Tiada siapa dapat menandingi Allah

Kalamullah
DAN orang (Yahudi yang kafir) itupun merancangkan tipu daya (hendak membunuh Nabi Isa), dan Allah pula membalas tipu daya (mereka); dan (ingatlah), Allah sebijak-bijak yang membalas (dan menggagalkan segala jenis) tipu daya. (ali-‘Imran: 54)

HuraianManusia adalah makhluk ciptaan Allah SWT dan amat berhajat kepada-Nya. Allah SWT yang menjadikan manusia, pastinya Dia lebih mengetahui batas kemampuan manusia dan kelemahannya. Orang kafir telah merancang melakukan tipu daya untuk membunuh Nabi Isa. Adalah sesuatu yang mustahil rancangan jahat mereka itu boleh berjaya. Justeru tiada seorang manusia pun boleh merasakan perancangan dan usahanya lebih baik dan bijak untuk melakukan kejahatan, sedangkan Allah SWT membalas tipu daya jahat mereka.

Hakikatnya manusia akan tewas apabila berhadapan dengan ketentuan dan takdir Allah SWT. Sejarah membuktikan betapa goyah dan hancurnya segala perancangan jahat apabila ia berhadapan dengan jalan kebenaran seperti hancurnya tentera Firaun ketika melintasi Laut Merah dalam buruan untuk membunuh Nabi Musa a.s. dan pengikut-pengikutnya, gagalnya usaha membakar Nabi Ibrahim a.s. hidup-hidup, gagalnya cubaan untuk membunuh dan menyalib Nabi Isa a.s. dan gagalnya cubaan untuk membunuh Nabi Muhammad SAW serta menghalang Baginda daripada berhijrah ke Madinah.

Semua kejadian ini menunjukkan Allah SWT lebih berkuasa manakala usaha dan perancangan manusia adalah sia-sia dan tidak memberi sebarang manfaat, terutama apabila berlaku pertembungan antara hak dengan batil, jalan kebenaran dengan jalan kebinasaan.

Justeru kita wajar berpihak kepada yang benar agar segala perancangan dan usaha kita dinaungi keberkatan dan rahmat Allah SWT. Sekiranya kita berada pada pihak yang batil hanya merancang ke arah kebinasaan dan kejahatan, nescaya usaha kita akan sia-sia dan gagal apabila bertembung dengan kebenaran.

KesimpulanPertembungan antara yang hak dengan yang batil, pada akhirnya akan memihak kepada yang hak lagi benar. Ini kerana ia mendapat bantuan dan naungan daripada Allah SWT yang Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana. Sesungguhnya manusia adalah makhluk yang lemah yang tidak berkuasa di atas kekuasaan dan kebijaksanaan Allah Azzawajalla.

Disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s