Bahan lucah rosak minda

Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus

KETAGIHAN seks di kalangan remaja mungkin agak melampau jika dihebahkan kerana dalam usia muda, mereka sepatutnya menumpukan kepada perkara-perkara berfae dah.

Namun, pengaruh persekitaran, perkembangan teknologi dan lambakan bahan-bahan lucah menyebabkan minda re maja mudah terdorong ke arah aktiviti tidak sihat.

Jika sahaja gejala Mat Rempit yang sanggup menggunakan gadis bawah umur atau bohsia untuk memuaskan nafsu mereka.

Itu belum mengambil kira tindak tanduk remaja yang terjerumus dalam kancah maksiat seperti pelacuran, pelanggan pelanggan (GRO) dan dadah.

Remaja zaman siber bukan seperti zaman belum merdeka kerana minda mereka berkembang dengan pantas dan boleh melakukan sesuatu secara tiba-tiba.

Asisten Superintendan (ASP) Naemah Mohd Sherrif dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Selangor, berkata ibu bapa perlu mengawasi tingkah laku anak mereka untuk mengelak gejala seks bebas.

Katanya, ada kes anak remaja membaca dan menonton video serta majalah lucah yang disimpan ibu bapa di ru mah.

“Pendedahan terhadap bahan pornografi termasuk filem lucah sejak kanak-kanak mendorong seseorang mengalami ketagihan seks apabila meningkat remaja.

“Gejala ketagihan seks boleh mendorong jenayah seksual dikalangan remaja kerana dalam usia belasan tahun, mereka mempunyai sifat ingin tahu,” katanya.

Menurutnya, rekod PDRM mendapati dalam sembilan bulan pertama tahun lalu, 115 kes jenayah seksual di laporkan.

Katanya, indeks jenayah terbabit menunjukkan peningkatan di empat negeri iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang.

“Kami mengharapkan ibu bapa lebih peka dengan aktiviti anak remaja kerana mereka paling dekat dengan golongan itu.

“Ibu bapa boleh memeriksa beg sekolah atau bilik anak-anak mereka bagi memastikan tiada simpanan video atau bahan lucah,” katanya.

Sementara itu, wakil Unit Kaunseling Universiti Teknologi Mara (UiTM), Rokiah Mahmood, berkata pelajar terutama remaja perempuan perlu menjaga maruah diri bagi mengelak terjebak dalam kancah maksiat.

Menurutnya, sebagai pelajar bermaruah, remaja perlu sen tiasa menjaga nama baik keluarga, negara, agama dan bang sa.

“Pelajar perlu lebih mengenal nilai diri sendiri termasuk jati diri yang dimiliki supaya tidak mudah hanyut dengan godaan duniawi.

“Jika pelajar meletakkan nilai diri pada tahap tertinggi, mereka pasti sedar tanggungjawab yang tergalas dan tidak mempersia-siakan amanah itu.

“Zaman remaja adalah waktu paling kritikal namun mereka perlu kuatkan iman dan mengambil iktibar bahawa ke seronokan itu hanya sementara,” katanya.

Bagi pelajar tahun pertama, Fakulti Pendidikan UiTM, Anis Nadiah Che Abdul Rahman, 20, pendedahan PDRM dan Unit Kaunseling UiTM membantu remaja memahami skop je nayah seksual serta kehormatan diri.

“Maklumat itu amat berguna kepada remaja perempuan seperti saya untuk berhadapan dengan pelbagai dugaan di masa depan.

“Jenayah seksual boleh berlaku di mana-mana tetapi jika kita berhati-hati, perkara itu dapat dielakkan,” katanya.

6 thoughts on “Bahan lucah rosak minda

  1. bleh saya tahu awk ambil artikel ni dr mana?tarikh artikel tu?plss..saya kna buat research bout pornografi dalam kalangan pornografi..

  2. SUSAH NAK KAWAL BUDAK2 SEKARANG SEBAB MEREKA TERDEDAH pada bahan secara lansung tak langsung…keinginan dlm berbagai aspek kehidupan dan juga ‘ingin mencuba’ sautu yg baru …seolah olah ingin merasa atau membuat kajian ‘rasa ‘

  3. Hihihi (ma’af ya terkerrtawa) bahan luncah pun jadi issue perkauman???.Jenayah, kemiskinan dll tak kenal warna kulit,,,,,,, yg berbeza cuma IMAN,dan ,,,ingat,,,,,,, ISLAM ugama UNIVERSAL,,bukan untuk melayu je,,org yg bersawo matang kulitnya di Bali ugamanya Hindu,,di Sumatera Batak tu Kristian

    ,ramai yg mengata yg bersubahat buat DVD haram tu Arwah MeXXX JUxxx.

    Bahan lucah bukan DVD je,, internet berlambak,,,cerita lucah dalam bahasa melayu,/indon pun ader,,,yg buat cerita lucah di Felda tu bangsa aper??yg bertudung kena skodeng di bawah pokok kelapa sawit, di kawasan rekreasi …..dah ,dah la tu nak salahkan orang lain,,,,Kita sendiri yg harus kuatkan iman,,,dan utamakan Islam dari bangsa,,,dan kembangkan ugama kita dgn berjihad,,dgn cara menunjukan Teladan yg baik2 yg diharuskan oleh Agama suci kita kepada umat yg lain..Berjihad ta perlu mengunakan senjataapi/pedang

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s