Lindungi isteri daripada serangan barah pangkal rahim

BERI isteri perlindungan kesihatan. Ini cara moden dan paling baik untuk menunjukkan kasih sayang kepada isteri, terutama bagi melindungi mereka daripada serangan barah pangkal rahim — barah kedua paling umum di kalangan wanita Malaysia.

Berdasarkan laporan Daftar Kanser Kebangsaan 2003, barah pangkal rahim yang juga dikenali sebagai kanser serviks menduduki tangga kedua tertinggi selepas barah payu dara dengan catatan 12.9 peratus daripada semua kes kanser wanita.

Setiap tahun barah pangkal rahim meragut 270,000 nyawa wanita di seluruh dunia atau satu kematian dalam setiap dua minit. Di seluruh dunia, dianggarkan 500,000 kes baru barah pangkal rahim dicatat dan 266,000 kes daripadanya membabitkan wanita di negara Asia Pasifik, termasuk Malaysia. Daripada jumlah ini 143,000 kes berakhir dengan kematian atau satu kematian bagi setiap empat minit.

Barah pangkal rahim mewakili 7.9 peratus kemasukan ke hospital daripada semua kes kanser dan menyebabkan 10.5 peratus kematian di kalangan pesakit barah wanita di hospital kerajaan.

“Hakikat ini menyedihkan kerana barah pangkal rahim adalah satu-satunya barah yang boleh dielak,” kata Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Datuk Dr Abdul Aziz Yahya.

Katanya, kira-kira 80 peratus pesakit hanya mendapatkan rawatan ketika penyakit sampai ke tahap serius iaitu apabila mengalami gejala seperti pendarahan atau pengeluaran bendalir faraj yang tidak normal, pinggul terasa sangat sakit dan sakit ketika mengadakan hubungan seks.

“Pendarahan selepas mengadakan hubungan seks antara tanda penting barah kian membesar. Oleh kerana tiada tanda atau kesakitan pada peringkat awal barah pangkal rahim, ramai wanita kurang memberi perhatian pada penyakit ini.

“Barah pangkal rahim boleh dikesan melalui ujian lumuran pap (pap smear) yang diperkenalkan sejak 60 tahun lalu. Kajian Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) pada 2003 menunjukkan tahap kesedaran wanita di negara ini terhadap barah pangkal rahim masih rendah.

“Walaupun 90 peratus wanita tahu mengenainya, hanya 55.2 peratus pernah menjalani ujian lumuran pap sekurang-kurangnya sekali. Daripada jumlah ini hanya 32.1 peratus menjalani ujian lumuran pap secara berkala. Malah, ada yang tidak pernah dengar mengenai ujian ini,” katanya.

Yang menyedihkan, ramai berasakan ia tidak penting kerana mereka tidak sakit (23 peratus), tidak pernah dengar mengenai ujian ini (20.3 peratus), sibuk (18.3 peratus), malu (9.8 peratus), takut sakit (9.2 peratus), tidak mendapat cukup maklumat (3.8 peratus) dan lain-lain (15.8 peratus).

Barah pangkal rahim disebabkan jangkitan Virus Human Papilloma (HPV). Walaupun ada lebih 100 jenis HPV ditemui, dua jenis paling kerap menyebabkan barah ialah HPV16 dan HPV18 (70 peratus) selain HPV31 dan HPV45.

Siapa berisiko menghidap barah pangkal rahim?

Semua wanita yang pernah mengadakan hubungan seks. Lebih cepat seseorang wanita terdedah kepada aktiviti seks, lebih awal dia mendapat jangkitan. Lebih kerap dia melakukan hubungan seks, risikonya lebih tinggi kerana dia boleh mendapat jangkitan berulang.

Sebenarnya semua wanita terdedah pada jangkitan HPV, tetapi biasanya sistem imun badan dapat menghapuskannya dalam masa satu atau dua tahun. Namun dalam sesetengah keadaan, virus ini terus tinggal dalam badan sehingga wanita tua tanpa menyebabkan barah.

Virus akan membiak dan mula menyebabkan barah apabila sistem imun badan lemah. Proses ini mengambil masa lama; antara lima hingga 10 tahun untuk membentuk fasa pra kanser. Dari fasa ini ia mengambil masa lima hingga 10 tahun lagi untuk menjadi kanser. Ini sebabnya wanita disaran menjalani ujian lumuran pap yang boleh mengesan kehadiran sel kanser dari peringkat awal.

Kini ada cara lebih baik untuk melindungi wanita daripada barah pangkal rahim, iaitu melalui suntikan vaksin. Jika sebelum ini suntikan vaksin diberi sebelum seseorang wanita terdedah pada aktiviti seks (dari umur sembilan hingga 26 tahun) kini julat perlindungan vaksin baru lebih luas iaitu untuk semua wanita daripada 10 hingga 45 tahun.

