Merana suami curang, mentua pula membenci

cikkuntum@bharian.com.my

KISAH Wiena yang menderita akibat perbuatan suami yang sanggup memukulnya kerana berani mempersoalkan kecurangannya mendapat maklum balas pembaca. Antaranya Mak Yang dari Kajang yang mengakui sedih dan pilu hatinya mengenangkan sampai hati seorang suami sanggup memperlakukan isteri yang berkorban seluruh hidupnya untuk suami dan keluarga sebegitu. Bak kata Mak Yang, lelaki sebegitu tidak layak bergelar suami kerana ketika senang melupakan pengorbanan isteri, tetapi apabila berada dalam kesusahan, isterilah tempat dia meminta bantuan.

“Mungkin suami begitu tidak sedar isteri dan anak-anaklah harta yang paling berharga di dunia. Berat mata memandang tentu berat lagi bahu Wiena menanggungnya. Saya juga sependapat dengan Cik Kuntum kalau cinta sudah tiada, kaki tangan pun naik lebih baik angkat kaki. Rezeki ketentuan Tuhan asalkan kita berusaha dan berdoa tentu Tuhan yang maha penyayang akan menunjukkan jalan.

“Tidak usah lagi susahkan hati dan badan memikirkan perbuatan suami dan keluarganya. Apa yang penting sekarang ialah didik anak dengan baik. Semoga Wiena terus tabah dan jangan lupakan Allah.”
Bukan Mak yang seorang yang berpesan begitu kepada Wiena, beberapa pembaca lain turut berharap Wiena terus tabah menghadapi hari mendatang dan tidak lagi menoleh ke belakang.

Minggu ini, Cik Kuntum siarkan kisah Ika, anak kelahiran Sabah yang berasa tertipu dengan perbuatan suami dan keluarga mentuanya. Dalam kiriman e-melnya, Ika mengakui tidak sangka kehadirannya dalam keluarga mentua tidak disukai, malah ibu mentuanya terus terang menyatakan mereka terpaksa menerima Ika.

Semuanya bermula apabila Ika yang jatuh cinta dengan Sabri (bukan nama sebenar) dan ketika bersetuju untuk menerima lamaran lelaki idaman hatinya itu, beliau tidak pernah bertemu dengan bakal keluarga mentuanya.

Perkahwinan yang diharap dapat menjadi titik tolak kepada kehidupan barunya, bertukar menjadi mimpi ngeri yang tidak berkesudahan. Ikuti luahan hati Ika yang kini tiada tempat untuk mengadu.

“Saya bertemu jodoh dengan suami sewaktu menuntut di sebuah kolej swasta. Pada mulanya kami hanya sekadar kawan, tetapi lama-kelamaan bibit-bibit cinta mula menguntum. Kerana rasa cinta yang mendalam terhadapnya, saya nekad untuk memeluk Islam.

Pada mulanya kedua ibu bapa saya tidak dapat hendak menerima kenyataan itu, tetapi saya cuba juga meyakinkan mereka yang pilihan saya itu adalah yang terbaik untuk saya. Suami saya ini berasal dari negeri S.

Dipendekkan cerita, pada Disember 2002, kami selamat diijab kabulkan. Alangkah bahagianya saya rasa. Persandingan kami berlangsung di tempat kediaman keluarga suami dengan meriahnya. Itulah pertama kali saya menemui ibu mentua saya. Berdebar rasa di dada kerana tidak pernah bersua sebelum ini.

Malangnya kegembiraan yang saya harapkan tidak kesampaian. Ibu mentua memberitahu saya bahawa dia terpaksa setuju dengan pilihan anaknya kerana mahu menutup malu. Saya tercengang dan kaku hingga menangis teresak-esak. Tidak saya sangka kehadiran dalam keluarga ini rupa-rupanya kerana terpaksa.

Dari awal perkahwinan kami, ibu mentua memang tidak pernah menyukai saya kerana saya ini orang miskin yang katanya tidak layak dengan anaknya. Pada 2003, saya dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang comel.

Begitupun hati terubat, apabila mendapat tahu keluarga saya kini dapat menerima suami saya seadanya dan mereka gembira mendengar kelahiran cucu pertama mereka. Pada 2004, kami sekeluarga pulang ke S untuk beraya dan menetap di sana.

