Tersungkur di lembah hina

LONDON: Dia dikenali sebagai kanak-kanak genius matematik dan mendapat tempat di Universiti Oxford ketika usianya baru 13 tahun.

Tetapi kini, satu-satunya perkara diminati Sufiah Yusuf ialah pendapatan diperolehnya dengan menjual tubuh.

Kisah kehidupan terkini Sufiah itu didedahkan dalam laporan edisi online News of the World keluaran semalam.

Menurut laporan itu, bagi Sufiah, penyelesaian matematik hariannya kini hanyalah menawarkan khidmat seks melalui Internet dengan bayaran 130 paun (RM845).
Wanita berusia 23 tahun itu dianugerah kepintaran semula jadi dan menarik perhatian dunia kira-kira 10 tahun lalu dan sepatutnya kaya-raya ketika ini.

Tetapi minggu lalu, kata laporan itu, dia menanggalkan pakaiannya untuk wartawan akhbar itu yang menyamar sebagai pelanggan di flet kos rendahnya.

“Adakah anda sudah mahu memulakan setengah jam pertama?” tanya Sufiah sambil dia menari di atas katil dalam keadaan telanjang bulat.

Dia memberitahu kepada wartawan itu apa yang boleh dia lakukan jika tawaran seks itu diterima.

Dengan menggunakan nama Shilpa Lee, bekas ‘bintang’ kanak-kanak itu mengiklankan khidmat seksnya di laman web pelacur dengan menggambarkannya sedia melayan pelanggan setiap hari dari dari jam 11 pagi hingga 8 malam.

Sufiah turut menggambarkan dirinya ‘amat seksi dan pelajar pintar’ yang gemar kepada lelaki lebih tua.

Seorang rakan lama yang melihat kejatuhannya sebagai kanak-kanak genius menyifatkan perkembangan Sufiah, yang ibunya berasal dari Malaysia, sebagai amat memilukan.

“Dengan kepintarannya, dia pasti boleh meraih pendapatan lumayan dengan pelbagai cara yang dimahukannya. Tetapi dia gagal mengawal hidupnya,” katanya.

Laporan News of the World itu juga menyifatkan kehidupan tidak menyebelahi Sufiah.

Pembabitan wanita itu dalam pelacuran di Salford, Manchester, adalah tragedi terbaru yang menimpa hidupnya sejak kegemilangannya ketika dia bergambar dengan topi graduan di depan wartawan di luar Kolej St Hilda yang berprestij.

Pendedahan akhbar itu berlaku serentak sewaktu bapanya, Farooq yang berasal dari Pakistan mula menjalani hukuman penjara kerana mencabul dua gadis berusia 15 tahun ketika memberi mereka tuisyen matematik.

Sebenarnya, Farooq yang menjadi segala punca kepada masalah yang dihadapi Sufiah, malah sejak dia lulus matematik pada peringkat A-Level yang diperlukan untuk membolehkannya memasuki Oxford pada usia 12 tahun.

Sufiah menjalani disiplin yang ketat diterapkan bapanya serta dipaksa bermain tenis bersungguh-sungguh.

Rutin itu begitu berkesan hingga membolehkan Sufiah menduduki tempat kelapan senarai pemain wanita bawah 21 tahun.

Tetapi selepas tiga tahun di Oxford, polis melancarkan gerakan besar-besaran untuk mencari Sufiah yang ketika itu berusia 15 tahun, selepas dia melarikan diri daripada keluarganya.

Farooq bermati-matan mendakwa Sufiah diculik dan dipengaruhi satu pertubuhan yang berusaha mencari punca kepintarannya.

Bagaimanapun, Sufiah menghantar e-mel kepada keluarganya dengan menyifatkan kehidupan bersama bapanya seperti ‘neraka’.

Satu mesej yang dihantar kepada adiknya berbunyi: “Saya sudah tidak dapat menahan pencabulan fizikal dan emosi yang saya lalui selama 15 tahun. Anda tahu apa yang saya maksudkan.”

Sufiah hilang dua minggu sebelum ditemui di sebuah kafe Internet di Bournemouth, tempat dia bekerja sebagai pelayan hotel.