“Ini bermakna wanita yang mengadakan hubungan seks dan ada anak masih boleh mendapat perlindungan daripada barah pangkal rahim. Pakar perubatan kini meletakkan vaksin sebagai perlindungan pertama barah pangkal rahim supaya wanita tidak dijangkiti HPV, diikuti ujian lumuran pap.

“Walaupun ada perlindungan vaksin, wanita perlu menjalani ujian lumuran pap secara berkala (setiap satu atau dua tahun). Ia perlu dilakukan secara seiringan kerana profil risiko barah berubah pada setiap orang,” kata Dr Abdul Aziz pada pelancaran Cervarix, vaksin baru penentang barah pangkal rahim anjuran GlaxoSmithKline Pharmaceutical Sdn Bhd.

Vaksin ini mempunyai antigen bagi melawan jangkitan HPV16 dan HPV18 yang bertanggungjawab menyebabkan lebih 70 peratus kes barah pangkal rahim di seluruh dunia.

Rumusan khas ASo4, sejenis sistem adjuvan berfungsi meningkatkan tindak balas imun dan melanjutkan tempoh perlindungan daripada jangkitan HPV.

Berdasarkan kajian klinikal, didapati tahap imun wanita yang diberi suntikan vaksin terhadap jangkitan HPV kekal tinggi sehingga 5.5 tahun dan lebih menarik, ia turut memberi perlindungan silang terhadap HPV31 dan HPV45.

Bila waktu terbaik untuk mendapatkan suntikan?

Secara praktikal, waktu terbaik mendapatkan suntikan ialah sebelum melakukan hubungan seks buat kali pertama. Suntikan diberi dalam tiga dos iaitu pada bulan pertama, kedua dan keenam.

Bagaimanapun, bagi wanita lebih berusia, sudah berkahwin dan ada anak, vaksin ini dapat memberi perlindungan daripada jangkitan masa depan. Lebih penting, ia juga dapat melindungi fasa pra kanser daripada terus berkembang kepada fasa kanser.

“Jangan tunggu sehingga ada tanda penyakit untuk mendapatkan pemeriksaan. Barah pangkal rahim tidak hanya menjejaskan kualiti hidup wanita, malah mempengaruhi kehidupan seisi keluarga, termasuk suami dan anak,” katanya.

Kajian LPPKN

> Tahu mengenai kewujudan ujian lumuran pap — 90 peratus

> Pernah menjalani ujian sekurang-kurangnya sekali — 55.2 peratus

> Menjalani ujian secara berkala — 32.1 peratus

Alasan yang diberi

> Berasa tidak penting kerana tidak sakit — 23 peratus

> Tidak pernah dengar mengenai ujian ini — 20.3 peratus

> Sibuk — 18.3 peratus

> Malu — 9.8 peratus

> Takut sakit — 9.2 peratus

> Tidak mendapat cukup maklumat — 3.8 peratus

> Lain-lain — 15.8 peratus

Antara halangan

> Kurang pendedahan

> Masalah ekonomi dan logistik (rumah terlalu jauh dari hospital)

> Kurang sokongan suami

> Terlalu ramai anak dan tiada orang boleh menjaga mereka ketika ibu ke hospital

18 thoughts on “Lindungi isteri daripada serangan barah pangkal rahim

  1. SAYA PERNAH MENDAPAT SUNTIKAN VAKSIN INI SEKALI PADA ZAMAN PERSEKOLAHAN SAYA DAHULU? ADAKAH SAYA PATUT MENGAMBILNYA LAGI KERANA SAYA SUDAH BERTUNANG DAN HENDAK BERKAHWIN TAHUN HADAPAN? APAKAH YANG PATUT SAYA LAKUKAN SEKARANG? TETAPI KITARAN HAID SAYA TIDAK NORMAL BERAT BADAN SAYA 83KG.

  2. boleh tak saya dapatkan lagi banyak maklumat tentang barah rahim ini..
    baru 2 hari yg lepas mak saya di sahkan barah rahim..
    saya nak tahu lebih detail kerana kurang information ttg penyakit ini..
    saya harap mak saya akan sembuh

    • I’m sorry to hear of what happen to your mother… I’m working with tropicana medical centre… The hospital are now organising and awareness campaign on cervical cancer with a free 21 tests screening… If you are interested to participate pls call me at this number 0123612968 to reserve your seat.