Alangkah susahnya hendak mendapatkan pekerjaan di situ. Suami pula tidak bekerja lagi ketika itu. Saya juga tidak mahu keluarga mentua yang tanggung kami sekeluarga. Jadi saya berbincang dengan suami kerana mahu pulang ke tempat asal saya, W untuk mencari pekerjaan dan Alhamdulillah suami izinkan.

Bila berada di W, saya mendapat pekerjaan di sektor swasta. Tiga bulan kemudian suami mengikut saya pulang ke W. Mungkin sudah rezeki suami pun mendapat pekerjaan di sektor awam.

Kini sudah enam tahun hidup bersama dan kami dikurniakan dua cahaya mata yang comel-comel belaka. Benar-benar saya tidak sangka, dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini saya ditipu oleh suami. Di belakang saya, suami bermain kayu tiga.

Pada Disember tahun lalu, rumah tangga yang dibina atas dasar suka sama suka kini bergoncang kerana kebencian suami terhadap saya dan keluarga. Alangkah hancurnya hati ini apabila suami menyatakan yang dia terlalu membenci saya dan keluarga, hanya satu yang dia tidak benci adalah anak-anak.

Saya terkejut dan minta penjelasan daripadanya. Dia menyatakan yang dia tidak sayangkan saya lagi dan mahu berpisah. Saya seperti orang yang sudah tidak tentu arah dan terumbang ambing tanpa tempat bergantung.

Saya mohon pertolongan mentua untuk nasihatkan suami, tetapi mereka pula yang mengapi-apikan dan menyuruh suami menceraikan saya. Ya Allah, betapa terseksanya saya dan pernah beberapa kali berasa hendak membunuh diri kerana tidak dapat menerima semua ini.

Saya mengharapkan agar mereka dapat membantu dan menyokong saya, tetapi mereka pula menyarankan agar suami tinggalkan saya dan anak-anak. Gelap dunia saya rasakan. Mujurlah keluarga saya mahu menerima saya dan memberikan kami anak beranak tempat berteduh walaupun keluarga saya bukan Islam.

Suami langsung tidak pedulikan kami anak beranak malah tidak pernah memberikan nafkah untuk kami. Suami tinggal menyewa bersama rakan setugasnya, sekali gus memberi ruang kepada dia untuk ke hulu ke hilir bersama kekasihnya itu.

Sudah puas saya memujuk dan merayu agar dia kembali ke pangkuan kami anak beranak, tetapi tidak diendahkan, malah menyatakan hubungan kami suami isteri tiada penghujungnya. Terlalu kejamnya dia terhadap kami anak beranak. Saya sudah banyak bersabar dan tidak mampu rasanya ditanggung lagi. Siang dan malam saya menangis dan tidak henti-henti berdoa agar dia insaf dan kembali kepada kami anak beranak.

Paling menyedihkan apabila mengenangkan apalah dosa anak bongsu yang baru saja berusia lapan bulan. Anak-anak yang tak tahu apa-apa menjadi mangsa keadaan kerana keegoan seorang suami yang bergelar bapa.

Dan kini, saya reda dengan keputusannya untuk menceraikan saya walaupun jauh di sudut hati ini masih lagi sayang dan cinta kepadanya tapi apalah daya ini. Pedih dan kecewanya hanyalah saya saja yang tahu, sudah kering air mata, sudah hancur lebur hati ini….kalau bukan kerana anak-anak, saya tidak akan bertahan selama ini.”

Walaupun tidak pernah mengalami apa yang Ika lalui, Cik Kuntum dapat merasakan kepedihan dan kelukaan hati Ika. Lebih-lebih lagi mengenangkan anak yang masih kecil tidak lagi dapat merasai kasih sayang bapa mereka yang sedang asyik bercinta dengan wanita lain.

Kepada Ika, Cik Kuntum ingin titipkan nasihat supaya lupakan Sabri dan keluarga mentua yang penuh dengan hasad dengki. Jangan biarkan perbuatan mereka mempengaruhi tindak tanduk Ika dan pada masa sama jangan biarkan kesedihan diri menyebabkan Ika sanggup mengambil jalan yang dibenci Tuhan – bunuh diri. Ingatlah anak-anak, kepada siapa mereka hendak bergantung jika Ika mengambil jalan singkat itu.

