Amalan bagi pesakit gout

‘‘SAYA mengalami gout sejak beberapa tahun lalu. Bahagian kaki terutamanya pergelangan buku lali sering membengkak dan merah-kemerahan.

Bengkak ini juga sering menyerang sendi pada bahagian ibu jari kaki. Ada ketikanya saya tidak boleh bergerak apabila mendapat serangan yang serius sehingga saya perlu mengambil ubat.

Apakah amalan yang sesuai untuk saya atasi masalah ini?’’

JAWAPAN:
Gout merupakan sejenis artritis yang disebabkan oleh kandungan asid urik yang berlebihan dalam darah. Akibatnya, ia berkumpul pada bahagian sendi dan membentuk kristal yang mendatangkan kesakitan kepada penghidapnya.

Ia sebenarnya bukan sekadar menyerang bahagian kaki, tetapi juga sendi lain termasuk pergelangan tangan dan juga jari.

Diet yang tidak seimbang merupakan faktor penting yang menyumbang kepada kejadian gout.

Mereka yang mengambil alkohol secara berlebihan, kegemukan dan kekurangan enzim urinase juga boleh mendapat masalah ini.

Ia tidak hanya menyerang kaum lelaki, tetapi juga kaum wanita tetapi sering dialami pada usia yang lebih lewat, kebanyakannya selepas menopaus berbanding dengan kaum lelaki yang mendapatnya pada usia yang lebih muda.

Penghidap gout seharusnya mengelakkan makanan yang tinggi dengan kandungan purin seperti daging merah, organ dalaman haiwan, sesetengah kekacang dan juga makanan laut.

Sebaiknya, kurangkan juga pengambilan lemak haiwan, lemak tepu dan lemak trans yang akan meningkatkan penghasilan dan kandungan asid urik.

Dalam masa yang sama, tingkatkan pengambilan serat yang boleh merangsang persekitaran yang lebih bersifat alkali dan meningkatkan kecairan asid urik.

Amalkan pengambilan air secukupnya untuk mengekalkan tahap pencairan urin dan menggalakkan penyingkiran asid urik.

Dari segi herba, biji saderi boleh dianggap sebagai bahan diuretik dan membantu pembersihan darah. Ia boleh memainkan peranan dalam penyingkiran asid urik melalui ginjal.

Antara herba lain yang turut bermanfaat termasuklah Guaiacum, capsicum dan juga kunyit yang mempunyai bahan antikeradangan dan bermanfaat untuk kejang dan sakit sendi.

Sarsaparilla pula boleh digunakan untuk membersihkan toksin daripada sistem tubuh.

Halia membantu menghangatkan, melegakan kesakitan serta memperbaiki peredaran darah, bersesuaian untuk mereka yang menghidap masalah berkaitan dengan keradangan.

One thought on “Amalan bagi pesakit gout

  1. saya bari mengidap penyakit Gout?So,saya nak tanya mengenai pamakanan yang syorkan & makanan pantang larang penyakit Gout?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s