Tips Mencari Pekerjaan

Ditujukan khas untuk mereka yang tengah “tanam anggur”, baru tamat pengajian, atau tengah cari kerja. Dah baca tu, fahamkan dan jangan bertangguh lagi, cepat buat!

i. Senaraikan 10 syarikat utama

Dengan kelayakan dan kemahiran yang anda miliki, cuba pertimbangkan faktor-faktor berikut :-

– Adakah anda mencari batu loncatan atau satu syarikat yang dapat meningkatkan kerjaya anda ?

– Adakah anda sukakan cabaran atau sesuatu yang konservatif (biasa-biasa saja)

– Berapa lama anda sanggup bekerja ?

– Adakah anda sanggup berhijrah atau merantau jauh daripada tempt tinggal anda?

– Berapa anggaran gaji yang anda harapkan?

– Adakah anda sanggup menerima jawatan yang di luar daripada bidang kemahiran anda ?

Kemudian, senaraikan 10 nama syarikat yang bakal menjadi majikan anda. Anda boleh senaraikan lebih banyak lagi, tetapi tumpukan kepada 10 yang paling utama sebelum mencuba yang lainnya. Buat kajian tentang syarikat-syarikat ini melalui internet, melalui rakan-rakan, saudara mara, pensyarah dan dapatkan gambaran latar belakang syarikat dan persekitaran di organisai tersebut. Dapatkan juga maklumat tentang mereka yang menerajui syarikat itu seperti pengarah syarikat, pengurus besar dan sebagainya. Peluang kerjaya untuk anda sedang menanti di hadapan!

ii. Jangan tunggu ada kekosongan, mohonlah sekarang!

Jika ada syarikat yang anda idamkan dan anda rasa sesuai dengan kelayakan anda, mohonlah sekarang. Jangan tunggu sehingga ada iklan jawatan kosong disiarkan. Kebanyakan syarikat mencari bakat-bakat baru, walaupun sebenarnya tiada kekosongan jawatan. Anda dapat lakukannya dengan menggunakan resume yang agak berbeza tetapi bersesuaian dengan kriteria yang diharapkan.

iii. Jelajahilah Internet

Internet telah membuka satu dunia baru bagi pencari kerja seperti anda. Terlalu banyak laman web yang menawarkan peluang pekerjaan sehingga anda sukar membuatpilihan! Yang penting, kebanyakan syarikat mempunyai laman webnya sendiri yang menyiarkan iklan jika ada kekosongan jawatan. Terdpat juga yang menawarkan iklan kerja di syarikat antarabangsa, kerja di syarikat tempatan, dan kerja sementara atau separuh masa. Jelajahilah dan ketahui bagaimana internet dapat memenuhi impian anda. Jika anda masih belum biasa dengan Internet,
belajarlah! Jangan berikan alasan!

iv. Dapatkan bantuan rakan

Biar semua orang tahu anda sedang mencari kerja. Cubalah bercakap dengan semua orang yang anda kenali – keluarga, saudara mara dan rakan-rakan. Anda mungkin telah cuba bertanya dengan pensyarah anda, jika belum lagi… hubungi beliau sekarang. Biasanya mereka bersedia untuk membantu jika mereka tahu anda berhajat. Tetapi mereka tidak pasti kerja bagaimana yang anda inginkan jika anda tidak memberitahu mereka. Anda perlu tahu perbezaan antara assertif dan agresif. Orang akan berikan jawapan jika anda hormati mereka dan tidak terlalu mendesak. Jadi, jika mereka berjanji untuk membantu, cuba dapatkan maklum balas selepas 2 atau 3 hari. Selepas itu, lihat apa yang mereka tawarkan, dan selepas itu hubungi mereka dalam tempoh 24 jam. Jika anda menghantar resume dan surat permohonan kepada majikan, hubungi secara berterusan tetapi bersopan. Ini untuk memastikan permohonan anda telah diterima dan kakitangan berkenaan telah membaca surat anda.