Dia enggan kembali semula kepada keluarganya, sebaliknya diletakkan di bawah jagaan khidmat kebajikan.

Kemudian terbongkar kisah Farooq dipenjara tiga tahun pada 1992 kerana terbabit dalam penipuan wang berjumlah 1.5 juta paun (RM9.75 juta). Sebelum itu, pada usia 19 tahun, dia pernah dihantar menjalani pemulihan akhlak kerana terbabit dalam penipuan berjumlah 100,000 paun (RM650,000).

Selepas bebas daripada kawalan bapanya, Sufiah kembali ke Oxford untuk menamatkan pengajian tahun akhirnya dalam Ijazah Sarjana Matematik.

Tetapi dia lebih pentingkan untuk menghiburkan dirinya dan gagal menamatkan kursus itu selepas berkenalan dengan peguam pelatih, Jonathan Marshall.

Mereka berkahwin pada 2004 ketika Sufiah berusia 19 tahun dan Jonathan, 24. Namun, hubungan dengan keluarganya terus tegang.

Walaupun diundang, ibu bapa Sufiah dan saudara kandungnya yang lain tidak hadir.

Impiannya untuk hidup bahagia dengan Jonathan berkecai apabila mereka bercerai setahun kemudian.

Kini, wanita itu menjalani kehidupan di flet terbabit dengan menjual tubuhnya untuk membayar sewa.

Sufiah bertemu dengan wakil akhbar itu yang menyamar sebagai pelanggan di laluan masuk ke fletnya dengan hanya memakai skirt pendek, but kulit dan baju-T.

Dengan membawa tiga telefon bimbit, dia ketawa dan berjenaka sambil memimpin ‘pelanggan’ ke apartmen kecilnya.

Sebuah katil tersedia di ruang tamu. Sufiah memberitahu lelaki berkenaan, harganya 130 paun (RM845) sejam dan menawarkannya segelas air sebelum memasang muzik menerusi radio kecil murah dan dengan gementar, menanggalkan skirt serta baju-T.

Sufiah kemudian melucutkan seluar dalamnya dan menari di atas katil. Dia memberitahu wartawan terbabit bahawa dia melakukan seks dengan kondom dan seks oral tanpa perlindungan.

Selepas wartawan itu memberikan alasannya, Sufiah membuatnya terus bercakap dengan berkata, dia masih belajar untuk mendapatkan ijazah sarjana dalam bidang ekonomi menerusi kursus separuh masa selama dua tahun di London.

Pernah disifatkan ibu bapanya sebagai anak yang baik, Sufiah bekerja sendiri tanpa keselamatan atau perlindungan fizikal.

Sufiah yang kelihatan girang tidak menunjukkan sebarang tanda kesedihan mengenai nasib bapanya yang mula menjalani hukuman penjara sehari sebelum itu.

Farooq, 50, dihukum penjara 18 bulan oleh mahkamah di Conventry kerana meraba dua pelajar perempuan berusia 15 tahun.

Mahkamah diberitahu bagaimana Farooq, Mei lalu, tiba di rumah seorang mangsanya itu untuk memberi tuisyen matematik.

Dia mula berbisik pada telinga pelajar itu dan mencium rambut serta pipinya. Dia juga meraba payu dara pelajar itu sambil memujinya dengan berkata pelajar itu pintar dan cantik sebelum meletakkan tangannya pada paha pelajar berkenaan.

Peguam Farooq, Tim Hannam berkata: “Selepas ini, dia tidak akan dibenarkan mengajar dan sebarang harapan untuk memperoleh pendapatan tinggi menerusi teknik pengajarannya yang diasaskannya hingga terbukti kejayaannya, sudah hancur. Reputasinya sudah musnah.”

Kini, jelas, si anak yang melarikan diri daripada teknik belajar yang ketat dan keras, sudah hampir musnah.

Seorang rakannya berkata semalam: “Sufiah mengalami terlalu banyak tragedi dalam hidupnya.

“Saya berharap dia mampu keluar daripada kehidupan dilaluinya ketika ini. Dia orang baik dan sepatutnya memperoleh satu kehidupan lebih baik daripada ini. Anugerah semula jadi yang dimilikinya membawa kecelakaan pada dirinya,” katanya.

