahan. Beliau tidak menentang poligami tetapi selalu menasihatkan suami, rakan-rakan lelaki supaya membetulkan keluarga dahulu dengan memberikan didikan dan ilmu agama.

‘‘Untuk pengetahuan Nurhazira kesalahan suami anda ialah berkahwin secara rahsia, ketua tidak membentuk isteri pertama jadi isteri solehah (mengikut cerita anda). Kegagalan rumah tangga terletak di bahu suami dan isteri. Suami memainkan peranan membentuk isteri. Jika isteri tidak dididik maka si suami tadi bukan suami pilihan.

‘‘Zaman ini sukar dicari lelaki yang betul-betul layak berpoligami, kalau sekadar ada harta dan ilmu belum tentu bahagia dan berjaya, yang penting seseorang itu perlu berlandaskan Islam sebagai cara hidup.

‘‘Sekiranya saya Nurhazira, saya tidak akan kahwini lelaki yang tidak dapat membentuk isteri pertamanya. Kerana kita bukan bahan ujikaji. Kalau perkahwinan pertama gagal, belum tentu yang kedua bahagia. Jangan musnahkan hidup kita hanya kerana lelaki, tidak berbaloi,’’ kata Azah.

Maria dalam e-melnya berkata dia layak memberi pandangan kerana dia juga mengalami kehidupan sedemikian.

‘‘Hanya suami berpoligami layak beri pandangan, kerana dia ada ramai isteri. Dia lebih tahu tahap kebaikan dan keburukan isteri-isterinya. Namun suami mesti tahu apakah dia telah jalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Apa rasional dia bernikah lagi? Adakah dia faham maksud poligami dari sudut Islam? Kerana kealpaan suami akan mengakibatkan timbul isu negatif tentang poligami.

‘‘Hanya segelintir suami faham dari sudut Islam. Kebanyakannya nak test market, sebab pengaruh kawan yang berpoligami, tanpa mendalami masalah yang akan wujud, kemampuan nafkah zahir batin, keadilan pelbagai aspek, jadi adakah dia layak sebagai nakhoda mengemudi kapal-kapalnya?

‘‘Saya bercakap berdasarkan pengalaman, tak perlulah beritahu saya ini isteri pertama, kedua atau seterusnya, tapi saya ingin membuka mata isteri-isteri yang bermadu, kita jangan terlalu percaya kepada apa yang diceritakan oleh suami tentang madu kita, jangan menuduh tanpa mengetahui kebenaran keburukan madu kita.

‘‘Kita juga perlu fikir dan renungi mungkin suami kita yang jadi dalang dalam permusuhan antara kita. Fikirkan mengapa alim ulama jarang berpoligami? Sebabnya dia tahu hukum hakam, dan takut dilaknati Allah kerana kegagalannya berlaku adil. Lagi pun mereka faham dan berfikir apakah dia cukup sempurna sebagai ketua keluarga dan suami. Bukan seperti kebanyakan lelaki, kahwin dulu baru fikir,’’, kata Maria.

Namun minggu ini saya bawakan pengalaman pahit Puan Mazimah gara-gara suami yang hidup tidak keharuan hingga hampir menghancurkan rumah tangga apabila digoda. Beliau juga saya temui di KL Sentral di tengah-tengah kota Isnin lalu.

Kata Mazimah, sejak mula kahwin dia faham perangai suaminya panas baran, pantas tangan dan cepat mengamuk, tetapi semua itu boleh diatasi, sehinggalah fikirannya terganggu apabila anak-anak jadi mangsa penangan suaminya.

‘‘Zul memang cepat berang walaupun masalah remeh temeh dan bila kehendaknya tidak dipatuhi. Selama lebih 17 tahun kahwin, saya sentiasa sabar dan berusaha kurangkan marahnya sama ada di tempat kerja, dengan kawan-kawan atau di rumah. Dia akan cepat naik angin kalau lauk terasa garam, air terlalu manis, terpanas atau keadaan rumah bersepah. Dia akan melenting, memekik dan menghumban apa sahaja, apa lagi bila anak menangis. Jadi saya berusaha mengawal keadaan.

‘‘Kalau dia cakap salah jangan dibantah, apa lagi kalau dibetulkan dia cepat angin. Pernah dia tinggalkan saya di kedai bersama dua anak yang masih kecil dan terus balik ke rumah, semata-mata kerana terpintas cakapnya. Pandai-pandai sayalah kalau nak balik. Waktu itu memang susah dapat teksi, saya terpaksa menunggu sejam lebih dalam keadaan panas dan anak-anak kelaparan.

‘‘Pernah juga dia tinggalkan salah seorang anak kami di kedai semata-mata kerana dia minta belikan pensil dan pembaris yang hilang. Setelah tiga jam anak kami yang berusia 9 tahun ditinggalkan di kedai itu, barulah dia telefon saya suruh pergi ambil.