v. Libatkan diri dalam organisasi profesional

Selain bercakap dengan orang di sekeling anda, rangkaian juga memberi anda kenalan baru dan membuka peluang baru. Libatkan diri anda dalam persatuan, kelab atau pertubuhan profesional bersesuaian dengan bidang anda. Semasa anda menghadiri mesyuarat, atau acara lain, anda dapat berkenalan dengan orang-orang yang mempunyai minat dan kemahiran yang sama. Dengan cara ini anda dapat mengintai sumber maklumat serta bantuan untuk mendapatkan pekerjaan dan peluang kerjaya yang lebih baik.

vi. Ambil peluang semasa acara minggu kerjaya (Career Fest)

Biasanya pihak universiti akan mengadakan minggu kerjaya setahun sekali anjuran bahagian hal ehwa. Di situ, pelbagai syarikat akan mengadakan pameran, taklimat dan penerangan tentang peluang-peluang kerjaya di syarikat mereka. Selain itu terdapat juga badan tertentu yang menganjurkan pesta kerjaya seumpama itu di pusat membeli belah, hotel dan seumpamanya. Jangan ketinggalan mengunjungi dan libat diri secara aktif. Masa inilah anda ingin menonjolkan diri anda.

vii. Gunakan khidmat agensi pekerjaan

Di bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru atau Ipoh, terdapat banyak agensi pekerjaan bagai cendawan tumbuh seleps hujan. Pergilah ke satu agensi yang anda rasa berkaliber dan serahkan resume anda. Bagaimanapun, agensi ini memperolehi pendapatan melalui anda dan syarikat yang menawarkan pekerjaan. Jadi, selidiki dulu jika anda perlu menjelaskan apa-apa bayaran dan bacalah syarat perjanjian
sebelum anda bersetuju.

viii. Kerja separuh masa/ sambilan (freelance)

Andaikata, anda telah bekerja keras untuk mendapatkan pekerjaan tetap, tetapi masih belum membuahkan hasil, jangan putus asa. Buatlah kerja separuh masa atau sambilan dalam bidang industri yang anda minati. Nyatakan kepada bakal majikan anda bahwa anda sanggup bekerja sambilan untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan. Jangan jual mahal! Mungkin kerja sambilan itu merupakan tiket anda untuk mendapatkan kerja tetap. Dalam pada itu, anda perlu ada inisiatif untuk mempelajari semuanya yang anda perlu ketahui. Kerja keras dan laksanakan tugas anda dengan penuh tanggungjawab dan yang terbaik. Peluang yang lebih cerah, anda akan ketahui kemudian nanti.

ix. Ceburilah bidang baru

OK, andaikata anda baru tamat pengajian dalam bidang perubatan atau undang-undang. Ini adalah suatu bidang yang khusus. Bagaimana anda boleh mencari peluang pekerjaan dalam bidang yang lain? Bolehkah anda menjadi wartawan dalam bidang kepakaran anda untuk disiarkan di suratkhabar, majalah atau syarikat televisyen? Apa kata, jika anda menggunakan kelulusan anda dalam bidang perniagaan atau pemasaran untuk bekerja di hospital swasta? Atau yang seumpamanya. Jadilah lebih kreatif tentang kebolehan anda. Tentu anda pernah
mendengar tentang bagaimana seorang lulusan undang-undang tapi bekerja sebagai DJ radio, atau seorang lulusan Pendidikan Islam tapi bekerja sebagai pegawai pemasaran. Tidak bermakna, jika anda ada kelulusan dalam satu bidang, anda harus kekal dalam bidang itu seumur hidup anda. Yang penting anda yakin dengan apa yang anda lakukan dan yakin dengan kebolehan diri anda sendiri.

x. Sediakan resume dan surat permohonan

Yang ini anda tak boleh elak! Jangan mudah menyalin sebarang surat permohonan atau resume yang biasa anda jumpai. Anda perlu hasilkan
surat dan resume yang unik; lain daripada yang lain. Kebanyakan majikan akan buat keputusan dalam masa 10-30 saat; sama ada ingin terus membaca resume anda ataupun tidak. Tujuan utama anda adalah menarik perhatian bakal majikan anda; jadi anda perlukan sesuatu yang unik!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s