35 thoughts on “Tersungkur di lembah hina

  1. mengucap panjang sy apabila t’baca artikel ini…. sgt merugikan wanita sepintar dia blh jd sebegitu rupa……

  2. perghhhh…..!!! trk nyee…. x sngke die sggp wt keje cam tuu… aku bknnye ape, bdk tu baya aku… mse die dpt msk Oxford dl, aku br form 1…. bapak la ia2 soh jd cm die… bengang gilerr aku time tue… nahh, skg tau pulak pasal bende nii… dpt jugak stdy kat local u… pd aku la kann, kte x perlu la ikt sngt kejayaan org lain… just jd kn cnth x pee… ikt kemampuan dr sndr je la… bersederhana tu lg bgss… tp bkn sekadar brpuas ati…bkn aku nk ckp apee… last2, ape yg brlku kt dr die??… x sngke kn… tp, aku memg kesiann glerrr2 kt diee… kesiann sngtt…. ni sume maslh dalaman family la nii…

  3. sebak giler aku bace artikel nie..tp die bole diselamatkan lagi..hanya die jer yg tawu ape yg die lalui..kasi peluang kat die..iskk sedih gile!

  4. salam. mengejutkan. tapi dia masih muda dan masih ada peluang. dia bukan suka2 jadi begitu. dia mesti ada paradigmanya sendiri yang bersebab kukuh. kita sebagai umat islam patut mencari jalan untuk membantu sdri sufiah yusuf.

  5. Berkata Imam Al-Ghazali :”Ilmu tanpa amal adalah junun (gila), dan amal tanpa ilmu adalah sia2..” Sedih..memang sedih bila baca kisah ni..Seorang muslimah yang bergelar genius sanggup menjual meruah diri semata2 untuk dunia. Tapi kita tidak tahu ape sebenarnya yg berlaku sehingga dia (sufiah) menjerumuskan dirinya kelembah hina ini. Kita tidak boleh persalahkan dia 100%..mungkin terdapat problem2 lain yg mybbkan dia memilih jln yang salah dan hina disisi agama ini. Apa yg boleh kita lakukan hanya berdoa semoga sufiah kembali kepangkal jln..sementara Allah masih memberi kesempatan untuk bertaubat..dan kpd para ibubapa jadikan kisah ini sebagai iktibar dlm mendidik anak2..Didiklah mereka dgn ilmu agama..InsyaAllah sekurang2nya ilmu agama itulah menjadi benteng dlm kehidupan mrk agar tidak terjebak dgn pkr2 yg dikutuk dan dilaknat Allah SWT. Kecemerlangan akademik semata2 tidak menjamin kebahagiaan dunia apatah lagi di akhirat…

  6. sangat menyedihkan…
    ape yg dapat sayer simpulkan…jagan pandang seseorg tu bernasib baik…
    akan terus bernasib baik untuk maser akan datang…
    n jagn menjulang seseorg kerana kelebihannya secara melampau…
    memang nampak bangga tapi dari faktor dalaman sufiah tu sendiri camner?
    kita xpenah fikir…jangan terlalu salahkan dia…..
    kalo difikir dari pelbagai aspek….masyarakat pon sebenarnya bagi sufiah ni
    tekanan…harapan terlalu tinggi hingga kan dia raser lost gan hidup sediri..
    bukan dia insan ‘istimewa’ yang tercicir dalam kehidupannya tapi ada lagi beberapa
    org yang pandai waktu kecik tapi biler besar xberi makner untuk diri sendiri pe tah lagi
    memberi kebanggaan kepada masyarakat..
    fikir2 kan lah..jagan 100% menyalahkan dia walopon pada dasarnya dia yng salah mencorakkan hidupnya sendiri… ibu bapa pon…jangan lah terlalu memaksa,,,
    fahami kehendak anak2….jagan salah kan anak kalo dia gagal…
    jagn beri harapan terlalu tinggi…, beri sokongan bukan paksaan…

    untuk ayah dan bonda…
    terima kasih kerana banyak menyokong hanna
    sehingga hanna berjaya ke menara gading…
    sedangkan hanna pernah menjadi
    pelajar yg agak slow semasa
    kecil dahulu…

