Insomnia

SINDROM sukar tidur yang juga dikenali sebagai insomnia bukan sahaja menyerang golongan dewasa, malah sering berlaku kepada kanak-kanak, terutama bayi yang kurang sihat.

Insomnia lebih banyak menyerang wanita manakala semakin tua seseorang itu, semakin mudah menghidap insomnia.

Bagaimanapun, terlalu banyak tidur pula akan melemahkan semangat untuk bekerja pada esok harinya. Fikiran mereka mungkin tidak cergas dan tidak dapat berbincang mengenai sesuatu perkara dengan lancar.

Tidak ada jumlah tidur normal yang tetap. Sesetengah orang perlu tidur selama 10 jam pada waktu malam, manakala ada yang segar dan cergas walaupun cuma tidur selama tiga jam.

Masa tidur akan berkurangan apabila umur meningkat dan lazimnya, orang dewasa tidur selama tujuh hingga 10 jam manakala bayi memerlukan tidur kira-kira 16 jam sehari. Mengikut purata, golongan tua memerlukan tidur kira-kira enam jam sehari.

Kekurangan tidur bukanlah suatu masalah dan ia dengan sendirinya tidak dapat menjejaskan kesihatan seseorang. Apa yang penting ialah mencari sebab insomnia dan cara mengatasinya.

Panduan atasi penyakit sukar tidur:

– Elakkan makanan berat pada waktu malam. Minum susu dan lakukan senaman ringan sebelum tidur;

– Elakkan menonton tayangan filem seram sebelum tidur;

– Tidur di katil dan tilam yang selesa;

– Pastikan waktu tidur dan bangun yang teratur;

– Jika sukar tidur, bangun dan lakukan beberapa aktiviti ringan dan tidur ketika benar-benar mengantuk;

– Bangun pada waktu yang sama setiap hari tanpa mengira jumlah jam anda tidur

– Baca buku agama atau hafal ayat al-Quran yang anda ingat berulang kali;

– Jangan makan bahan perangsang seperti kopi atau teh sebelum tidur;

– Elakkan minuman beralkohol pada lewat petang;

Cara mencegah:

– Jangan biarkan otak berkecamuk dengan pelbagai masalah sebelum tidur;

– Tenangkan fikiran dan beristirahat sekurang-kurangnya satu jam sebelum tidur;

– Jangan fikirkan hal pejabat dan perbelanjaan yang mungkin merunsingkan;

– Jangan baca buku atau majalah berat hingga otak terpaksa berfikir.

Punca kanak-kanak sukar tidur:

– Lapar dan letih;

– Sakit perut;

– Kesejukan;

– Kesunyian dan takut gelap;

– Kurang selesa kerana lampin basah;

– Persekitaran terlalu bising atau cerah;

– Dipaksa tidur berasingan dengan ibu.

One thought on “Insomnia

  1. aku ada jawapannya dan aku selalu wat untuk elak masalah insomnia ni. Baca buku yang korang paling boring sekali. Insya-Allah. Cepat ngantuk..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s