Kuasa makan

Usah mengeluh atau merungut jika anak anda balik bermain dengan baju kotor dan berbau busuk kerana ia kegiatan sihat. Tidak mengapa jika kita terpaksa berdepan kesukaran mengembalikan warna baju anak seperti asal kerana yang penting ialah mereka tidak terperangkap dalam gejala ‘malas bergerak’.

Kehidupan aktif sangat penting kepada semua orang, termasuk kanak-kanak. Kanak-kanak memerlukan hidup aktif bagi merangsang pertumbuhan dan perkembangan optimum, manakala bagi orang dewasa pula ia diperlukan untuk mengekalkan kesihatan sepanjang hayat.

Walaupun sering ditekankan kepentingan pemakanan, masih ramai ibu bapa kurang arif dalam bab ini. Ada yang berpendapat, asalkan diberi makan, anak membesar sama seperti orang lain. Namun, ramai tidak sedar bahawa cukup makan bukan bererti kanak-kanak itu mendapat cukup zat.

Makanan seperti nasi lemak contohnya memang mengenyangkan, tetapi ia hanya mengandungi karbohidrat, lemak, sedikit protein (daripada telur), kalsium dan vitamin (dari ikan bilis dan timun, jika dimakan). Ia kurang atau tidak mengandungi serat dan vitamin lain yang diperlukan badan.

Pakar pemakanan, Chong Boon Feei, berkata zaman kanak-kanak adalah tempoh paling penting dalam kehidupan seseorang kerana ketika ini mereka mudah terdedah kepada masalah kekurangan zat nutrisi dan ibu bapa perlu memainkan fungsi bagi mengelak perkara ini.

Katanya, untuk mendapat pertumbuhan optimum, pemakanan saja tidak mencukupi kerana keperluan setiap kanak-kanak berbeza. Ibu bapa perlu memahami keperluan khasiat kanak-kanak yang perlu diseimbangkan dengan aktiviti fizikal yang membantu mereka mencapai pertumbuhan sewajarnya.

Kekurangan pengetahuan terhadap pemakanan dan kesibukan bekerja sering membuat ibu bapa terlepas pandang aspek penting dalam proses pembesaran anak. Dua faktor ini sedikit sebanyak mendorong kepada masalah pertumbuhan kanak-kanak setanding dengan umur mereka, terutama daripada segi pertambahan berat badan.

“Berlebihan berat badan dan obesiti di kalangan kanak-kanak dulu lebih dikenali sebagai masalah di negara berpendapatan tinggi, tetapi kini ia menjadi masalah seluruh dunia, termasuk negara sedang membangun, terutama di kawasan bandar.

“Berdasarkan laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), masalah obesiti kanak-kanak berumur di antara enam hingga 11 tahun meningkat lebih dua kali ganda dalam masa 20 tahun kebelakangan ini. Pada 2005 saja dianggarkan kira-kira 20 juta kanak-kanak berusia kurang dari lima tahun di seluruh dunia mengalami masalah obesiti,” katanya ketika Kempen Tumbesaran Optimum Bersama Fernleaf Khasiat Terjamin, baru-baru ini.

Kajian WHO pada 2005 mendapati ledakan masalah obesiti berlaku akibat dua perkara iaitu:

  • Perubahan corak pemakanan di seluruh dunia ke arah makanan yang padat kandungan tenaganya (kaya lemak dan gula tetapi kurang vitamin, mineral dan lain-lain nutrien).
  • Penurunan kadar aktiviti fizikal yang disebabkan pekerjaan (tidak banyak bergerak), peningkatan sistem pengangkutan dan pembangunan kawasan kampung kepada bandar.Di Malaysia, senario ini juga berlaku dan jumlah obesiti di kalangan remaja berumur di antara 13 hingga 17 tahun meningkat daripada satu peratus (1990) kepada enam peratus pada 1997.Bagaimanapun, kajian lain yang dijalankan Pusat Maklumat Makanan Asia (AFIC) pada 2003 ke atas 1,815 kanak-kanak berumur di antara 10 hingga 12 tahun di empat bandar raya Asia iaitu di Malaysia, Thailand, Hong Kong dan Filipina mendapati, satu dalam empat kanak termasuk dalam kategori berlebihan berat badan atau obes.

    Lebih mendukacitakan, kajian itu juga mengesahkan kanak-kanak di Malaysia bukan saja kurang aktif, tetapi turut mengamalkan pemakanan tidak sihat serta menghabiskan banyak masa menonton televisyen.

    Lebih 30 peratus kanak-kanak di negara ini menghabiskan lapan jam sehari untuk menonton televisyen. Malah, kepelbagaian dan kemewahan makanan di negara kita seperti makanan dari gerai, snek, roti canai, mi kari, nasi lemak dan nasi minyak (sekadar menyebut beberapa contoh) turut memberi tempias terhadap kesihatan kanak-kanak kerana semuanya berkalori tinggi.

    Dalam kajian berlainan, dilaporkan 28 hingga 36 peratus remaja (antara 10 hingga 17 tahun) kerap meninggalkan sarapan, manakala snek kegemaran mereka ialah aiskrim, kentang goreng, keropok, biskut dan gula-gula.

    “Susu adalah menu utama yang perlu ada dalam pemakanan kanak-kanak, terutama yang sedang membesar, bagi pertumbuhan tulang mereka. Kanak-kanak berumur enam hingga lapan tahun memerlukan 800 miligram (mg) kalsium sehari, manakala kanak-kanak berumur sembilan tahun ke atas perlu mendapat 1,300 mg kalsium,” katanya.

    Sudah menjadi lumrah dunia, kebanyakan kanak-kanak tidak suka makan sayur. Justeru, jangan paksa mereka mengambil makanan yang tidak disukai, sebaliknya ibu bapa perlu kreatif memujuk anak makan buah-buahan sebagai ganti. Buah-buahan adalah pilihan terbaik untuk dijadikan snek menggantikan makanan ringan.

    Jika anak mula mengalami masalah berat badan berlebihan, bawa dia berjumpa pakar kanak-kanak supaya penilaian berat dan tinggi boleh dilakukan. Pada masa sama, anda boleh mendapat nasihat doktor untuk merancang diet sesuai untuk anak supaya masalahnya tidak berterusan.

    Walaupun masih kecil, kanak-kanak sebenarnya bijak. Mereka tahu bila lapar dan biasanya berhenti makan sebaik terasa kenyang. Ini sebabnya ibu bapa perlu mengambil tahu terhadap keperluan pemakanan dan khasiat untuk anak.

    Tabiat pemakanan ibu bapa perlu diubah kerana tabiat ini diwarisi anak. Selain itu, mulakan kehidupan aktif. Kajian AFIC yang dijalankan dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendapati, 90 peratus kanak-kanak mengakui suka ibu bapa membawa mereka ke acara sukan atau melihat mereka bermain.

    Jika kita sering memberi alasan mengelak membawa anak bermain dan bergiat aktif, bermakna kita tidak memberi peluang anak mencapai pertumbuhan optimum kerana bersukan juga membantu merangsang pembentukan tulang kuat.


Rahsia Kuruskan Badan, info lanjut, KLIK SINI


Panduan Diet Dan Langsing. info lanjut, sila KLIK SINI.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s