  7. ASSALAMUALAIKUM..

    apa yg dapat sy komen disini, adalah maslah kita yg tidak mahu mengikut nasihat rasulullah.. kita tak boleh biarkan anak gadis kita keluar negeri tanpa lelaki muhrim bersamanya ataupun bersama kelompok wanita yg boleh dipercayai.. tak kira pandai mana seseorang itu, Allah lah yg menjadikannya begitu.. kurang didikan agama berdasarkan sunnah rasulullah adalah salah satu sbb knp perempuan tersebut menerima nasib begitu..
    semoga Allah melimpahkan rahmat dan hidayahnya..

    -KEPADA PENULIS CERITA INI, SAYA HARAP ANDA BERTAUBAT.. SEMOGA ALLAH MEREDHAI ANDA..
    JANGANLAH MEMBUKA AIB ORANG LAIN, KERANA ALLAH AKANMEMBUKA AIB ANDA DI HARI AKHIRAT. WALAUPUN BAGI ANDA INI ADALAH UNTUK IKTIBAR MANUSIA LAIN, BANYAK LAGI ALTERNATIF YG BOLEH ANDA LAKUKAN.. ANDA TAK PERLU MENGGUNAKAN NAMA DIA UNTUK DIBICARAKAN..
    SEMOGA ALLAH MEMBUKA PINTU HATI KITA UNTUK TEGUHAKAN ISLAM..

    CUBA BAYANGKAN ORANG BUKAN ISLAM BACA BND NI, BUKANKAH INI MENJATUHKAN NAMA ISLAM?

    WALLAHUA`LAM..
    ASSALAMUALAIKUM

  8. Salam…apa yang dilalui oleh wanita itu, tidak perlu kita kutuk atau kata macam-macam sebab kehidupan ini ibarat sebiji bola. Mungkin masa ni ujian belum datang kepada kita sebab tu kita masih selesa….tapi suatu hari kalau ujian datang walaupun dalam bentuk yang lain, tentu kita akan tahu betapa berlikunya hidup ini. Saya pernah berada dalam keadaan yang ‘selesa’…bilamana melihat kawan2 lain semua diuji, saya kerheranan kenapa mereka sanggup buat perkara bodoh……masa tu saya tak pernah terfikir yang suatu hari saya akan melalui keadaan yang sama…..tapi bila saya diuji ternyata iman saya belum kuat….betul la kata orang, hidup ini ibarat roda, tetapi setelah kejadian itu, saya terbuka mata untuk melihat kehidupan ini dengan lebih baik dari sebelumnya di mana saya tidak lagi mengata yang bukan-bukan kepada mereka-mereka yang sedang diuji…bahkan saya muhasabah diri sendiri! Begitula kehidupan…kepada mereka yang masih muda belia, janganlah sentiasa menganggap diri sendiri lebih baik kerana belum tentu kehidupan 10 tahun atau 20 tahun akan datang anda masih dalam keadaan baik…yang penting berdoa minta dijauhkan dari ‘terjatuh’ apabila dugaan datang kepada anda!

  9. kepada ammar,,,cuba anda bangun dan sedar sendiri,, yg tulis cerita ni dtg nya dari london ,,,samada di postkan sini ke tidak ,, bukan masaalah,,, SATU DUNIA sudah tahu,, jangan lah tuding jari,,, pandai2 lah kita ambil iktibar dan cubalah sedaya upaya mendidik anak2 lelaki/perempuan menjadi anak2 soleh/solehah,,,,jgn tutup minda

  10. KEPADA AMMAR.

    NI KENYATAAN YG REALITI DAN PATUT KITA TERIMA.
    APA-APA YG TERJADI JADIKAN IKTIBAR.

    SETIAP MANUSIA ADA UJIANNYA MASING-MASING. CUMA KITA TAKTAU MCM MANA BENTUK UJIANNYA.

    ALLAH BERFIRMAN DLM AL-QURAN MANUSIA MENGAKU BERIMAN PADAHAL BELUM LAGI DIUJI DGN KESUSAHAN, MISKIN, BAIK, BURUK ATAUPUN SENANG. SUME ADALAH UJIAN SEMATA-MATA SEBAB ALLAH NAK TENGOK YG MANA HAMBANYA YG SABAR DAN BERTAKWA..