‘‘Dalam ketakutan dan terkejut yang teramat saya tak sedar menangis sambil mencari anak ke hulu ke hilir dan di dalam kedai. Saya hampir pengsan kerana sedih. Setengah jam kemudian baru nampak anak saya berlari mendapatkan saya dalam ketakutan. Sebab dia tak pernah keluar rumah sendirian, tak tahu jalan balik dan kedai itu jauh dari rumah kami, bas pun tak ada.

‘‘Selepas menghantar anak balik saya cuba tenangkan dia, malamnya dia demam panas kerana takut. Tapi Zul tak ambil pusing. Hubungannya dengan anak-anak tak mesra langsung. Tak pernah berbual, kecuali kalau dia marahkan mereka. Dia tak peduli masa, siang atau malam, bila naik angin semua orang kena marah, anak-anak sentiasa dalam ketakutan.

‘‘Sebenarnya perangai barannya sejak kecil. Bukan kami anak beranak saja kena marah. Adik-beradiknya pun tak sukakan dia. Zul tak pernah pedulikan mereka. Dia cuma pentingkan dirinya saja, hinggakan adik-beradiknya tak suka ke rumah kami.

‘‘Itulah juga perangainya di pejabat, semua orang tahu, dia tak suka di bantah, apa lagi ditegur, dia fikir dia betul.

‘‘Perangai barannya buat saya kesiankan anak-anak, kerana takutkan ayah mereka, apa lagi kalau pelajaran mereka merosot, bukan setakat anak-anak kena marah, saya pun kena tengking, kerana tidak ajar mereka. Bila saya kata tak ada masa kerana perlu masak, berkemas rumah selepas balik pejabat, dia tak peduli. Sedangkan dia balik pejabat hanya tengok tv, baca paper dan tunggu makan malam.

‘‘Perangai barannya tak menentu, pernah ketika kami diajak berkelah, dia tak berkenan tengok pakaian salah seorang anak kami, dan si anak pula sukakan pakaian tersebut, kerana tak dengar cakapnya, dia terus batalkan rancangan berkelah. Begitulah perangainya tak suka bertolak ansur.

‘‘Pernah juga dia tinggalkan seorang anak kami sendirian di rumah untuk pergi bercuti puncanya kerana anak kami lambat balik dari kelas tambahan.

‘‘Selain panas baran Zul juga amat kedekut kalau ke kedai. Waktu nak bayar dia keluar dulu. Tapi nak makan yang best-best. Itulah perangainya, punyalah kedekut.

‘‘Keadaan semakin teruk kira-kira tiga tahun lalu. Mulanya saya tak tahu, hinggalah saya ternampak SMS bunga-bunga cinta dan ucapan kasih sayang. Tapi saya diamkan kerana takut dia angin. Hinggalah setahun lalu dia berubah sikap suka keluar malam, dan sering terima SMS. Saya mula syak tapi tak berani tanya.

‘‘Satu hari saya buka SMS dari telefon dan letakkan atas pangkuannya sambil saya kata sampai hati dia bercinta dan nak kahwin lagi, sedangkan saya terlalu banyak bersabar dengan panas barannya. Tapi dia tak peduli. Jawab pun tidak, dia buat selamba.

‘‘Dalam diam saya siasat siapa gadis yang menggodanya. Setelah rahsia terbongkar saya jumpa gadis itu dan bertanya apakah dia benar-benar nak kahwin dengan Zul, dia mengaku, dia tahu perangai panas baran Zul, katanya itu bukan masalah besar, dia boleh atasi. Dari perwatakan dan cara bercakap dia memang sombong, ego dan perangainya sama dengan Zul. Kawan-kawannya juga bercerita yang sama.

‘‘Sejak rahsianya terbongkar, kelakuan Zul bertambah ganas, dia bukan saja pukul anak-anak, tapi sanggup lempar benda-benda hingga mencederakan mereka. Dia jadi ganas bila rajin mengajar anak-anak. Katanya tak payah tuisyen. Tujuannya supaya dia tak payah keluar duit tuisyen.

‘‘Waktu mengajar kalau tak mendebuk dan tak memukul anak-anak, dia tak puas hati. Pernah kepala anak saya kena lapan jahitan dibaling fail tebal dan tajam, bukan itu saja ada yang tak boleh berjalan tegak bila tulang belakang terkehel kerana dipukul. Doktor yang merawat nasihatkan saya buat laporan polis, tapi risikonya Zul akan kena buang kerja dan kena penjara.

‘‘Waktu dia pukul anak-anak saya tak boleh tegur, nanti dia pukul lebih teruk.

