Cemburu bekas suami mahu kahwin kekasih baru

Bersama Dr Rubiah K Hamzah

SAYA berpisah dengan suami tahun lalu selepas dua tahun berkahwin kerana perselisihan faham. Kami tiada anak dan tidak ada alasan untuk bertemu lagi atau bertembung di jalan. Selepas berpisah, dia bekerja di luar negara dan saya masih di ibu kota. Masalahnya saya masih rindu dan cinta padanya apatah lagi mengetahui dia sudah ada teman baru dan bakal melangsungkan perkahwinan. Saya sangat cemburu. Bukan saya tidak ada kekasih, tetapi saya masih ingat pada bekas suami. Saya tidak tahu dia masih cinta pada saya atau sudi kembali kepada saya tetapi saya ingin sekali kembali ke pangkuannya tetapi malu untuk membuka mulut. Apa nasihat doktor ?

Melalui emel

Jawapan:
Salam keluarga untuk puan yang sedang dibolak balik hatinya oleh Allah. Pada pandangan Umi, anda sangat banyak melayan perasaan dan sangat sedikit menggunakan pemikiran. Memang wanita sangat kuat dicengkam oleh pengaruh emosi. Namun emosi sahaja tidak akan menukarkan khayalan kepada kenyataan. Anda sebenarnya sedang dilamun kisah silam bersama bekas suami anda, hingga anda merasa masih cinta padanya tanpa menyedari yang suami anda tidak begitu. Buktinya dia sudah ada pengganti dan akan melangsungkan perkahwinan. Ini jelas membuktikan yang dia tidak lagi memikirkan anda langsung. Kenangan bersama anda sudah dikubur dalam lipatan sejarah dan dikunci dalam kotak kisah yang tidak perlu dibuka lagi. Maka adalah sia-sia yang anda masih mengenangnya. Betapa pun dalamnya rindu puan padanya, itu adalah rindu sepihak, ibarat pungguk rindukan bulan. Bulan tetap mengambang tanpa memikirkan ada pungguk di bumi yang merinduinya. Oleh itu nasihat saya ,puan belajarlah menganalisa perasaan anda dan memujuk agar perasaan dan pemikiran menerima hakikat bahawa orang yang anda kenang itu bukan lagi milik anda. Malah tidak akan menjadi milik anda selamanya.

Kuburkanlah ingatan dan simpanlah kenangan puan sebagai kisah silam yang sudah berangkat dari hidup anda. Jika diteruskan juga anda ibarat mimpi di siang hari. Adalah lebih beruntung untuk puan beri perhatian pada orang yang ada di hadapan anda kerana dengan cara sedemikian fikiran dan perasaan anda akan terisi episod kisah baru dan lama kelamaan akan memadamkan kisah anda bersama bekas suami.

Jangan membawa kisah silam ke masa hadapan. Kerana cara ini akan membunuh masa depan anda yang masih panjang. Anggaplah itu satu mimpi semalam untuk mainan tidur saja. Adalah membuang masa dan kekuatan untuk mengenang dan memuja, merindui dan mencemburui orang yang sudah tidak ada di sisi kita. Jangan bodohkan diri dan buang usia anda. Mungkin Allah mahu anda membina hidup baru dengan orang lain yang mungkin lebih baik dari yang hilang. Oleh itu sibukkan diri dan dekatkan diri dengan Allah agar anda dapat menerima ketentuan bahawa jodoh anda hanya setakat itu sahaja. Dan Allah juga mahu anda belajar dari kisah silam agar dapat membina kehidupan yang lebih baik supaya kita tidak membiarkan pisang berbuah dua kali, atau jatuh ke lubang buaya dua kali. Carilah ganti agar hati dan persaan terisi dengan baik dan anda lebih terfokus dalam hidup.

13 thoughts on “Cemburu bekas suami mahu kahwin kekasih baru

  1. Saya sudah bkahwin selama 3 tahun dan telah dikurniakan seorang puteri. Saya dan suami tinggal berjauhan selama kami berkawin. Suami plg banyak balik bersama 2 kali sebulan @ plg kurang sekali sebulan. Suami pernah ada menjalin hubungan cinta selepas saya melahirkan anak. Tetapi telah terputus setelah keksaihnya tidak dapat menerima hakikat saya tidak mahu dimadu. Sekarang bekas kekasih suami telah pun berkahwin lagi.