    SETIAP UJIAN MENJADIKAN KITA TABAH DAN KUAT UTK MENGHADAPI KENYATAAN.. HIDUP IBARAT BOLA. TERLALU LEKA DGN KESENANGAN BOLEH MENYEBABKAN KITA HANYUT JAUH..

  11. masyaallah..ini ujian utk sume umat islam..kite sume umat rasulullah..sama2 bganding idea, tenaga utk memartabatkn islam agar benar2 dicintai semua..

  12. kepada arul dan jeffabd..

    ya.. say asetuju mmg cerita ini untuk dijadikan pedoman.. mmg ini adalah cerita realiti… setiap manusia ada ujiannya.. sy faham semua itu.. tapi, tak perlulah kita tulis lagi dengan nama beliau.. saya tak bantah penulisan ini.. ini memang baik untuk pedoman.. tapi ta usahlah disebut nama beliau berulang2 kali.. walaupun satu dunia dah tau, biarlah mereka.. kita yg sekarang nni, tak nak buka aib orang.. ada orang yg hnya tahu hal ini dari blog ini.. perlukah kita sebut nama dia?
    kalau sekadar cerita saja dengan ganti nama dia, pun boleh juga kan?
    tak da masalah kan..
    kalau orang yg dah tahu, tak apa lah.. kalau orang yg tak tahu lagi,?
    bukanakah ini akan membuatkan orang yg baru tahu mengetahui siapakah dia?
    bukankah ini akan lebih memalukan dia?
    wallahuta`ala…
    sekian…

  13. saya setuju dengan pendapat ammar, biarlah cerita ini menjadi iktibar, jangan kita menyebar lagi perkara ini, dapat dosa free pulak! Perkara sebegini sama juga dengan pengedaran gambar-gambar atau video lucah artis. Sekarang trend orang suka forwardkan sms atau gambar2 pribadi orang atau artis, daripada orang lain tk tahu jadi tahu…macam tak ada perasaan kesian kepada mangsa tersebut, Bygkan kalau anak-anak atau ibu bapa dia tahu perkara ni, dapatkah dibayangkan tekanan perasaan yang dialami oleh orang terdekat mereka?…saya sejak tahu menggunakan email hampir 8 tahun lalu, alhamdulillah setakat ini tidak pernah memforwardkan gambar2 memalukan orang lain untuk tatapan kawan2 biarpun hanya sekadar renungan. Kerana jauh di sudut hati saya, saya merasa kesian kepada mangsa dan keluarganya. Tentu si mangsa tidk menyangka akan terjadi demikian kepada dirinya! Kita tidak tahu apa akan terjadi kepada kita suatu hari kelak. Saya akan terus delete email atau sms yang demikian kalau saya terima kerana saya juga berharap, suatu hari (nauzubillah minzalik) kalau benda sama berlaku kepada saya, anak-anak atau orang terdekat saya, atau orang yang saya kenali, orang lain juga akan timbul rasa kesian dn sama-sama menutup aibnya…..

  14. ibu bapa tidak bleh terlalu menekankan pembelajaran ke atas kanak2 yang bru berusia 4-a2 tahu…..kanak2 perlu ade zaman kanak2…so,amik ibu bapa yang terlalu menekankan ank2 nya..pliiz consider with yours chid..

  15. pendidikan akademik harus seimbang dengan agama….akademik untuk dunia, dan agama untuk anak mengharungi dunia ini bagi kehidupan yang lebih baik di akhirat. Tapi dlm mendidik anak sebenarnya tak mudah lebih2 lagi dalam dunia yang serba canggih ni. Saya ada anak remaja lelaki berusia 16 tahun. Banyak benda yang dia lebih advance daripada saya pada umur yang sama….pening juga kepala..tapi saya hanya dapat nasihatkan dia di samping berdoa semoga dia sentiasa dilindungi Allah swt. Cuma satu yang saya tekankan kepada anak-anak, “YOU GAIN WHAT YOU DID”…….memang tak mudah menjaga anak pada zaman sekarang!