‘‘Saya pernah tanya Zul betul ke dia nak kahwin lagi? Kalau dia kahwin lagi dan boleh berubah jadi ayah dan suami yang baik, kahwinlah. Tetapi setelah dihasut oleh gadis tersebut dan keganasannya terhadap anak-anak menjadi-jadi, saya suruh dia fikir semula apakah ada kebahagian jika dia kahwin lagi?

‘‘Dia pernah junjung al-Quran depan saya menafikan dia bercinta dan nak kahwin, bukan sekali dua dia nafikan, tetapi dalam diam dia teruskan hubungan. Dia sanggup ikut gadis tu bertugas out station, sanggup pergi jogging, pergi jim setiap hujung minggu semata-mata untuk bersama, pada saya dia bagi alasan nak jaga kesihatan.

‘‘Cerita Zul pada kawan rapatnya, dia nak kahwin dengan gadis itu sebab gadis tu bergaji besar, sama taraf dengannya. Lagi pun dia perlukan duit sebab pelaburan saham yang dibuatnya rugi dan bisnes dengan kawannya hancur.

‘‘Pada saya inilah padahnya, dengan anak isteri, adik beradik sendiri dia kedekut, apa lagi nak bantu, asyik kata tak ada duit sedangkan dia simpan banyak duit. Allah dah kata rezeki yang diberi-Nya adalah untuk keluarga selain bersedekah. Akibatnya semua duit simpanan lesap sekelip mata.

‘‘Bila tak ada duit, dia minta pada saya. Kalau tak bagi, dia akan mengamuk.

‘‘Kerana asyik bercinta tak ada keputusan bila nak kahwin, akhirnya saya telefon ayah kekasihnya minta mereka desak anaknya kahwin segera, sebab saya tak mahu Zul memukul anak bila fikirannya terganggu. Tapi bila balik Zul mengamuk, saya hampir makan penumbuknya.

‘‘Kerana bimbangkan keselamatan kami dan atas nasihat dan kebenaran mahkamah syariah dan doktor yang takut anak-anak jadi mangsa, saya pindah ke rumah saudara saya. Lepas sebulan atas nasihat mahkamah juga saya kembali ke rumah bila keadaan sudah reda. Waktu saya balik Zul tak ambil pusing, malah dia tanya saya buat apa balik. Lelaki memang besar egonya. Tetapi selepas beberapa hari dia buat drama lagi beritahu saya, dia tak berhajat kahwin lagi.

‘‘Katanya apa yang dilakukannya hanya kerana dia suka bila ada wanita lain sayangkan dia. Saya tanya dia apakah saya tak sayangkan dia? Katanya nikmat bercinta lain. Kahwin tu bermasalah. Katanya, orang kata kahwin dua ni seronoknya cuma 1, masalahnya ada 9, jadi buat apa susahkan diri. Dia memang tak nak kahwin lagi.

‘‘Sejak itu hingga kini katanya dah lebih setahun dia dah putuskan hubungan, tapi gadis itu tak pernah jemu. Dia terus menggoda Zul. Maklum umur dekat 40 tahun. Terdesak agaknya. Hantar SMS setiap hari. Lebih dua tahun gadis tu menggodanya, dia tak layan, tapi lelaki ni dalam diam, dia curi-curi makan juga. Tapi bila tanya katanya dia tak minat nak kahwin,’’ demikian cerita Mazimah tentang pengalaman pahitnya.

Memang sakit hati kalau suami panas baran dan pantas tangan, tambah mendidih darah dalam pada bengis itu dia nak kahwin lagi. Tapi tak salah suami juga kalau si gadis bersedia jadi nombor dua. Terdesak kot? Tapi ingat jangan pikul biawak hidup, nanti merana diri.

http://www.dcckmona.com

dcckmonaum@hotmail.com

25 thoughts on ““Poligami manisnya 1, masalahnya 9’’

  1. aku setuju dengan poliogami. aku hanya ingin memberi penyadaran bahwa perempuan bukanlah sebuah dunia yang luas

  2. Poligami..kalau dilihat dari satu sudut memang ada masalah …dan harus disadari..setiap perkahwinan pun ada masalahnya yg tersendiri. Apa yg penting misti ada komunikasi yg baik. Itu lah merupakan satu yg perlu ada dalam setiap pasangan bila menempuh alam perkahwinan, dan poligami..kita misti pandang juga..ada yg bahagia, sukses…mengapa perkara ini tidak ditonjolkan. Apa yg tak adil ialah..poligami selalu salah.

