Panduan Rawat Jerawat

TIADA alasan merana diri gara-gara jerawat batu. Jika perlukan bantuan, jumpa saja doktor dan pada masa sama, ada beberapa perkara yang boleh dilakukan seperti panduan berikut:

> Jerawat batu hanyalah liang roma yang berjangkit dan tersumbat. Jika anda mula memicitnya, anda sebenarnya hanya merebakkan bakteria ke seluruh muka hingga jangkitannya melarat.

Jika terlalu perlu mengeluarkan isi kandungan jerawat itu, basuh tangan dan muka. Gunakan tisu yang bersih dan basuh semula selepas membuang jerawat itu.

> Gunakan produk penjagaan kulit yang bebas minyak. Solekan berminyak lebih menambahkan ?makanan? pada muka untuk pembiakan bakteria serta lebih membuatkan liang roma tersumbat.

> Kawasan jerawat yang merah itu usah digaru walaupun ia gatal. Jika terus digaru, menyebabkan bakteria merebak dan lebih teruk kerana akan meninggalkan parut.

Dalam sesetengah keadaan, jerawat batu boleh meninggalkan parut berpanjangan oleh itu, fikirkanlah parut yang tidak diingini itu untuk mendorong anda tidak memicit atau menggarunya.

> Minyak pokok teh mempunyai kandungan antibakteria. Jika mahu menggunakannya, pastikan jerawat di peringkat awal dan jangan gunakan berhampiran mata. Jika kulit pedih, cuci bahagian itu dengan air bersih sebelum menggunakannya semula.

> Usah terlalu mencari sabun kuat untuk merawat muka berjerawat kerana ia mungkin menyebabkan kulit lebih merah. Elak bahan sental muka yang mungkin menyebabkan kulit lebih gatal. Guna sabun antibakteria sederhana.

> Jika merokok, elok sangat dihentikan tabiat itu. Jerawat di kalangan perokok biasanya lebih merah daripada mereka yang tidak merokok.

> Usah patah hati merawat jerawat. Hampir setiap jerawat boleh hilang cuma ia mengambil masa.
 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s