  16. semua pendapat di atas semua betul. tapi isu ni panas juga dah kecoh dalam surat khabar perdana. terpampang lagi muka depan. org melayu islam terpaksa menerima kenyataan ni walaupun pahit.. tapi ada hikmahnya kalau isu tu tak dibongkar mungkin

    sapa pun tak tau nasib dia. mungkin hidupnya akan hanyut jauh lagi..
    selepas ni byk pihak akan menbuka MATA..

    KERUNTUHAN AKHLAK DAN MORAL ORG MELAYU ISLAM DI TAHAP MEMBIMBANGKAN !!! KENA CARI PUNCA-PUNCA PENYEBABNYA !!!

    yg penting org melayu islam masing-masing ada peranannya dan sama-sama kena mencegah kemungkaran di depan mata..

    masing-masing ada tanggungjawabnya. kalau org tu buat silap janganlah dihukumnya sebegitu rupa, mungkin selepas ini dia sedar dan insaf serta memperbaiki kesalahannya..

    rasanya kerajaan patut haramkan telefon berkamera. dah banyak salah gunannya. merakam gambar yg bukan-bukan walaupun utk tatapan peribadi.. kalau jatuh pada org yg tak bertanggungjawab, malu dan aib..

  17. assalamualaikum…
    thanx nazrida sbb sokong idea sy.. bg saya, keruntuhan akhlak islam zaman ini berpunca dari kurang pendedahan agama yg sebenar.. alangkah indahnya dan mudahnya islam jika kita kembali kepada sunnah rasulullah.. zaman ini orang menganggap islam satu agama yg membebankan.. kita sbg umat islam mst bangun bersama-sama utk memartabatkan kembali agama islam…

  18. kepada syamsularif…
    saya harap anda segera keluarkan apa yg anda letakkan disini…
    adakah elok anda melakukan perkara ini?
    semoga ALLAH membuka hati anda untuk bertaubat….
    SUBANALLAH

  19. sis whatever u have done let 4get it n come back, life still has 2 go on. i wish u all d best n think b4 its too late..kita semua harus memberi adik kita ni kata2 semangat agar terbuka hatinya. dia yg melaluinya so she felt it. not us………

  20. kepada syamsularif….sebaiknya u jangan lagi meletakkan address gambar tu kat sini untuk orang tengok..kenapa harus berbuat begitu? apa yang u boleh dapatt? seronokah u dengan membuka aib orang lain? bagaimana kalau one day, u atau isteri atau anak-anak atau cucu u yang kena lakukan sedemikian rupa?…hidup ibarat roda, jangan sangka bila di atas kita tak akan jatuh ke bawah!…tak ada jaminan bahwa suatu hari u atau orang yang terdekat dengan u atau orang yang u sayangi tak akan mengalami ujian biarpun dalam bentuk yang lain……kita sebagai orang islam seharusnya saling menutupi antara satu sama lain. Biarpun kita tak kenal siapa keluarga si mangsa tapi sebagai manusia kita juga punya perasaan kan…..kasihan lah kepada mereka, tak siapa yang mahu mengalami nasib sebegitu, terutama sekali ibunya, sebagai ibu, saya sendiri pun tak akan dapat menahan ujian yang sedemikian, ada orang yang rasa seronok bila dapat melihat gambar orang lain yang kantoi, tapi pernahkan terpikir bahawa tak ada jaminan bahawa kita suatu hari akan terselamat juga?…… tak semestinya sufiah tu tak akan menjadi baik suatu hari nanti, malah mungkin dia jauh lebih baik dari kita semua, ingatlah Allah sentiasa membuka jalan kepada hambaNya yang mahu bertaubat!…. ingat kah cerita seorang pelacur yang masuk syurga hanya kerana memberi minum seekor anjing yang sedang kehausan, kerana rasa belas kasihan itu yang membuatkan Tuhan belas kasihan pula kepadanya, lihat lah betapa MAHA PENGASIHANI DAN MAHA PENGAMPUN ALLAH itu…juga pernahkah dengar kisah seorang yang telah membunuh 99 orang kemudian ingin bertaubat tetapi bila terjumpa seorang yang tidak mahu menunjukkan jalan taubat kepadanya malah menghinanya kerana melakukan dosa besar kemudian orang itu pun dibunuhnya, menjadikan ia telah membunuh 100 orang. Kemudian orang itu terjumpa seorang yang memberinya jalan untuk bertaubat tetapi di perjalanan tersebut orang itu mati, dan dipendekkan cerita, ia akhirnya masuk syurga kerana niatnya yang bersungguh2 untuk bertaubat? Siapakah kita untuk menilai seseorang atas kesalahan yang telah dilakukannya? Layakkah kita untuk menghukum orang yang telah berbuat kesalahan? Sedangkan hanya Allah sahaja yang BERHAK menilai dan menghukum mereka? Ada lagi kisah seorang muslim di zaman Rasulullah, dia ni salah seorang yang alim sepanjang hidupnya tetapi di akhir hayatnya dia menjadi kufur kerana mengaku diri sendiri sebagai nabi! Akhirnya dia mati dengan pengakuannya itu tetapi Rasulullah tetap menyembahyangkannya….moralnya di sini, jangan menyangka bahawa kiraya kita dalam keadaan “BERSIH” sekarang maka selama hidup kita ini pun akan sentiasa BERSIH juga, kita tidak tahu apa terjadi esok lusa..juga jangan menyangka bahwa seseorang yang jahat pada hari ini, yang berbuat dosa pada hari ini, maka selamanya dia akan buat jahat pada esok lusa, mungkin saja kelak dia yang lebik mulia dari orang lain….kita sebagai manusia biasa hanya mampu menyerah kepada ALLAH dan berdoa serta beristighfar selalu atas kelemahan diri masing-masing…SAYA HANYA MENGINGATKAN DIRI SENDIRI, BUKAN MENGATA SESIAPA, HARAP BERMANFAAT UNTUK SEMUA…

