Tunang sudah berkahwin

Bersama Dr Rubiah K Hamzah

SAYA berusia awal 30an dan sudah bertunang. Malangnya, selepas enam bulan bertunang dan hanya tinggal sebulan saja untuk kahwin, saya dapat tahu bakal suami sebenarnya suami orang dan sudah beranak tiga. Saya tahu hal itu secara tidak sengaja apabila berbual-bual dengan rakannya. Saya akui dia melayani saya dengan baik tetapi saya tidak dapat terima hakikat dia menipu. Dia berjanji bertanggungjawab pada semua ini tetapi hati saya tawar, malangnya saya tidak tahu apa hendak dibuat kerana jemputan sudah dibuat dan kad kahwin sudah diedar. Saya tidak mahu dianggap perampas suami orang lebih-lebih lagi saya tidak mahu bermadu. Tolong umi, apa perlu saya lakukan?

Bakal Pengantin Tertipu!

Jawapan:

Salam kekuatan buat anda yang berada dalam dilema. Umi ada cadangan untuk anda lakukan. Kedua – duanya memerlukan kekuatan minda, emosi dan spiritual tertinggi iaitu hubungan langsung dengan Allah.

Pertama pastikan maklumat yang anda dapat itu benar. Jika terbukti ia benar dan bakal suami adalah milik orang, sahlah bakal suami itu kaki penipu. Berasaskan sikap yang ditunjukkannya, dapat diketahui hubungan dia dengan Allah sangat tipis sehingga dia merasa kehidupannya dikawal oleh tangannya sendiri tanpa campur tangan Allah. Sebab itu dia yakin untuk membuatkan anda mempercayainya sebagai jodoh anda tanpa memikirkan jodoh adalah ketentuan Tuhan. Jadi berdasarkan fakta ini adalah wajar anda membatalkan perkahwinan itu dengan cara memberi tahu dia secara berani dan tegas, bersemuka dengannya dan di hadapan keluarga anda apa sebenarnya yang berlaku dan mengapa anda ingin membatalkan perkahwinan anda dengan lelaki itu.

Kedua, hubungilah alamat secara bersurat kepada alamat kad-kad jemputan yang sudah diedarkan. Umi pasti senarai alamat-alamat masih ada dalam simpanan anda. Selain itu hubungi juga melalui telefon dan sms sahaja. Kedua-dua tindakan ini wajar jika anda tidak terlalu mengharapkan berlangsungnya perkahwinan ini.

Jika anda bersikap ‘biar bersikap biar susah sebelum kawin dari susah selepas kawin. Biar bergaduh dulu jangan bergaduh kemudian’. Biar tak jadi kahwin maka anda masih tetap anak dara dan masih memiliki kebebasan dan masih mudah mengharapkan jodoh yang lain. Itu lebih baik daripada berkahwin dan bergaduh,hilang kebebasan dan akhirnya jadi janda dan serik untuk kahwin lagi.

Begitupun, andai kata anda sangat-sangat mengharapkan perkahwinan ini maka kedua-dua tindakan itu tidak boleh dilakukan.

Binalah pendirian bahawa maklumat yang anda dapat sebelum berkahwin, adalah petanda yang Allah ingin menyelamatkan anda dari penipuan. Ia juga tanda Allah ingin memberitahu anda jodoh anda bukanlah dengan lelaki itu. Kadang-kadang Allah jadikan kita bertemu dengan pasangan yang salah untuk kita belajar mengenai pelbagai kerenah manusia dan melihat gelagat kehidupan dunia.

Belajarlah untuk bertanggung jawab pada diri sendiri demi kesejahteraan masa depan. Berdoalah supaya anda dikuatkan semangat untuk melakukan tindakan itu tanpa merasa menyesal dan patah hati. Andainya anda tidak mampu melakukannya, maka terimalah sahaja perkahwinan itu dan bersedialah untuk melayan kerenah suami dan sebagai isteri kedua dalam apa bentuk sekali pun.

Dari situ juga anda akan belajar pengalaman baru, yang juga berguna untuk kehidupan anda di masa depan. Jika memang inilah ketentuan Allah untuk anda, maka belajarlah kemahiran bersabar dan mengalah serta sikap tolak ansur yang tinggi demi membahagiakan diri dan suami. Kadang-kadang ada hikmah tersembunyi dari setiap kejadian. Allah minta belajar dalam hidup ini. Jika tidak hilanglah cabaran dalam hidup.

Umi doakan anda diberi kekuatan untk memperjuangkan nasib sendiri untuk mendapat hidup yang diredai Allah dunia dan akhirat. Berdoalah sebanyaknya pada Allah agar langkah yang anda ambil direstuinya. Selamat berjuang dalam kehidupan.

12 thoughts on “Tunang sudah berkahwin

  1. sy sdh berkahwin n sdh mmpunyai seorang anak,masalah sy sekarang ni perhubungan kami semakin hari semakin dingin,sampaikan sy sekarang dah tak tahu apa yg patut buat,sy sering kali menangis setiap kali lepas solat mengadu pada tuhan apa yg sy tanggung sekarang ni.apa yg sy fikir jalan terbaik adalah perpisahan tapi bagaimana dengan nasib anak sy.suami sy selalu beringatkan sy jikalau sy mahukan penceraian pastikan hak penjagaan milik dia.kerana anak dia sanggup berlawan habis-habisan apa yg perlu sy buat..? disini sy perlukan pertolongan,sy berharap umi boleh menolong sy menyelesaikan masalah sy ini.

