Saiz bukan masalah

BAGI lelaki, jika ada yang tidak kena dengan keadaan alat sulit mereka, ia pasti menimbulkan panik. Sebagai contoh, saya kerap menerima aduan mengenai buah zakar yang saiznya tidak sama.

Hakikatnya ada lelaki mempunyai buah zakar seperti itu, tetapi ia bukan masalah jika saiz kedua-dua buah zakar dalam lingkungan normal, iaitu tidak kurang dari 10 milimeter (ml), iaitu lebih kurang setengah ibu jari kaki.

Jika kurang daripada saiz itu, kemungkinan tumbesaran buah zakar terencat. Jika buah zakar itu lebih besar daripada 30ml atau satu setengah ibu jari, kemungkinan pundi epididimis atau selaputnya mengembang (hidrosel).

Ada juga kes lelaki mempunyai satu buah zakar tetapi dalam 100,000 orang hanya seorang berdepan masalah itu.
Masalah dikenali sebagai kryptorkidismeia itu membabitkan keadaan buah zakar memang tiada atau tidak menjadi dan hanya boleh dikesan menerusi ujian pengimbasan.

Secara saintifik, buah zakar ketika janin berkembang dalam rahim ibu ialah organ yang berkedudukan dalam perut. Tiba bulan keempat dan lima, kedua-dua buah zakar itu menurun dan keluar dari badan serta masuk ke kerandut.

Kadangkala perjalanannya terentap dan bayi lelaki itu didapati hanya ada satu buah zakar. Jika dibiarkan tanpa membuat apa-apa, 50 peratus turun ke dalam kerandut.

Namun jika masuk dua tahun masih tiada, kebanyakan pakar bedah kanak-kanak melakukan pembedahan untuk memasukkan buah zakar yang terkandas itu ke kerandut buah zakar.

Begitupun, ada lelaki yang mempunyai buah zakar yang kadangkala tidak kelihatan dalam kerandut. Buah zakar seperti itu dikenali sebagai buah zakar yang mudah tertarik ke atas atau ‘retractile testis’.

Ia disifatkan jarang berlaku. Memang buah zakar yang kerap naik ke atas sedikit kecil daripada buah zakar yang kekal dalam kerandut. Ia mungkin ada kena mengena dengan tumbesarannya yang kerap tergendala kerana perubahan kedudukannya.

Daripada segi hubungan seksual, jika ada sebuah zakar normal sudah mencukupi untuk mendapatkan zuriat, melainkan ia tidak dapat berfungsi dengan baik.

Bagi lelaki yang berdepan masalah buah zakar, seelok-eloknya buat pemeriksaan doktor. Jangan berjumpa tukang urut atau bomoh untuk membetulkan keadaan buah zakar.

Ini kerana, kaedah urutan seperti menarik buah zakar ke bawah dengan tujuan mengekalkan kedudukannya dalam kerandut berisiko menyebabkan urat dan salur darah tercedera, malah buah zakar boleh rosak.

Oleh: Dr Ismail Thamby,Pakar Sakit Tuan, Harian Metro

One thought on “Saiz bukan masalah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s