  3. poligami..poligami..poligami..tiap yg islam izinkn tu mesti adakemanisan..tp ikut tullah syarat agama tu..bukan syarat kuota

  4. KEBANYAKAN LELAKI, BILA SEBUT POLIGAMI AKAN CAKAP NAK IKUT SUNNAH, TAPI BENDA LAIN, JANGANKAN SUNNAH, WAJIB PUN TAK BUAT BETUL2….NYATA SANGAT LA KEBANYKAN LELAKI SUKA POLIGAMI KERANA NAFSU BUKAN NAK IKUT SUNNAH SEMATA!….. KAWIN LEBIH, BANYK MASALAH DARI FAEDAH KALAU TAK DAPAT DIFAHAMI SEDALAM-DALAMNYA….ANAK ISTERI TAK TERBIMBING AJARAN AGAMA SEPENUHNYA, SUAMI YANG KENA BERTANGGUNGJAWAB DI HADAPAN ALLAH KELAK….!

  5. eh !!!
    bukan semua lelaki mcm tu.. sekarang ni dah banyak prpmn yg tak berkahwin sebab tak jumpa calon yg sesuai. lelaki melayu yg berkualiti dah makin kurang..

    kalau tak berpoligami boleh jadi masalah sosial yg teruk. cth andartu, janda dan ibu tunggal takde sape yg nak kawin..

    bukan semua lelaki gatal !!! ada yg baik dan bertanggungjawab. memang susah nak berlaku adil tapi kaum perempuan kena la faham terpaksa rela berkongsi kalau itu dah takdir..

    jgn cemburu buta. tak semestinya dah dapat isteri muda.. suami dah tak sayang isteri tua. kaum prmpn kenala faham..

  6. aper ker pondan nyer lelaki yg memukul isteri?kalo aku la..aku upah org pukul si zul ni sampai patah tulang..baru die raser betaper TAK sakit nyer kene pukol..

    bukan masalah elok ker tak elok nyer poligami..masalah nyer bole ker lelaki berlaku adil..lelaki tak berlaku adil selangkah kaki di neraka….kalo kawin seorg pun tak pandai berlaku adil kat anak isteri aper kejadah nyer nak kwn lagi..

  7. Arul, sebelum lelaki yang dah kawin tu kesian kat andartu, kat janda, lebih baik kesian kat diri sendiri dulu la, tengok kat cermin betul2, mungkin dari segi batin, mampu sangat la tu!! Tapi mampu ke nak didik bakal anak2 yang berderet nanti, mampu ke nak didik anak tu jadi ‘manusia’……. nak beranak senang le, nak jadi kan anak tu manusia yang betul2 menjadi contoh yang baik di dalam masyarakat memang payah…

    Saya tak nafikan, tak semua lelaki gatal, tapi kalau setakat amalan dan iman pun tak cukup makan, tak payah le!

    Kalau susah nak berlaku adil tu, tak payah le ade hati nak poligami….dah awal2 tahu tak dapat nak berlaku adil, batalkan je niat tu, ibarat orng yang antar resume tapi tak cukup syarat………….

    …tapi biasanya banyak lelaki tak kisah, yang penting, dapat kawin lagi, didik anak, makan pakai isteri belakang kira…..belakang hari serah je sama isteri!….dapat second wife yang lebih tinggi pangkat dan lebih besar gaji tentu lelaki suka!…sapa nak tolak rezeki kan?…nanti bila kena tanya dek orang, cakap je la ikut sunnah!! abis cerita!

    Zaman sekarang ni ramai pmpuan yang lambat kawin, kerana tak ramai lelaki baik yang boleh dijadikan suami!…. kalau kawin tapi menderita, buat ape!

  8. betula la tu.. ada sesetengah lelaki je yg diberi kelebihan dan mampu berlaku adil. betul tak?

    Entahla. susah juga nak cakap. tapi bila difikirkan balik. kesian juga. nak buat mcm mana..

    yela tak ramai lelaki yg baik mcm tu..
    masa zaman nabi dulu dan zaman sahabat ramai org lelaki yg meninggal dunia akibat peperangan. jadi sebab tu boleh berpoligami. tapi zaman la ni lain.

    betul la kata nazrida. saya setuju. lelaki yg baik dah makin kurang dan berkualiti…

  9. pligami smmgnye dtrima oleh smua bgsa.. tp pndapat&cara pnrimaan ssah nk sama, krna sprti kata p,ramlee dlm nujum pak blalang.. kadang-kadang, so mmg kdg2 aje yg kite dgr bhgianye pligami.. yg bnyk tseksa tu krna dia tk fhm nikmat sbnr poligami itu sndri… jgn dtnya pd istri!! mahukh dia bpligami? sdh smstinye dia akn kate TIDAK. tk bg suami kalau bleh semua nikmat dia MAHU.. TP ada pula stngah isteri dia stiasa MBERI&MNERIMA.. krna khndk suami adalah khndaknye jua.. wahai isteri sblum mnunaikan hakmu, tunaiknlh dlu hak suamimu.. jka kamu tdk mndapat hakmu mntalah pda sbaik2 PBERIMU.. suami bknlh hak kamu, jgn takut khilangan dia, sbnarnye kite ssah nk khlangn dia.. krna phbgan suami,istri sntiasa dlm pnjagaan allah.. tp kdg2 bnyk bnda yg istri tk prasan.. bnyk pkra yg suami tlepas pndang.. bg suami bjayanye dirimu dlm pligami bkn krna kau BJAYA dlm cukupkn bnikah 2.. tp bjayanya andai kamu bjaya mgumpulkn isteri2mu dlm kdaan isterimu redha… yg btul2 bjaya bila suami pandai mgemudi kapalnye& tahu kemana arah tjuannye… ckupknlh ILMU ddada wahai suami, bsedialh utk dtnya kelak…..