  2. ni…ada masaalah orang ke 3…ke,sampai nak bercerai berai.Suami mira ingatkan pasal hak penjagaan itu sebab sebenarnya dia tak mahu menceraikan mira.Kalau ada masaalah ,bincanglah dengan suami.Kita berkahwin ni..bukan untuk sehari dua.Kalau jodoh panjang ,sampai mati akan bersama dengan nya.Perkara yang terbuku tu cepat cepat diselesaikan.

  3. rasa nye takde yang perlu di takut kalau berpisah…penjagaan selalunya ibu yg
    dapat..kecuali ibu takde pendapatan dan ibu dapat dibuktikan tidak sesuai
    utk menjaga anak…i.e. drug addict ke..ciminal ke atau penceraian di sebab kecurangan
    ibu ke…yang berkaitan akhlak dan monetary…

    tapi sebaiknya elak le bercerai….and berhati2 sikit bila sebut benda2 berkaitan
    bercerai ni…takut jatuh talak secara tak sengaja…hati2 ye..

    repair le kalau bleh

  4. salam…sy msh stdy di ipt..sy tlh bercinta dan berhasrat tok berkahwin..blh bg pndgn ttg kahwin masa belajar.kami dua2 msh stdy.

  5. salam…ingat lupa,

    Em… saya rasa elok lah kalu anda habiskan dulu study.. dan yang penting dapatkan lah dulu pekerjaan. bahaya oooo… anak dara orang tu.. jagn buat hal.. dua – dua masih study, tak ada income yang teguh lagi.. tak kan nak harapkan biasiswa or pinjamn jer.. kalu nak buat part time job pun, sampai bile… skrg nie.. bole le cakap.. semua sanggup.. semua sanggup berkongsi.. tp bila dah ada tanggungjawab.. takut tak teguh ajer.. kan dah susah.. jgn ikutkan sangat darah muda.. tak kan nak mak bapak support lagi time kawen.. abis belajar tak tentu lagi dapat keja.. biar lah dapat kerja yang baguih dulu.. baru le pinang anak dara org…

    kalu dah jodoh tak kan kemana… jangan lah risau.. awak patut risau pasal study awak.. nak abiskan study and nak berhadapan dengan masa lepas study.. alam kerja..ingatlah, kalu jodoh awak dgn si dia ( kekasih awak) tak akan kemana… jgn lah ikut darah muda…

    Just bg pandangan.

  6. ingat lupa .. kalau rasa kita takut kiranya terjerumus kearah hubungan yang tak sah .. ada baiknya kita selesaikan dengan cara yang diredhai .. cuma kalau boleh rancanglah keluarga dulu .. kerana kedua dua belah pihak belum habis belajar lagi .. dapatkan restu kedua ibu bapa ..

  7. ingat lupa .. sebenarnya ramai yang melangsungkan perkahwinan semasa maseh dalam belajar lagi .. soal kerja .. soal masa depan .. itu kerja tuhan .. tuhan yang akan memberi rezeki pada kita .. insyaallah ..

  8. kalu niat kite baik, maka tuhan akan tolong..

    walaupun masih belajar, tp niat nak kahwin tuh ade, n bile pk2 kan balik, u all bile abih belajar yakin akan dpt kerja, maka kahwinla..

    mmgla kahwin tuh elok, tp at least pk dulu, adakah u all akan dpt keje pas abis belajar, adakah u all rasa senang di kemudian hari?

    aku pun x halang sesape nak kahwin muda, sbb aku rasa benda tuh elok lagi suci, cuma yg aku risaukan, niat di hati masing2…

    kalu niat tuh kerana allah n bukan kerana nafsu, insya allah adala rezeki pas kahwin tuh…

  9. Manja setuju ngan pucuk paku, klo boleh abiskan study dulu. Memang kawin semasa muda bagus. Apatah lagi nak elakkan dari terjerumus kpd perkara yang tidak baik.

    Tapi manja rasa kawin bukanlah satu perkara yang kecil/ mudah, ikut pengalaman manja sendiri laa… Manja dah pun kawin dekat 6 tahun, dah ada ank, Manja pun bekerja dgn jawatan yg agak baik utk bantu suami, tp sumber pendapatan masih juga setakat cukup2 makan, kalu nak saving pun ciput jer…..

    Bayang kan masa memula kawin dulu… walaupun bekerja, tapi selalu x cukup keperluan dalam rumah….. sekarang ni bila anak dah besar, gaji pun dah satbil baru la leh merasa p bercuti, dan melancong tengok tempat orang. Tak dinafikan nak sampai ke tahap hari ni, banyak dugaan yag kami tempuh, tanpa bantuan dari sesapa pun….

    Bukan nak takutkan ingat lupa… tapi itulah kenyataannya… kalau boleh biarlah bekerja dan berpendapatan tetap, baru boleh sara anak & isteri…

    Ini pandangan peribadi manja laaa…. harap ingat lupa ceria2 selalu….

  10. saya rasa…bila masa pun kita bleh bekahwin…dalam apa bidang pun / perjalanan hidup ni memang ada pilihan yang terbaik dan timing terbaik utk melaku kan apa saja….

    tapi…bila kita nak buat pilihan yang kurang sesuai tempat dan masanya….ini
    akan menyebabkan banyak pengorbanan di perlukan nanti di kedua belah pihak…

    so …tepuk dada tanya selera…kalau rasa2 tak sanggup hadapi perngorbanan2 dan susah payah tu…..fikir lah banyak2……..

    kalau rasa2 memang cekal…..elok lah…kira mendirikan masjid tu…perkara baik…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s