Berbelanja bersama anak

Bagaimanakah hari berbelanja bersama anak boleh lebih menyeronokkan dan tidak tertekan?

SESIAPA yang pernah berbelanja sakan dengan anak atau kanak-kanak sudah pastinya setuju ia bukan sesuatu yang mudah. Pengalaman keluar membeli-belah dengan anak ada kalanya memberi tekanan dan tidak menggembirakan. Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan masalah yang mungkin timbul.

Terangkan peraturannya

* Sebelum memasuki kedai, pastikan anda sudah menerangkan kepada anak beberapa peraturan penting yang perlu dipatuhinya. Antaranya termasuk berada di sisi anda dan jangan tinggikan suara ketika bercakap serta jangan cuba merayu untuk membeli gula-gula.

* Pilihlah satu isyarat atau perkataan rahsia agar kedua-dua anda boleh berkomunikasi secara mudah.

* Cuba berlatih di rumah terlebih dahulu bagaimana untuk membahagikan peranan masing-masing sewaktu berada di kedai. Tetapkan persetujuan untuk memberi ganjaran apabila anak berkelakuan baik.

* Berikan pilihan yang ringkas. Misalnya, dapatkan anak untuk memilih antara snek kegemaran atau singgah bersiar-siar di taman. Berjanji untuk membacakannya cerita atau bermain di rumah.

* Ingatkan anak bahawa jika dia mematuhi peraturan-peraturan tadi, anda akan membelinya sesuatu apabila anda keluar berbelanja.

Bawakan bekal

* Bekalkan anak snek bernutrisi untuk dimakan sepanjang anda berbelanja sakan. Misalnya kismis, epal atau kacang.

* Selain makanan, anda juga boleh memilih buku cerita yang sesuai agar si anak tidak bosan sepanjang membeli-belah. Jika perlu, bawa bersama figura-figura kecil.

* Sekiranya anak anda mudah terlelap, anda boleh membawa bersama selimut untuk memberinya rasa selamat. Untuk anak yang lebih kecil, anda boleh mengikatkan permainan kegemarannya pada sisi troli beli-belah.

Peka

* Cuba beri perhatian sekiranya anak terlalu letih atau lapar sewaktu anda berbelanja. Jika ya, anda mungkin boleh menangguhkan waktu membeli-belah atau dapatkan seorang penjaga.

* Membeli-belah pada masa lapang adalah lebih baik daripada berbelanja sakan ketika kedua-dua ibu dan anak letih dan tidak selesa.

Apabila berada di kedai * Anda boleh bertindak lebih kreatif dengan mengadakan satu permainan mini yang tidak melecehkan. Misalnya, anda boleh bertanya: “Tengok siapa yang nampak ubi kentang dulu? Atau adakah anda ingat susu datang daripada apa?”

* Atau, anda boleh meminta anak menghitung kasut-kasut (yang dipakai orang lain) yang dilihat sepanjang perjalanan. Ataupun, cuba kira berapa banyak huruf B yang boleh anda cari pada papan tanda.

* Sesetengah ibu suka menghiburkan anak dengan nyanyian sepanjang berbelanja.

* Berikan sedikit imaginasi dalam cabaran sewaktu berbelanja. Anda mungkin boleh meminta anak meneka atau menghuraikan makanan yang ada di dalam troli.

Perbanyakkan permainan

* Anda boleh berbincang tentang gambar yang tertera pada pakej makanan atau barangan yang dipilih. Mungkin anda boleh cuba terangkan juga berapa banyak benda yang boleh dihasilkan daripada puri tomato.

* Cuba carikan lima barang pada setiap rak yang bermula dengan huruf B atau barangan yang berwarna merah, dalam tin dan sebagainya.

* Dapatkan bantuan anak untuk menamakan sayur-sayuran yang terdapat dalam troli termasuk daging, roti, buah-buahan atau produk tenusu.

Latih anak bertanggungjawab

* Anda boleh meminta bantuan anak untuk memilih epal paling keras atau kacang hijau termurah.

* Jika anak anda lebih dewasa, mintanya membantu memeriksa senarai barangan dan mencari harga terendah.
Berikan pujian

Setelah selesai mengagihkan tugas, sebagai ibu bapa, pujian anda membawa makna yang besar. Katakan: “Terima kasih, anda sungguh membantu” atau berikan pelukan erat. Galakkan anak berkomunikasi dan banyakkan mendengar dan berfikir.

Jika semuanya gagal

* Ingatlah bahawa kanak-kanak masih sentiasa kanak-kanak. Mereka tidak sempurna dan begitu juga kita.

* Berikan perhatian kepada kelakuan yang positif dan ajarnya mengikis tingkah laku yang tidak elok, lebih-lebih lagi ketika berada di tempat awam.

* Jika anak berkelakuan tidak baik, jangan memarahinya di khalayak. Bawa anak ke bilik air dan terangkan mengapa kelakuannya tidak dapat diterima.

* Berikan amaran jika dia terus berkelakuan sedemikian, anda tidak akan teragak-agak meninggalkannya di rumah dan tidak keluar berbelanja dengan anda.

^^^ Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kidsource.com.

Sumber: Kosmo!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s