  10. Cerita kat atas tu…isu sebenar yang patut diletak ialah pasal ‘lelaki/suami panas baran’..bukan psal ‘poligami’ sgt…

    Hai..berapa lama lah Puan tu bersabar dgn perangai laki dia? Kalau setakat belasah diri isteri, bolehlah tahan lagi..tapi…kalau dah sampai ‘mendera’,’menyeksa’ anak2..takkanlah Puan nak hidup lagi dgn suami mcm tu? Tak ada faedahnya…banyak keburukan dari kebaikan. Keburukan dah tentu kena pada anak2 dari segi fizikal dan mental.

    Saya bercakap atas dasar pengalam diri sendiri…ada ayah yg sgt panas baran dan emak penyabar mcm Puan ni lah. Memanglah perkahwinan bertahan lama…tapi, kesan jangka panjang, anak2 jugak yg tanggung dan rosak..terutama dari segi psikologi…

    Dan sekarang ditakdirkan Allah berkahwin pulak dgn lelaki yg jugak panas baran. Dah biasa kena ‘belasah’ sejak zaman bercinta hinggalah berkahwin. Cinta punya pasal…Berpuluh kali bengkak bengkil sana sini, hencut2 berjalan akibat kena belasah, tapi bodoh punya pasal…saya senyapkan aje. Takde sesiapa pun tahu hal ni.

    Hinggalah satu hari saya tiba2 bertindak agresif balik sbb dia cuba menyakiti anak yg masa tu belumpun usia 1 tahun. Saya mengamuk, mengugut akan repot polis semua perbuatan dia. Saya cakap, kau berani lagi sentuh anak aku, kau taulah nasib kau mcm mana. Huh, berbaloi jugak jadi berani…kalau sebelum ni saya melawan, lagi teruk kena. Tapi pada masa tu mmg saya ckp akan repot polis, habislah reputasi dia nanti. Saya cakap akan pastikan polis cekup dia kat tempat kerja biar orglain tahu. Sejak hari tu, dia tak berani nak memukul saya lagi. Cuma perangai suka marah dia tu memang susah nak hilang…

    Nasihat saya, kalau dah sampai terlibat anak2 jadi mangsa sebab keganasan suami ni, buatlah tindakan yg bijak. Jangan jadi bodoh fikir sayang kat suami yang tak berguna mcm tu. Fikir pasal anak2. tentang masa depan mereka yg mungkin akan rosak sebab ibu bapa sendiri.

    Wallahualam….