  3. saya ingin tahu..
    nama saya sarimah…umur 30 tahun…berkahwin dan mempunyai seorang anak…saya seorang yang aktif bersukan….adakah saya mempunyai tanda2 kancer pangkal rahim kerana keputihan saya kadangkala berdarah…saya juga akan merasa sakit bila melakukan hubungan kelamin..dan juga berdarah selepas melakukan hubungan…belakang pinggang juga sakit…saya pernah melakukan ujian pap smear…tetapi doktor kata tiada apa2…itupun disebabkan saya pernah kencing berdarah…tolong lah saya

  4. Saya adalah penghidap penyakit Pra-Kanser Pangkal rahim.Seorang ibu tunggal.Anak 6 orang.Awal tahun ini saya telah menjalani pembedahan membuang rahim kerana saya rasa dengan cara ini dapat mengelakkan penyakit ini menular ke bahagian yang lain. Masalah saya ialah setelah menjalani 6 bulan pembedahan saya merasa sakit di bahagian peranakan kiri seperti dulu sebelum di buang.Saya merasa binggung untuk menghadapi masalah ini sendiri kerana saya tidak ada tem pat untuk meluahkan perasaan takut saya. Saya seorang yang amat serius jika di beri tugas dan tanggungjawab dan saya tidak pernah merasakan stress yang amat kerana dapat meredakan keadaan.Harap dapat membantu saya menyelesaikan keadaan saya selepas penmbedahan.

    • Puan… I would advise you to partcipate on awareness campaign in tropicana medical centre to find out more on your problem… For this month we are giving a free consultation and free 21 lab tests. Interested pls call 0123612968 to reserve a seat

  5. Saya adalah penghidap penyakit Pra-Kanser Pangkal rahim.Seorang ibu tunggal selepas menghadapi perceraian yang ke dua bersama suami.Saya mempunyai anak 6 orang.Awal tahun ini saya telah menjalani pembedahan membuang rahim kerana saya rasa dengan cara ini dapat mengelakkan penyakit ini menular ke bahagian yang lain. Masalah saya ialah setelah menjalani 6 bulan pembedahan saya merasa sakit di bahagian peranakan kiri sama seperti dulu sebelum di buang.Saya merasa binggung untuk menghadapi masalah ini sendiri kerana saya tidak ada tempat untuk meluahkan perasaan takut saya. Saya seorang yang amat serius jika di beri tugas dan tanggungjawab dan saya tidak pernah merasakan stress yang amat kerana dapat meredakan keadaan.Harap dapat membantu saya menyelesaikan keadaan saya selepas pembedahan.

  6. salam kak bibi,
    percayalah setiap sakit ada ubatnya..saya nasihatkan kak banyakkan makan suppliment.. kalau boleh kak makan transfer factor.. terbukti ramai pengidap kanser sembuh..saya tak jual. saya jual eumora.. kalau kak nak tau lebih lanjut nanti saya boleh usahakan,kak jumpa dengan diaorg yg terlibat. satu lagi terapi ais,ini kaedah sains n islam hubungi saya mofar79@gmail.com usahalah kak,jgn terlalu ikut perasaan..lwan setiap sakit n anggaplah itu cubaan

  7. ayah saya telah berkahwin untuk kali kedua pada 5 tahun yang lalu.dalam jangka masa 3 tahun lepas saya ada mendengar pertengkaran antara ayah dengan isteri keduanya mengenai sesuatu penyakit dan pada awal bulan february 2010, saya di beritahu oleh ibu saya bahawa madunya mengidap penyakit kancer pangkal rahim.ini adalah sesuatu yang agak membebankan keluarga kami memandangkan ayah saya sudah bersara mulai tahun ini.sekiranya penyakit tersebut telah berusia lebih dari 3 tahun, bolehkah pihak anda emailkan kepada saya kaedah-kaedah rawatan yang mugkin boleh di ambil berserta kos rawatan

    • Bgaimana keadaan ibu tiri anda skrg? Maaf agak lama masa utk melihat halaman ni krn berada dlm keadaan pemulihan. Moga ibu tiri anda bertambah sihat .

  8. saya baru memasuki usia 22 tahun, masih bujang & tak pernah melakukan seks, seorang yang aktif bersukan, underweight & mempunye kiaran haid normal. adakah golongan seperti saya juga terdedah kpd barah ini? apa yg saya tau, mereka yg pernah melakukan seks shj yg berisiko. tp sy risau sbb kadang2 keputihan saya berdarah (terdapat bebenang & kadang2 ketulan berwarna coklat/merah, sy assume darah). Perkara ni xkerap, tapi bila terjadi saya pelik & risau, xtau apa punca dia. Tapi xada pulak rasa sakit apa (e.g perut, pinggul etc) . harap dpt bantu 🙂

    • Bgaimana keadaa anda skrg? Maaf agak lama masa utk melihat halaman ni krn berada dlm keadaan pemulihan. Moga anda bertambah sihat .

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s