Terapi alfa memprogram minda

MINDA adalah anugerah tuhan yang unik dan tiada tandingannya. Ia adalah pemicu kepada kemahuan individu itu sendiri yang berkebolehan tanpa had, masa dan ruang serta sentiasa menolong kita tanpa henti.

Namun tidak semua manusia tahu bagaimana untuk menggunakan keajaiban ini dengan kaedah atau cara yang betul dan tepat supaya ia memberikan kesan yang efektif dan positif. Begitu juga dengan kanak-kanak yang sedang menjalani proses pembesarannya dengan belajar di sekolah untuk mengasah minda dan menjadi pelajar yang cemerlang di dalam pelajarannya.

Pada masa yang sama, ada sesetengah kanak-kanak tidak mahu bergaul dengan rakan-rakan, memberontak dan berlakunya kemerosotan dalam pelajaran.

Pengarah Urusan Mind Tech Resources, Dr. Zulkifli Alias berkata, sebenarnya ada di kalangan kanak-kanak ini mengalami fobia atau trauma yang disebabkan dendam terhadap ibu bapanya yang sering mengarahkan sesuatu dalam bentuk paksaan tanpa disedari kepada anak-anak.

‘‘Kanak-kanak melakukan sesuatu tanpa kemahuan dan kerelaan diri mereka sendiri dan ini realitinya memberikan tekanan fikiran dan perasaan walaupun dalam lingkungan umur enam hingga tujuh tahun,” kata beliau.

Sehubungan dengan itu, bagi menjana dan memprogramkan semula minda dan fikiran kanak-kanak, teknik pembelajaran menggunakan tahap gelombang alpha atau lebih dikenali dengan pembelajaran alfa amat berkesan untuk menjana peningkatan tahap kepekaan kanak-kanak kepada apa yang diajar oleh guru-guru di sekolah.

Alfa bermaksud ‘dalam keadaan tenang atau fokus’. Apabila seseorang itu berada di dalam keadaan yang tenang (dalam gelombang fikiran alfa), pemikirannya akan berpusat dan terfokus kepada apa yang didengarnya, dibaca, berfikir atau sedang memikir di dalam fikirannya dan akan tersimpan di dalam memori.

Kaedah Arm Twisting EFT (Emosion, Freedom, Technique) atau teknik silang tangan di mana dalam masa lima minit sahaja kanak-kanak sudah boleh menenangkan fikirannya. Ia sangat mudah dan disukai kanak-kanak.

‘‘Teknik ini memberikan ketenangan minda dan fikiran kanak-kanak dan perkara biasa dilakukan oleh mereka yang berada dalam keadaan tekanan fikiran akibat pergaduhan dan lain-lain,”katanya.

Beliau turut menjelaskan antara teknik lain dalam pembelajaran alfa ini ialah teknik ‘buah oren’ di mana ia melatih minda kanak-kanak untuk fokus.

Tidak memerlukan jangka latihan yang lama dan panjang untuk menampakkan keberkesanannya. Ia adalah kaedah yang memberi saranan berkomunikasi positif dan dengan serta-merta kanak- kanak akan merasakan perubahan.

‘‘Apabila fikiran kanak-kanak tenang, ia akan mudah fokus ketika belajar di dalam kelas dan memahami apa yang diajar oleh guru,” ujar beliau.

Anchor atau suis adalah teknik yang digunakan untuk memprogramkan minda kanak-kanak supaya mereka dapat melakukan sesuatu perkara seperti rutin harian mereka dengan kemahuan diri sendiri tanpa disuruh atau mendapat paksaan daripada orang lain.

‘‘Teknik ini dapat menghalang proses membalas dendam daripada berterusan,” katanya.

Sementara itu, teknik M-powerment iaitu penjanaan minda kepada kanakkanak juga dilakukan di Mind Tech.

Menurut Dr. Zulkifli, teknik ini merupakan bonus bagi kanak-kanak yang menghadiri bengkel di Mind Tech kerana ia tidak dibuat di tempat lain.

‘‘Ia merupakan penerapan secara terus masuk ke dalam memori yang berbentuk saranan dalam senyap iaitu dikenali sebagai Silent Stealth di mana kelajuannya tidak dapat dikesan oleh sistem radar sekalipun,” jelasnya.

Teknik ini ialah saranan positif seperti taat kepada ibu bapa dan guru, rajin, suka belajar serta memahami apa yang dipelajarinya.

Katanya, saranan tersebut akan ‘dipasang’ sepanjang bengkel di mana kanakkanak tidak mendengarnya tetapi fikiran bawah sedar mereka dapat menangkap dan menyimpan saranan tersebut.

Sikap negatif yang ada pada kanak-kanak dapat dikikis sedikit demi sedikit dan ia akan menjadi positif.

Walau bagaimanapun, peningkatan dan kemajuan kanak-kanak adalah berperingkat sama ada dalam pendidikan atau peribadinya.

‘‘Pihak kami hanya dapat membantu dalam 80 peratus sahaja dan selebihnya daripada ibu bapa kanak-kanak itu sendiri,” ujarnya.

Justeru itu, satu sesi khas bersama ibu bapa juga turut diadakan yang di panggil ‘mirror’ atau cermin.

Jelas beliau, ibu bapa perlu menjadikan anak-anak sebagai kawan dan tidak memberi tekanan.

‘‘Sebagai contoh, penggunaan bahasa ketika menyuruh anak membuat sesuatu. Gunakanlah perkataan ‘tolong’ dan mengamal ucapan ‘terima kasih’ kepada anak-anak,” katanya.

Kaedah-kaedah untuk menenangkan fikiran dan fokus ini disasarkan kepada golongan kanak-kanak dan remaja iaitu dalam lingkungan 10 hingga 12 tahun keatas.

Bagi yang sudah bersekolah mereka juga diajar berkaitan dengan peta minda dan scan reading bagi meningkatkan kecepatan atau kelajuan membaca serta memahami apa yang telah dibaca. Ia sangat berkesan untuk kegunaan ulang kaji pelajaran.

Bagi yang berminat untuk menyertai terapi ini, boleh hubungi Dr. Zulkifli di talian 016-2004176.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s