  11. Apakah yg dikata keadilan dlm poligami? Sy mempunyai 2 org istri, yg pertama telah dinikahi 15 thn dn ada 3 org ank (bekerja)..Isteri ke2, baru setahun setgh dn blm ada anak tapi ada seorang ank tiri berusia 10 thn(dulu bekerja tapi dh berhenti sebaik saja pindah ke bandar J) ..Istri pertama tinggal di bandar M dan istri ke2 di bandar K dn sy juga bekerja di bandar K sebgi marketing..pembahagian masa, jika 2 hari bermlm di rmh isteri pertama maka 2 hari berikutnya akan bermlm di rmh istri ke2..begitu juga pada hari ahad, akan bergilir jika mggu lepas bersama isteri pertama , maka mggu berikutnya akan bersama isteri ke2..Masalahnya..isteri pertama menuntut supaya setiap hari minggu sy bersama beliau dn anak2 dgn alasan itu saja mereka dpt berkumpul sekeluarga, sdgnkan sy harus bersikap adil kpd 2 org isteri..Atas permintaan isteri pertama, sy harus bertggungjwb utk menghantar ank2 kesekolah setiap hari, dn atas kerelaan isteri ke2, membenarkan sy pulang kebandar M seawal jam 5.30pg waktu persekolahan setiap kali giliran dirmh istri ke2 utk menghantar ank2 ke sekolah dan singgah di rmh isteri pertama sehingga jam 8.30am sebelum beliau ke tempat kerja, sy akan patah balik kermh isteri ke2. Perjlnan pergi dn balik mengambil masa lebih kurang 2 jam lebih dn termasuk persinggahan sy kermh istri pertama mengambil masa lebih kurang 4 jam..(Jika sy outstation, tak ada mslh istri pertama menghantar ank2 ke sek, cuma jika sy bermlm dirmh istri ke2, sy kena balik kermh istri pertama utk anta ank kesek, ini permintaan istri pertama krn beliau mmg tidak mahu menyenangkan sy..walau sy mahu mencari van atau bas sekolah, isteri pertama x setuju, ia tetap mahu sy berulang walau perjln pergi dan balik saja mengambil masa 2 jam lbh) Sy masuk pejbt seblh ptg iaitu bermula 1.30 tghari hingga 10.30mlm..isteri pertama selalu mengatakan sy x adil mgkn kerana tempat kerja sy berhampiran dgn tempat tinggal isteri ke2..isteri ke2 akan kehilangan masa 4 jam semasa gilirannya dn sy ganti semula semasa giliran sy dgn isteri pertama iaitu 1 jam seblm masuk pjbt, waktu solat maghrib hingga solat isyak 1 jam dan setgh jam seblm blik kermh isteri pertama..Adakah adil apa yg telah sy lakukan kpd 2 org isteri sy ini? Utk pengetahuan isteri ptama dn ke2 saling kenal dn berbaik antara mrk..Isteri pertama tidak dpt menerima takdir dia telah dimadukan sehingga tahap dia telah memaki hamun sy dgn ayat2 yg x sepatutnya seperti sial, jahaman, puaka dn sbgainya..sy hanya berdiam diri krn tidak mahu mengeruhkan keadaan..sehingga tahap dia telah memukul sy, merosakkan harta benda sy..sy cuma berharap semoga allah memberikan hidayah kpd isteri pertama sy..sy juga telah membawa isteri pertama mengerjakan haji pd tahun lalu..sy jadi hairan dgn keadaan ini krn kdg kala sy boleh membawa kedua2 isteri sy dlm satu masa atau dlm satu kereta..cuma isteri pertama kerap mengaruk dgn perkataan cerai yg x pernah penat dimintanya..sy bertekad utk menjaga ke2 isteri sy hingga akhir hayat..dan bila sy berkahwin kali ke2, tidak bermakna sy harus membuang isteri pertama..cuma kini tggungjawap pd 2 keluarga harus sy laksanakan..

  12. mmg betul dlm dunia skrg ni ppuan lbih rmi dri lelaki..klu dulu org slalu berkata ppuan pisau cukur tapi skrg lelaki pun sama..sy ibu tunggal pd sorang ank..sy mmg cukup2 pantang pd lelaki yg cuba mendekat apatah lagi suami org..sy ada kerjaya yg blh dibanggakan..entah mcm mana pd suatu hari sy menghadiri seminar sykt..sy disapa oleh seorg jejaka K..awalnya sy x mengendahkan, di akhir sesi K meminta no tel sy..saban hari pagi, ptg, mlm sy menerima sms darinya..setelah bbrp hari, K ingin bertemu sy..entah mengapa sy menerima pelawaan nya..dipertemuan pertama itu K mengaku dia suami org dn ayah kpd seorg ank..sy jadi teruja pd pertemuan pertama itu dgn coleteh dan tutur kata K yg penuh bijaksana..dlm perjlnan pulang sy asik terkenang dirinya dan berkata dlm hati, bagus la dia ni..mulai dari hari itu, kami menjadi mesra dlm sms dan tel..prinsip sy x kn terlibat dgn suami org, telah sy langgar..apatah lagi melihat kesgguhan K mendekati sy..dia sggup dtg jauh yg memkn masa 2 jam utk smpi kermh sy pd jam 3am semata2 ingin mengajak sy keluar minum..seminggu selps itu, kami berjumpa semula..K mengadu, keluarga mertua telah kehilangan wang yg sepatutnya digunakan utk majlis perkhawinan dn dia telah membantu hgga abis smua simpanannya..skrg dia dh miskin abis..kebetulan K baru keluarkan keta bru..xda duit lagi nak byr monthly..entah mcm mana sy bagi dia rm800 utk byr keta dia..x brp lama lps tu..sy mdpt bonus 3 bln gaji dn sy maklumkan pd beliau, maklumlah org yg sdg dilamun cinta pd masa itu..i miss u, i love u, x pernah lekang dari bibirnya setiap kali perbualan ditel diakhiri dan dlm semua sms..krn syg dn cinta buta..sy memberikan 1500 pdnya utk dia membeli hp baru..sy juga memberikan kad kredit sy pdnya..krn dia blacklist..sy membuat loan bank dan wang itu sy serahkan pdnya..2 thn selama perhubungan itu berlangsung..setiap kali keluar mkn..sy yg keluar duit, bahkan duit minyak keta dia pun, kdg kala sy yg bagi..duit top-up hp, duit poket dll..keluarga sy x suka pdnya dn berkata lelaki ini hanya mahukan duit sy saja..sy x percaya..tapi tuhan maha kaya..suatu hari sy terjumpa kecurangannya..dia bermain kayu tiga dibelakang sy..sy mencari wanita tersebut dan kami bersemuka..rupanya2 cerita kami sama..dia juga telah ditipu dimana semua wang gaji dia akan diserah kpd K..dan wanita yg sy jumpa itu juga adalah ibu tunggal kpd 2 ank..kami berdua setuju utk bersemuka dgn K..entah dimana silapnya setelah bersemuka, kami bertiga blh berbaik dn kami ber2 menerima keadaan mgkin K terjumpa kami 2 wanita yg sempurna dlm satu masa..dlm masa sebln lps itu, kami berdua dpt tahu K juga telah menjalin hubungan dgn seorg wanita dari utara yg ada kerjaya dn juga bergelar ibu tunggal kpd 3 org anak..kami berdua mengamuk sakan dan lelaki tersebut menafikan perkara ini..katanya hbgan mereka sekadar kwn krn dia kesian dgn wanita tersebut, gaji beribu2 tapi abis krn membyr hutang2 bekas suaminya..Suatu hari dgn bantuan saudara K, sy memasang perangkap..Kami menangkap basah K dgn wanita dari utara itu dlm sebuah bilik hotel..sebaik pintu bilik hotel dibuka, K yg masih dlm selimut, terkedu mgkn terkejut dgn kedtgan kami..dgn linangan air mata, sy hanya mengucapkan terima kasih pd K..terima kasih byk2..sy benar2 patah hati pd masa itu..dan perkara ini kami maklumkan pd isteri K..isteri K tidak seperti gambaran yg K pernah bygkan pd kami…Kami putus di situ tapi secara moralnya sy telah ditipu berbelas ribu ringgit..biarlah allah saja yg membalas setiap perbuatan K pada sy..