  21. Pada pandangan aku, Sufiah mungkin telah dibaham oleh bapaknya, jadi sebab tu dia tak heran sangat mengenai kehormatan diri lagi

  22. sy setuju dgn pendapat nazrida.. semoga Allah memberi hidayah untuk awk bertaubat wahai syamsularif… janganlah membuka aib orang.. nescaya Allah akan membuka aib anda di akhirat kelak..

  23. subhanallah..!!!! (terkesima seketika..)

    zaman skrang memang penuh dugaan yg amat sgt dlm mendidik anak2..
    institusi keluarga sgt penting dlm menjana warisan masing2..
    bila berkata tentang fungsi kekeluargaan adalah sgt SUBJEKTIF..
    tapi pd pendapat saya…seisi keluarga itu bahagia & selesa dgn kehidupan bersama,saling memerlukan & pantauan yg berterusan sehingga akhir hayat….

    walaupun begitu usaha kebahagiaan dipupuk…tk kurang juga pengaruh2 jahat di luar mempengaruhi kita…jadi kuatkan iman..!!
    walau bagaimana bagus ibubapa mendidik tapi pucuk pangkal hati kita kena lebih kuat melawan kejahatan itu..insyallah,dgn izinNYA bersama berkat & doa ibubapa kita dpt mengelak perkara2 yg mungkar…wallauhualam.

    paparan ini seolah mengaibkan tapi sebenarnya menyedarkan kita utk lebih bersedia hal duniawi yg penuh kepelikkan..harap tidak terjadi kepada kita & keturunan kita!
    kepada yg berkaitan dgn hal ini dan sewaktu dgnnya..terpaksa telan walaupun pahit..
    realiti kemodenan hidup sekarang..begini lah!

    untuk ini sukar untuk menuding jari kpd siapa yang salah….
    cuma individu tertentu/terbabit menyedari akan kesilapan & bersedia membetulkannya..

    harap pintu taubat masih ada..semoga SUFIAH cepat pulang ke pangkal jalan..
    harap juga ahli keluarga yg lain memainkan peranan juga…(pak/mak sedara,atok nenek kalau ada..etc..)
    “jauh di mata dekat di hati”
    “pupuk lah semula kasih sayang bersama”
    “saling bermaafan & mulakan kehidupan lebih baik”

  24. Well…. which ever route that Sufiah have taken it’s was her own decision to make….as a Malay proverb goes” Dunia Ini Adalah Pentas Sandiwara”…anything can happen and we are not in the position to judge one’s undertaking . Just let nature take her own course..sooner or later hopefully she will come to her sense and when that happens it might be the real turning points in her life and wake up from this Nightmare to take the correct path in life….After all as we knew she has a Genious brain to use…..Only God knows..