Sudah ramai wanita yang kecundang seperti Ika, mereka juga pernah melalui dan merasai apa yang Ika lalui. Ada yang tersungkur, tetapi ramai juga yang berjaya bangkit daripada kesedihan itu. Kisah seorang wanita, S, mungkin boleh dijadikan panduan kepada Ika dan wanita lain.

Seperti Ika, S juga ditinggalkan suami hanya kerana cintanya kepada wanita lain. Ketika itu semua yang ada pada S buruk belaka pada pandangan mata suaminya. Suami S juga sering bercerita mengenai keburukan S kepada teman dan pada masa sama menghebahkan ‘kebaikan’ isteri barunya.

Malah, sejak berkahwin baru, suami S tidak lagi mengunjungi anaknya (bersama S) yang dahagakan kasih sayang seorang bapa. Memang pada mulanya S bagaikan hilang pedoman dan hidup terumbang-ambing, bak kata peribahasa, habis madu sepah dibuang.

Namun, berkat bantuan teman sekeliling S kini bangkit daripada mimpi yang paling ngeri dalam hidupnya. Dia kini menjadi wanita berjaya dan anak-anaknya juga sudah mampu melupakan bapa mereka walaupun satu ketika dulu setiap hari memanggil nama bapa yang pernah membelai mereka.

Bagi S, tidak mungkin dia menoleh ke belakang lagi dan biarlah peristiwa menyedihkan itu menjadi sebahagian daripada lipatan sejarah dalam hidupnya. Semoga Ika lebih tabah menghadapi hari mendatang dan demi anak, bangkitlah daripada kesedihan itu.

Sumber: Ruangan Cik Kuntum, Berita Harian

20 thoughts on “Merana suami curang, mentua pula membenci

  1. Lelaki macam suami Ika tu, tinggalkan aje. Tak guna ditangisi lelaki yang tak tahu mengenang budi dan menghargai isteri, anak. Mentang2 dah jumpa pmpuan lain, begitu mudah dia tinggalkan zuriat sendiri..memang bodoh sangat le tu! Dia ingat pmpuan yang dia suka tu tak boleh jadi tua ke satu hari? Kalau ditakdirkan dia tak ade anak dengan pmpuan tu, tak ke rugi,..haiiiii…..nape la banyak sangat lelaki bodoh dalam dunia ni ye? Kalau aku jumpa lelaki tu aku nak ketuk kepala dia dengan sendok nasi, supaya dia sedar sikit!!

  2. amboi akak ni emosi sgt la…
    jgn mcm tu..

    prmpn pun tak sume baik. ada juga yg pisau cukur hbs dicukurnya lelaki tu..
    rasanya lelaki tu terkena fitnah dan senjata prmpn tu..

    mesti dia dah goda lelaki hbs2 sampai dah tak nmpk kebaikkan isterinya..
    musuh yg paling bahaya sekali bagi org prmpn.. kaumnya sendiri..

    renung2 dan fikir2 la..
    sama-sama bermuhasabah diri…

  3. Memang le pmpuan tak suma baik, tp lelaki tk baiknye ramai plak!!

    pmpuan tak baik sebab lelaki melayan pmpuan tu…cuba lelaki tak pedulikan pmpuan yg menggoda, cuba lelaki kuatkan imannye, tak pandang pmpuan lain hatta bidadari sekalipun yg mengorat…. tapi, namanye jugak lelaki!….mmmpppphhhh……

    …lelaki kalau dah suke sorang pmpuan tu, nape la bini dia lawa mcm pamela anderson, mcm angelina jolie, dia tetap berjoli jugak! Tah ape la dicarinye ye!…..heran betul aku lelaki bernama lelaki ni…

    ……….kalau pmpuan pisau cukur tu salah lelaki jugak yg kasik peluang pmpuan ‘mencukur’ dia kan?…kan?…

    …..aku nak ketuk kepala lelaki tu!!

  4. Aku setuju 100% dengan kau nazrida, jom kita sama2 belasah lelaki tu. Aku dah menyampah tahap dewa dengan lelaki2 yang suka mencari masalah.

  5. sebenarnya ,,, bukan lelaki saja salah,dua dua salah …yang seorang penggoda dan yang seorang tu ..tak tahan di goda. Kalau aku … dua dua aku seligi …yang perempuan memang suka menggatal dengan laki orang,yang lelaki dah ada bini pon menggatal jugak.