  13. Hanya insan-insan pilihan saja yang berpoligami..semua wanita tak mahu melaluinya tapi jika sudah ditakdirkan, siapa kita mahu menolak ketentuan ilahi.

  14. IN this case..Idont purely believed the life scripts had been laid by the mighty one,..to play through…looks like foolishness had occured…….

  15. berpoligamy boleh kalau kita banyak wang,masa,tenaga,kalau satu tak terbawa nanti kita supports orang merasa,nanti soal jawab di neraka

  16. Kaum wanita ; hayatilah cerita ini…. Di Akhirat, tatkala Puan Z ingin dimasukkan ke syurga ; tiba muncul Cik A bertanya kepada Allah..Ya Allah kenapa perempuan itu ( Puan Z ) diterima masuk syurga sedangkan dia telah menafikan hak saya ke atas suaminya ? Bukankah ke atas suami Puan Z, itu terdapat hak orang lain juga ( 3 orang wanita masih berhak ke atas suami Puan Z ). Sy ( Cik A ) sukakan suaminya dan suaminya juga sukakan saya. Kami bercadang untuk berkahwin tetapi tiba-tiba Puan Z menghalang, kenapakah Puan Z masih dapat masuk syurga sedangkan dia telah menafikan hak saya, hak suami dia sendiri dan hukumMu Ya Allah. Suami dia mampu, tapi sikapnya yg menyebabkan suaminya tdk jadi mengahwini saya sehinggalah akhirnya saya meninggal dalam keadaan tidak berkahwin. Sedangkan Engkau sendiri Ya Allah, bukankah Engkaulah yang mengaturkan bahawa kaum wanita itu jumlah dan nisbahnya lebih ramai berbanding lelaki. Dalam keadaan saya terlewat jodoh, dengan siapakah saya ingin berkahwin ? Dengan lelaki bujang yang muda? Berapa ramaikah lelaki bujang muda yang mahukan kami yang sudah terlewat ini ? Dengan Bujang terlewat? Berapa ramaikah lelaki yang bujang terlewat berbanding perempuan terlewat ? Dengan lelaki duda? Berapa ramaikah duda atas dunia ini ? Malah duda pun kadangkala mencari dara yang lebih muda remaja. So, apalah nasib kami perempuan yang terlewat jodoh ini. Bukankah Engkau telah membenarkan poligami yang bermaksud SAYA BOLEH DAN TIDAK BERDOSA BERKAHWIN DENGAN SUAMI ORANG, serta SUAMI ORANG BOLEH DAN TIDAK BERDOSA BERKAHWIN DENGAN SAYA….