  25. assalamualaikum………
    jage la dri kita, kerana kita sendiri sedia tahu tentang kegoyahan dunia hari ini

  26. hmm.. nak wat cmner sufiah cm 2… i hope she blik ke pangkal jalan.. sekarang semuanya indah. nanti hari kemudian semuanya terlambat.. sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna.. wahai kaum wanita!! jadikan cerita sufiah ini dijadikan tauladan.. jgn nak berseronok je skrg.. kelebihan yang tuhan anugerahkan kena guna sebaik mungkin.. insyaallah hidup tenang di dunia dan akhirat..
    semoga menjadi pedoman untuk semua

  27. assalammualaikum..semua.sebenarnya sy pn rs terkejut gilerrrr dgn citer ni.sy masih ingat lagi masa sufiah masuk oxford masa umo dier 13 tahun!dia sebaya saya!waktu tu cite die masuk buletin utama tv3.memang saya ingat sgt muke die comel jerr…pakai baju sejuk tutup kepala.boleh djadikan dialah idola saya lps tgk bite tu.nk blajar btul2…….nk jd macam dier…kagum sgt.terlintas jugak kt hati nak masuk oxford or harvard ke..hehe..angan2 tingi waktu tu.sume sebab tgk bite sufiah yg cerdik tu..pastu cite dia senyap jer smpi sy masuk form 4 dngar die lari dr umah.pastu senyap lg smpi la umo dier skang.tup2 mcm ni plak cite dier!!!!dlm diri sy ckp nasib baik la dia x jual tubuh wktu umo dier 13-17(klu di m’sia form 1 smpi form 5) coz wktu tu dia masih jd idola sy krn kepndaiannya.klu dia wat kje 2 time 2 sy rasa agak luluh gak la hati n prasaan ni….tp alhamdulillah berbekalkan kekaguman sy padanya saya jd manusia berguna coz perjalanan idup sy normal g sekolah menengah biasa,masuk mrsm,masuk poli n skang U blajar sparuh masa sambil keje..sekurangnya masuk U gak kn walaupun bkn U oxford cm sufiah…hehehe…apa2 pn sy tetap akan berdoa padanya supaya kembali ke pangkal jalan.X brani nak tuduh dier bukan2 sbb xtau apa sebenarnya yg terjadi kt dier lgpun dia pernah jd idola sepanjang persekolahan saya.london n malaysia berbeza…..sama2 la kite berdoa ye kepada insan sesama Islam kembali kpd Islam yang sebenarnya…Insyaallah…

  28. x terkejut…
    mungkin anda baru tahu 1 dari seribu kejadian begini atau anda x pernah belaja d luar negara mungkin ….pada saya ini pekara yg biasa dilihat dan d baca disana…cuma yang ini istimewa sedikit kerana dia pandai kots… tapi pandai itu satu perkara…tidak termasuk perkara yg dia buat….hukum dan hakam itu antara dia dan Allah swt

  29. ..segala apa yg terjadi pasti ada hikmahnya ..seorang anak yg pnya konflik dgn bpanya..kdg2 tdk smua pkra kta dpt kngsi’n dgn sesiapa pn..tiada siapa yg memahaminya sejak dr awal..(adakh konflik dgn bpanya bdsarkan apa yg dia dan keluarganya crta’n@ada yg dia x m’mpu luahkan ..yg mnybab’n pmkran ny dan mnjdikan ny sbgtu..wlpn dgn ibunya..masih ada pluang untuk dia btaubat dan b’jya dalam hdpny.buktikan yg u bkan sorang yg diatur utk berjaya..tp berjaya kerana usaha diri u sendiri..kisah itu amat menyedihkan..tapi cuba faham dan selami hati nya kenapa dia jd begitu.jwpnnya ada pd dirinya..kalau keluarga memberi ruang dan cuba memahaminya..insyallah.pasti ada jwpnny

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s