Masalah Remaja Masakini

MASALAH perlakuan seks di luar nikah di kalangan remaja cukup membimbangkan kami. Perbuatan itu bukan saja memalukan ibu bapa, malah lebih penting masa depan remaja terbabit. Melihatkan masalah ini semakin membimbangkan, Apakah cara praktikal dan berkesan untuk menyekatnya?

BAPA RISAU,
Merlimau, Melaka.

———————–

SUSAH hendak menjawab soalan ini. Selalunya orang menganggap ia sebagai teori dan retorik apabila cuba menjawab daripada perspektif Islam. Kita dapati dalam banyak perbincangan mengenai topik ini, banyak luahan yang hanya menyalahkan orang agama. Antaranya mengatakan ‘ustaz hanya tahu menghukum haram’.Kita boleh melihat permasalahan ini dari dua perspektif.

Pertama, mengikut cara Barat. Contohnya, apabila ada masalah jangkitan HIV yang berleluasa, maka mereka cuba menanganinya dengan pendidikan seks selamat serta pemberian kondom dan jarum percuma. Tetapi Barat jarang melihat kepada sebab atau akar punca masalah kerana seks bebas adalah syurga kehidupan mereka.

Mengenai pendidikan seks kepada remaja, saya bersetuju dengan pendapat pakar psikologi dan Ketua Unit Pembangunan Penyelidikan Kesihatan, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya, Prof Dr Sarinah Low Abdullah yang mengatakan sesetengah ibu bapa tidak menitikberatkan pendidikan seks kepada anak. Hal ini menyebabkan mereka berusaha mendapatkan maklumat yang ‘tidak selamat’ daripada sumber lain seperti rakan, buku, majalah, laman web atau cakera padat video lucah.

Pendidikan seks ini sangat sensitif dan ramai ibu bapa enggan membicarakannya secara terbuka dan ilmiah. Ibu bapa perlu membina jambatan hubungan yang baik dengan anak terlebih dulu sebelum membicarakannya secara telus dan terus terang.

Hubungan kekeluargaan yang erat juga mampu menghindarkan golongan remaja daripada melakukan perkara negatif. Pada masa sama, remaja kita diajar cara berfikir dengan lebih rasional dan tidak terlalu terikut-ikut dengan budaya yang tidak sihat ini.

Kedua, bagaimana pula Islam menangani perkara begini. Di sinilah ia berbunyi teori dan retorik. Islam menangani isu ini dengan menyentuh perkara asas. Pada asasnya ia berbentuk ‘mencegah lebih baik daripada mengubati’. Tanpa nilai asas ini, remaja akan memudah ‘tergoda’ dengan pujuk rayu dan ajakan untuk melakukan perkara tidak baik. Hal ini kerana tiada disiplin dan prinsip kukuh untuk dipegang.

Pendidikan nilai dan spiritual ini akan membantu mereka dalam menjadi benteng menangani gejala tidak sihat.

Islam memberi ingatan “…jauhilah kamu daripada zina.” Islam kata “…kalau hendak keluarkan air mani, biarlah pada tempat yang halal.” Islam mengatakan kepada lelaki “…tundukanlah mata kamu apabila memandang perempuan.” Islam mengatakan “….carilah kawan yang baik.”

Ada pula orang menjawab: “Ada pendidikan agama yang baik pun buat juga.” “Dari sekolah agama pun buat juga.”

Maka, jawapan saya, yang boleh diberikan adalah pendidikan dan sekolah agama adalah ilmu. Selepas ilmu adalah praktik atau amalan dan pemantauannya. Dalam praktiknya ada pula cabaran.

Islam mengatakan, berilah pendidikan yang baik, kemudian carilah kawan yang baik, apabila memandang perempuan/lelaki tundukan mata kamu dan kemudian jangan kamu bergaul bebas tanpa batasan, tanpa akhlak. Insya-Allah terjauh kamu daripada zina.

“Jauhilah kamu daripada zina” adalah sesuatu yang relatif. Katakanlah apabila dua pasangan pergi menonton di pawagam. Dalam gelap, badan bergesel, tangan berpegang dan pada masa itu tidak berlaku zina, tetapi perasaan dan berahi akan terbuka pada masa itu. Kalau lelaki itu ada duit, jangan terperanjat selepas itu akan ‘check in’ di hotel pula.

Bagi seorang yang liberal, kenapa kaitkan zina dengan menonton wayang, takkan tengok wayang boleh jadi zina. Tetapi Islam kata itu semua akan membawa kepada zina. Itu sebabnya perkataan yang digunakan adalah ’jauhi zina’ bukan ‘berzina’. Zina tidak berlaku dengan hanya jumpa pertama kali.

Zina berlaku selepas terbitnya perkenalan serta pergaulan dan kemesraan. Salam perkenalan sebuah zina adalah senyuman pertama, kemudian ‘dating’ pertama. Selepas itu, berjumpa berdua-duan pertama. Kebanyakan adegan asal yang ringan-ringan hanya bermula di tempat yang sunyi berlaku dalam keadaan berdua-duaan. Apabila kalah kepada syaitan (makhluk ketiga) dan nafsu, maka peluangnya terbuka, perobohan pertama mahkota terjadi.

