Ole-ole tambat hati tetamu

MENGHADIRI majlis perkahwinan atau pertunangan, sesuatu yang ingin dilihat ialah apakah cenderahati atau ole-ole yang disediakan untuk tetamu. Walaupun hati bukanlah begitu mengharapkan apa yang akan diberikan oleh tuan rumah, namun tidak dapat dinafikan keinginan untuk melihat cenderahati tersebut.

Apabila tiba musim perkahwinan dan banyak pula jemputan, pastinya banyak juga cenderahati yang dikumpul. Cenderahati yang cantik, unik dan berharga akan disimpan sebagai perhiasan atau mungkin boleh dijadikan contoh untuk majlis sendiri.

Sebenarnya, penyediaan cenderahati ini juga memakan belanja yang besar. Sama ada membuat sendiri atau menempah, belanja yang dikeluarkan lebih kurang sama sahaja.

Mereka yang pandai membuat sendiri dan kreatif tentu lebih berpuas hati kerana dapat menyiapkan sendiri cenderahati untuk majlis yang penuh bermakna. Namun, yang kurang kreatif dan tidak mempunyai banyak masa, akan menempah sahaja cenderahati yang diingini.

Lain orang lain pula pilihan cenderahati mereka. Ada yang masih mengekalkan cenderahati berupa telur untuk tetamu, ada yang memberi coklat atau gula-gula, kandi, kek, biskut, jeli, pot puri, sapu tangan, kipas buluh dan sebagainya.

Bagi menjadikan ia nampak menarik, cenderahati tersebut akan dihias dengan reben, bunga, manik, dibungkus dalam kotak, dalam uncang kain dan bermacam-macam lagi.

Walau apa pun, cenderahati yang diberi adalah sebagai tanda terima kasih tuan rumah kepada tetamu yang sudi menerima jemputan, selain tanda kenang-kenangan atas sesuatu majlis yang diadakan.

One thought on “Ole-ole tambat hati tetamu

  1. Memberikan cenderahati dalam apajua suasana dan majlis adalah perbuatan yang baik dan digalakkan. Disamping mengucapkan ‘terimakasih’ kerana tetamu sudi untuk meluangkan masa menghadiri majlis, cenderahati diberikan sebagai kenang-kenangan untuk mereka bawa pulang.

    Tapi malangnya, ada yang terlalu berlebih-lebihan dalam menyediakan cenderahati seolah-olah tanpa cenderahati tidak seri majlis tersebut. Apapun hendaklah kita ‘ukur baju di badan sendiri’ sebelum melakukan apa-apa.

    Good entry. I like it.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s