Vaginitis kena jalani ujian makmal

Oleh Hafizah Iszahanid

Jangkitan vagina boleh melarat hingga membawa kepada penyakit keradangan pelvis (PID), berpotensi jejaskan kesuburan dan kehamilan luar rahim

JANGKITAN vagina atau dikenali sebagai vaginitis adalah masalah yang biasa dialami wanita, tetapi tidak semua mendapat rawatan yang betul sehingga menyebabkan masalah itu berterusan bertahun-tahun.

Vaginitis adalah radang pada vagina yang menyebabkan lelehan (discharge), kegatalan, rasa sakit selain seperti terbakar ketika hubungan intim. Selalunya punca vaginitis disebabkan perubahan dalam keseimbangan bakteria normal vagina atau mungkin juga disebabkan jangkitan.
Secara lazimnya, selain jangkitan dan bakteria, ia mungkin disebabkan protozoa dan fungus atau jangkitan campuran atau serentak dengan sekurang-kurangnya dua daripada tiga patogen itu. Vaginitis juga boleh terjadi apabila tahap estrogen merosot selepas putus haid.

Pakar Perunding Perbidanan dan Sakit Puan, Pusat Perubatan dan Perbidanan Fetal, Dr S Raman, berkata dianggarkan seorang dalam setiap lima wanita berjumpa pakar sakit puan kerana masalah vaginitis. Bagaimanapun, kebanyakan mereka tidak tahu punca jangkitan.

“Sungguhpun vaginitis masalah ginekologi yang biasa, ia sukar disahkan kerana terlalu banyak punca yang boleh menyebabkannya.

“Tambahan pula gejala vaginitis agak mengelirukan selain sikap sesetengah doktor yang tidak melakukan diagnosis dengan sempurna seperti mengambil contoh lelehan vaginitis untuk analisis makmal,” katanya.

Lelehan daripada vagina adalah masalah biasa terutama apabila berlaku perubahan hormon atau pada waktu subur. Bagaimanapun, apabila jumlahnya banyak, berwarna kelabu, hijau atau seakan keju yang likat, disertai pula rasa pedih dan sakit, ia bukan normal.

Oleh kerana malu, selain vaginitis tidak menyebabkan kematian, ramai wanita hanya mendiamkan diri.

Jika vaginitis berpunca daripada bakteria, ia boleh melarat hingga membawa kepada penyakit keradangan pelvis (PID) yang seterusnya berpotensi menjejaskan kesuburan dan menyebabkan kehamilan luar rahim. Malah, jika puncanya adalah gabungan antara bakteria dan trikomoniasis (bakteria yang berada dalam usus) ia boleh menjejaskan kehamilan hingga menimbulkan masalah kelahiran tidak cukup bulan dan bayi lahir dengan masalah kurang berat badan.

Dr Raman berkata, dari sudut yang lain pula, punca vaginitis tidak boleh ditentukan atau dikenal pasti secara tepat berasaskan gejala atau pemeriksaan fizikal saja.

Diagnosis vaginitis katanya, memerlukan pemeriksaan contoh lelehan vagina menggunakan mikroskop.

“Keberkesanan ujian bukan saja berbeza dan sentiasa tepat kerana diagnosis sedemikian mengambil masa dan boleh meningkatkan kos kepada pesakit secara keseluruhan. Bagi wanita yang mengalaminya akan terus berasa tidak selesa dan ada kalanya jangkitan semakin teruk,” katanya

Dr Raman berkata, wanita yang mengalami vaginitis boleh menuntut doktor yang merawat mengambil sampel lelehan vaginitis untuk ujian makmal. Berdasarkan keputusan itu, ubat yang bersesuaian dengan faktor jangkitan akan diberikan. Di pasaran, Bayer Schering Pharma memperkenalkan terapi campuran yang mudah untuk diguna, tidak kira apa jua punca vaginitis atau diagnosisnya.

Gejala dan simptom

  • Perubahan dalam warna, bau atau jumlah lelehan yang keluar daripada vagina
  • Vagina seperti terbakar dan gatal
  • Sakit ketika hubungan intim
  • Sakit ketika membuang air kecil
  • Vagina yang mengalami sedikit pendarahan

    Punca vaginitis

    Bakteria

    Ia punca biasa vaginitis di kalangan wanita yang subur untuk melahirkan anak.

    Biasanya ditandai dengan lelehan vagina yang tidak normal dan berbau hanyir. Malah, baunya lebih kuat selepas hubungan kelamin.

    Trikomoniasis

    Biasanya ia jangkitan saluran usus. Lelehan vagina berwarna kuning kehijauan atau kelabu secara keterlaluan. Jangkitan trikomoniasis juga menyebabkan ketidakselesaan ketika hubungan intim, kencing, vagina yang berbau, kemaluan rasa gatal dan pedih selain sakit pada bahagian bawah abdomen.

    Jangkitan yis

    Vaginitis yang berpunca daripada yis sukar didiagnosis kerana biasanya ia tidak memperlihatkan banyak tanda dan gejala. Ini menyebabkan vagina rasa gatal, pedih dan sakit. Jangkitan yis menyebabkan sakit ketika kencing dan hubungan intim selain lelehannya berwarna putih bercampur kelabu seperti keju (berair dan pekat).

  • One thought on “Vaginitis kena jalani ujian makmal

    Tinggalkan Jawapan

    Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

    WordPress.com Logo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

    Twitter picture

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

    Facebook photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

    Google+ photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

    Connecting to %s