Jadi apa jawapan praktikalnya hari ini? Jawapan saya adalah tanggungjawab berat ini mesti dipikul oleh setiap lapisan masyarakat yang membabitkan tokoh politik, media, pertubuhan bukan kerajaan, agamawan, pendidik, ibu bapa dan peribadi yang inginkan masyarakat yang berahlak dan bertamadun.

DIJAWAB oleh Harun Mohd Yusof, perunding kewangan dan ahli JIM. Masalah dan jawapan layari http://www.wanitajimceria.blogspot.com.

5 thoughts on “Masalah Remaja Masakini

  1. SAYA SETUJU DGN PANDANGAN DI ATAS. REMAJA SKRG TERLALU BERANI DAN MENCUBA..

    KDG2 YG ADA KUAT PEGANGAN AGAMA PUN BLEH TERBABAS. YG PTG NIATNYA. SEKIRANYA BERKAWAN PADA KWN YG TAK ELOK. BOLEH ROSAK AKHLAKNYA. SAYA SETUJU..

    TAPI APA-APA PUN PENDIDIKAN AGAMA YG KUAT DAN IMAN YG KUAT BOLEH MENCEGAH DIA DARI KEMUNGKARAN..

    FAKTOR2 SEPERTI VIDEO LUCAH, MAJALAH DAN GMBR PORNO PUN KUAT JUGA PENGARUHNYA. JADI REMAJA NI TERINGIN NAK MENCUBA DAN BELAJAR SESUATU YG BARU..

    NAK MENCEGAH KEMUNGKARAN NI TANGGUNGJAWAB SEMUA.

  2. SAYA BERSETUJU DENGAN PANDANGAN DI ATAS, IMAN DAN KEKUATAN DIRI MELAWAN NAFSU DAN SYAITAN DALAM DIRI SESEORANG ITU AMAT PENTING AGAR TIDAK TERPEDAYA DENGAN MASALAH ZINA INI.

    SAYA JUGA MERUPAKAN SEORANG REMAJA YANG MELIHAT PERMASALAHAN INI SEMAKIN BERLELUASA DI KALANGAN ORANG SEKELILING SAYA DI MANA IA MELIBATKAN REMAJA.

    PADA PANDANGAN SAYA SALAH SATU FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA MASALAH ZINA ADALAH FAKTOR PERSEKITARAN SESEORANG ITU. WALAUPUN IBU BAPA SUDAH MELAKUKAN YANG TERBAIK TERHADAP ANAK2 MEREKA NAMUN DISEBABKAN FAKTOR PERSEKITARAN JUGA MEYUMBANG KEPADA PERMASAHAN INI.

    POKOK PANGKALANNYA IMAN DAN PENDIRIAN YANG TEGUH ADALAH PENYELAMAT DIRI SESEORANG ITU TIDAK KIRA WALAU DALAM APA JUA KEADAAN SEKALIPUN.

  3. aku ada dua orang anak remaja,aku tidak terlalu sporting dalam mendidik anak anak remaja ini,setiap apa yang dipakai aku yang akan memastikan nya dulu elok atau tidak pada pandangan mata aku.Aku ikut pada mak dan bapak aku mendidik aku dulu …pakai baju biar longgar longgar kalau yang gadis pakai t shirt biar lengan panjang,biarlah orang kata aku ibu yang kolot.Aku bawak anak anak aku tengok wayang,dalam panggung aku tidor.Aku takut melihat anak anak gadis sekarang,pakai seluar nampak pungkok,tanpa segan silu merokok dikhalayak ramai.Mak dan bapak mereka tak tahu ke ..aku percaya segala galanya berpunca dari rumah ….mak bapak kena perihatin apa yang dilakukan oleh anak anak diluar sana ….

  4. Gue mo kasih anacaman oarang yg telah berbuat zina; hukumannya ada 2 macam :
    1.Bagi pelaku zina(si pelaku sudah nikah)maka hukuman yg paling layak adalah di ikat/di timbun tinggal kepalanya kemudian dilempari batu sampai mati.
    2.Bagi pelaku zina ghoiru muhson(pelaku masih perjaka/prawan)maka hukuman layaknya adalah di cambuk 100 kali kemudian di usir dari daerahnya selama 1 tahun. Jadi para pelaku jangan enak-enak ya sekarang kamu bisa seenaknya menikmati perempuan2 murahan,entar lagi kamu masuk kubur dah di sambut malaikat yang membawa cambuk dari api neraka lebih2 nanti di yaumul qiyamah kau dapat siksa yang sangat pedih”Nikmat sak klentheng sengsora sak rendheng” ingat pepatag ini,jaga kesucian diri dan keturunan kita insyaalloh berkah dunia dan akherat,amiiiiin.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s