    Sesiapa pun juga boleh berada ditempat Puan Z di atas, Sama-sama kita fikirkan. Andai suami benar-benar mencukupi syarat oleh mahkamah syariah, wahai para isteri Redhailah suami anda, redhailah madu anda. Saya percaya selepas berkahwin dengan isteri ke 2 nya, suami anda akan bertambah kasih dan sayang terhadap anda.

    saya sendiri telah 2 tahun diberi izin berkahwin seorang lagi oleh isteri saya yang terbaik, mulia lagi budiman.. Tetapi selama 2 tahun sy masih kantoi tdk temui calon yang sesuai. Bila saya memandang orang lain, saya masih nampak isteri saya. Bangkit seawal jam 5.30 pagi siapkan sarapan utk anak-anak walhal dia seorang yang graduate serta berkerjaya. Saya pula alhamdulliah, sangat membantu isteri sepenuhnya atas kerja-kerja rumah yang terdaya sy buat. Maaf, saya di rumah tidak menonton TV, tidak membaca paper. Saya betul-betul mengusap isteri di rumah. Kenapa saya sukar temui calon? sebab saya setia dan tidak pernah ada spare tyre.

    Kali ini, tiba-tiba isteri pula yang menggalakkan saya berkahwin… Kata isteri, memang abang seorang suami yang baik, suami yang baik pasti akan tetap baik selamanya.

  17. Salam.

    Seribu satu macam.sebab….lelaki nak berpoligami..salah satu sebab pompuan bila dah mono pause dah berkeadan tak larat lagi nak kasi..melayan..

    Jadi lelaki kalo nak kawin kekal abadi cari lah yg 15- 20 tahun lebeh muda..kalau keadaan berkemampuan.. kesihatan mengizinkan.

    Salam

    • tu la org laki x sedo diri .. mcm la bole menongkat kuat slamanya .Klau org pompuan mono pouse .. org laki andro pouse .Dari pikir nak layan nafsu tu baik dekatkan diri pd tuhan .. baca al quran ..Lelaki tua yg gila nak berkahwin muda ni slalunya terperangkap dgn emosi krisis pertengahan umur … anak2 pon menyampah ..keluarga kucar kacir .. dok gila melayan bini muda .Dah tua bangka masih ada ank kecik .. tup2 mati kebajikan ank terabai …

  18. kalau jenis insan yg mcm Zul tu nak kawin lagi… mmg cari masalahlahhh… makin dendamlah anak n wife…kesan pd anak2 hgga ke tua

  19. memang laki berhak beristri lebih dari satu,diayatkan olehNya pulak,dikatakan bahwa takdir laki tu biologis,namun pakailah akal sihat melaksanakan ayat itu,bila2 istri harus dimadu:
    1.istri tak mampu memberikan zuriat,inipun perlu kerelaan cek doktor,sesiapa yang mandul,ada terjadi pulak memang benih suami yg subur selalunya mati bila semayam di rahim istri yang subur,artinya berdua sihat tapi tak bisa punya zuriat,manakala saling cerai dan berkahwin dengan yang lain keduanya malah punya zuriat masing2,itulah perlunya doktor.
    jika istri mandul,ok ia harus merela suami berkahwin lagi setelah niatnya diketahui istri(bukan disetujui)
    2.istri tak mampu layani nafsu suami sehingga kewalahan dan minta pada suami utk cari wanita lain diperistri semata mata spy dirinya tdk sering menolak hubungan namun suami juga dapat hindar zina.
    3.istri terganggu jiwa,bahaya jika mengamuk dan perlu rawatan hospitel kejiwaan,tentu hak suami ada berkahwin lagi utk lanjutan kehidupannya.
    4.istri derhaka,nusyuz pada suami,setelah suami mendidiknya namun tak berhasil juga,maka suami untuk bahagia hidupnya berhak berkahwin lagi dengan wanita lain (haruslah madu itu lebih baik dari istri pertama) dan diharapkan bisa menjadi suri teladan bagi istri pertama (jika ianya cukup akal utk mengambil hikmah)
    5.istri deritakan sakit frigid permanen,tak nak dikata macam mana suami jalani hidup hampa sekalipun beristri
    itu sekiranya share ini ada manfaat,pada kondisi mana istri perlu berkaca diri dan merela punya madu,diluar kondisi ini bertanyalah diri sendiri para suami:”aku ni nak ikutkan tarikan hawa nafsu saja dengan lindungan ayatNya,ataukah telah jujur memenuhi tuntunan ayatNya?”
    sekira istri awalnya menarik tubuhnya,lantas setelah berkahwin menjadi gemuk,itu bukan saat suami jenguk wanita lain utk dikahwin,toh kelak madunya gemuk juga,bawa pergilah istri ke rawatan tubuh supaya berkurang gemuknya,masa kini banyak kira tempat seperti itu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s