Jodoh mengatasi politik

Oleh HISHAM IDRIS

HULU TERENGGANU – Cinta dihalang hanya kerana berbeza fahaman politik.

Itulah pengalaman pahit yang terpaksa dihadapi satu pasangan kekasih yang hanya dapat berkahwin semalam selepas meminta campur tangan mahkamah dan menggunakan wali hakim.

Semuanya kerana bapa pengantin perempuan itu seorang pengikut tegar sebuah parti politik dan tidak mahu menjadi wali serta menerima lelaki berusia 32 tahun dari keluarga penyokong parti lawan sebagai menantu.

Menurut pengantin perempuan yang mahu dikenali sebagai Minah, 24, dari Pangkalan Berangan, Marang, semuanya bermula dua tahun lalu apabila beliau berkenalan dengan lelaki itu melalui satu panggilan telefon.

Katanya, sejak itu, perhubungan mereka dikatakan mendapat ‘restu’ bapanya namun semuanya berubah apabila hasrat untuk memperisterikan beliau pula ditolak atas alasan berbeza fahaman politik.

“Meskipun mendapat tentangan bapa, saya bersama bakal suami memfailkan tuntutan kebenaran berkahwin dengan wali hakim di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Marang pada Februari lalu,” katanya ketika ditemui.

Minah berkata, mahkamah telah memanggil bapanya pada 27 Mac lalu untuk memberi keterangan tetapi dia enggan hadir.

Disebabkan alasan itu, Hakim Wan Abdul Malik Wan Sidek bertindak mengeluarkan surat kebenaran di bawah Seksyen 16 Enakmen Undang-Undang Pentadbiran Keluarga Islam 1985 bagi pasangan tersebut berkahwin dengan berwalikan hakim.

Selepas mendapat kebenaran mahkamah, pasangan tersebut diakad nikah pukul 2.45 petang semalam oleh Pegawai Agama Daerah Hulu Terengganu, Zahari Sulong di surau Pejabat Agama Hulu Terengganu dengan mas kahwin RM28.

Minah bersyukur kerana semuanya sudah selesai tetapi pada masa sama, tetap berasa sedih.

“Tidak ada seorang pun ahli keluarga saya hadir walaupun dah beritahu,’’ katanya.

Sementara itu, Zahari berkata, majlis akad nikah itu merupakan kes pertama di daerah tersebut menggunakan wali hakim dengan alasan berbeza fahaman politik.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s