Langkah mudah bersih bilik mandi

SEBUAH kediaman selesa ialah apabila berupaya memberikan kepuasan kepada pemiliknya sama ada dari sudut hiasan dalaman atau ruang luar. Aspek kebersihan penting kerana selalu diperhatikan tetamu apabila bertandang ke rumah.

Ramai yang menyedari betapa pentingnya dekorasi di bilik mandi kerana ia juga menjadi titik tumpu kepada anda seisi keluarga dan tetamu. Kemasan dan hiasan menarik di bilik mandi secara tidak langsung menggambarkan personaliti dan cita rasa pemiliknya.

Tanpa perlu dihiaskan dengan kelengkapan yang mewah ia masih menarik jika pemilik mempunyai imaginasi dan kreativiti untuk meningkatkan suasananya. Untuk itu, terdapat tiga perkara utama yang perlu diambil kira iaitu tempat mencuci muka, tempat mandi dan tempat membuang air.
Ketika merancang atau menghias bilik mandi, pastikan ruang mencukupi bagi mewujudkan keselesaan dan suasana menarik untuk kegunaan ramai. Bilik mandi juga perlu memberikan kemudahan dan manfaat kepada anggota keluarga termasuk warga emas dan kanak-kanak.

Bagi anda yang sentiasa sibuk dengan kerjaya, kunjungan tetamu dan sanak-saudara ke rumah tanpa diduga ada kalanya menimbulkan situasi kelam-kabut untuk membersihkan bilik mandi.

Berikut beberapa langkah mudah membersihkan bilik mandi:

  • Lengkapkan diri dengan peralatan membersih seperti berus tandas, cecair pencuci tandas, kain pengelap, cecair pencuci cermin, penyapu berbulu sintetik, mop, beg plastik atau kotak untuk menyimpan barang dandanan diri yang bersepah dan bakul sampah. Pastikan ia mudah dicapai atau berada di sekeliling anda bagi mengelakkan tumpuan anda terganggu.
  • Kumpul semua pakaian kotor ke dalam bakul.
  • Perlu diingat, anda sedang mengejar masa dan kerja menguruskan baju kotor disambung selepas tetamu pulang.
  • Buang semua sampah termasuklah produk dandanan diri anda yang tidak digunakan lagi.
  • Jika lantai bilik air kering, gunakan penyapu untuk membuang sampah halus.
  • Lap lantai dan gunakan kain pengelap untuk mengeringkan sinki atau tab mandi.
  • Disebabkan anda mengejar masa, ketepikan penggunaan sabun dan berus. Gunakan saja kain pengelap untuk menyental kotoran degil yang sekali gus mengeringkan tempat itu.
  • Bersihkan cermin menggunakan cecair pencuci atau cuka. Jangan lupa, cermin antara perhiasan bilik mandi pertama yang dilihat dan ditatap tetamu. Pastikan permukaannya bersih serta bersinar-sinar.
  • Mangkuk tandas juga perlu dibersihkan dan tidak perlu terlalu teliti.
  • Lap bahagian luar mangkuk tandas menggunakan tisu basmi kuman.
  • Tinggalkan Jawapan

    Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

    WordPress.com Logo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

    Twitter picture

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

    Facebook photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

    Google+ photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

    Connecting to %s