    Masalah nye sekarang, suami mula bermain kayu 3 lagi. Suami ingin menikah dengan kekasih baru nya itu. Inilah dugaan paling berat yg saya terima tatkala Hari Raya menjelang tiba. Terus terang saya katakan, saya masih mengharap suami kembali kepangkuan saya. Tetapi saya tidak mahu dimadukan. Apakah yg patut saya buat? Saya sejenis perempuan yg kuat cemburu & tidak dpt terima jika mahu dimadukan.

    Suami pula mahu menikah satu lagi…

  2. bERDOA AJE PADA ALLAH PADA BULAN POSA NI RAHMAT NYA LEBEH TINGGI DARIPADA BULAN2 LAIN…SEMOGA DI KABULKAN PERMINTAAN MU…AMIN…TAKE CARES SELAMAT BERPUASA DAN BERHARIRAYA

  3. bila hidup keseorangan nafsu menjadi2 lupa anak bini.dah makan baru sedari,tangisan beribu2 tahun pun tak bererti lagi.itu lah bila kahwin , jgn dudok berasingan ,selalu menziarahi. seboleh2 nya dudok sekali-serumah.bila dah jadi tak da guna meratapi…bagi mereka kahwin.untok menghidari dosa2.

  4. setuju dengan pak tenggek tang part..kalau dah kawin….apa alasan pun utk tidak
    duduk bersama kene tolak tepi…..MESTI duduk sama….

  5. Puan Azian,

    Zaman skarang ni, duduk skali pun kekadang suami kita boleh gak main kayu 3
    Apatah lagi klo berjauhan camtu…. banyak dugaannya.
    Carilah alternatif untuk hidup bersama….
    Sekurang-kurangnya jiwa suami x terasa sunyi…
    Ada isteri dan anak yang boleh menceriakan hidupnya
    dan mengisi masa lapangya dari dihabiskan dengan orang lain.

    • kalo dio maseh kasi kaseh sayang macei biaso nok apo lagie..lakunei blakang takbie..ab.. dia tanggong de kemudein harie..sebenar nyo lelaki sejati 1 ajorr tak mencukupi…kalo 1 ajorr nanti chassis lali..kereto kalo rosak antar worshop..kena pakei spare kan..

  6. tu la org ckp, kalu leh duk la sama2 walau cane sekali pun…

    bile dok jauh nih mcm2 dugaannye, nak2 yg lemah imannye…

    kalu leh tahan lagi xpe, nih takut sampai wat maksiat, kan da susah…

    tp yg penting pun, trust kene ade dua2 belah pihak…

  7. Kamu nie insan yg mulia akan cinta..tapie laksano mencurah ayour ke daun keladie ajorr..kalo berastu pun tak kemano..punggok merindu bulan ajerr..kalo bersatu puin kamu akan menderito sampei last hayat kamu..kamu akan setiasa kesaorangei merayu simpati kaseh…keiklas kamu tidak akan di rasai atau di snajungi langsung..sobab bertepok sebelah tangan.. mungkin kamu tak cantik untok menawan atau berkenaan di hatie nyo, kalauo bersama pun atas paksaan atao dah terpaksa..laksano memejam mato…kalao bersatu pun jasao keiklasaein muakan di konang semasei kamu dah pergie kpd illahi..dia mungkin tak suko akan paras rupa bentuk badein..tidak berkenaan dgein diri mu..mula2 mungkin kedudukei mun yg menawei kalbu nyo..skrg munkein dah ado bidadarie yg sempurna di hatie nyo..lebeh baek kou lupakei nyo..cali yg suko mu..yg tak kesah sangat ketampilei mu 2..i am so sorry..take cres ..maaf daku..cerito2 ajorr nie

  8. kalo dah cerai tu..tambah lak tak do aanak…teruskan lahh sebagei jando..cari laen..banyak yg menunggu..kalo msehcantik berkerjaya..
    tak guno melihat merindui bulan..nanti berulam jantung hingga kematie..dio dah ado yg punyo..nok ganggui apo lagie..itu laa penyesalan dah tak guno lahie..

    kawei ambo tu haha dudok macei dalei neraka tapie dio steady ajorr..tekad jei diri..pompuan nie sebonar nyo banyak taik palat..bukein semua torr

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s