  6. ada satu cerita benar… lelaki ni dah pencen pun… ada pula pompuan nak kat dia, lalu dia kawen kali kedua. Perempuan tu demand.. nak kereta, nak rumah.. dia belikan.. last2 dia lari balik rumah bini tua dia… so nak salah siapa?

    Tapikan memang telah dijadikan Tuhan manusia lelaki dan perempuan memang sama2 ada daya penarik,tertarik dan menarik. Malaikat sahaja yang boleh tengok perempuan tak rasa apa2. Kalau lelaki ada perasaan macam tu maka betullah dia lelaki. Tapi kalau dia ada perasaan macam tu terhadap perempuan dan boleh dia kawal maka dia tu lah lelaki bertakwa.

    Bertakwa ni bukan maknanya pakai serban jubah je… tapi boleh selamat dan menyelamatkan orang pun kira bertakwa juga.

    Perempuan pun sama juga… mana boleh lekang dari lelaki. Cuba tengok laki sendiri.. kat mana hebatnya dan cuba peratikan pulak suami orang kat mana hebatnya. Tentulah kehebatan tak sama tapi ada hebatnya. Kalau suami takhebat diranjang,mungkin hebat dilain tempat. Kalau suami orang tu hebat diranjang, mungkin dia tak hebat di tempat lain.

    Jadi, bersyukurlah apa yang dapat. Kan life ni macam “a box of chocolate, you never know what u gonna get.”.. haha.. tu aku pinjam kata2 Forrest Gump…

    Fikir2 lah sendiri wak…

  7. kau tengok gak forest gump ye arjuna…aku ada laser disc kat umah simpan sampai sekarang…he he…

    tang mak dia nak kasi masuk dia sekolah yang best tu…guru besar jadi mangsa…ha ha

  8. eh …aku pon suka citer tom hanks tu …. walau apa apa pon arjuna , aku setuju bebeno dengan ko,lelaki semua nya bernafsu terhadap perempuan yang cantik,cuma yang membezakan adalah akal fikiran yang waras dan ketakwaan.Kalau tidak tak kan ada dosa dan pahala …

  9. kebayan…aku anggap diri aku ni jahil sikit bab ugama ni…so aku play safe
    selalunya…aku elak trus perkara yang bleh menjebak ni….mintak simpang…

    prinsip aku senang…yang di suruh Allah pun kureng buat…ni lagi nak buat kemungkaran lak….sandiri mau ingat

  10. alangkah bahagianya kalau semua lelaki berfikiran mcm arjuna ni kebayan…tapi mana ada manusia yg sempurna kan….

  11. aku takut sangat klu dapat lelaki mcm 2,mase bercinta semuanye indah bler da kawin mcm2 lelaki sakitkan hti kita……..aku doa sgt jgnlah aku dapat laki mcm 2…..hti aku betul2 dapat rsekn terlalu sakit sangat….kenapalah kaum laki sanggup wat wanita mcmni…………..hncur btl…….rse tkut nk kawin…..!kaum laki memg kejam ! fikirlah ape pergorbanan wanita………..!cube die ade kt tmpt kite bru tau langit ni rendah ke tinggi……….ya allah kau bls lah perbuatan lelaki yg mcm 2 !!! kesihani lah kaum wanita yg terniaya………….amin….

  12. eh eh eh…ada gak kaum wanita buat lelaki merana ni..he he…gurau ye…kene lepuk aku
    ni kang…..

    tapi aku ada rasa yang amat kuat…keadaan kehidupan sekeliling kita dah ala2 bukan
    keadaan kehidupan Islam…tu yang paling takut….sedikit sebanyak ..ke banyak actually mempengaruhi kehidupan zaman sekarang…

  13. aku kan bila pergi kenduri kawin … aku tengok betapa girangnya pasangan pengantin , tapi hati aku berkata kata , ini baru permulaan hidup,kawan aku sebelah aku lagi dasyat siap sound penggantin ha … rasakanlah kau orang ,kau tahulah nanti …nak tergelak aku dibuatnya.

  14. alamak takutnya nak kawen..tapi kalo tak cuba sampai bila2 kita takkan dapat bersama dgn org yang kita cintai kan….mmmm life is a gamble itself, btul tak akak n abg2..saya ni budak baru blaja hehe ada salah tolong tegur….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s