Menjadikan kamar beradu selesa

KAMAR beradu adalah tempat untuk beristirehat malah ada yang mempelbagaikan fungsinya sebagai bilik bekerja. Bagaimanapun, semua itu berkait rapat dengan cita rasa dan keperluan seseorang.

Untuk memperoleh penataan bilik tidur yang menepati kehendak diri, perancangan awal sangat penting kerana itulah yang bakal mencorak rupa bilik tersebut.

Justeru, seseorang itu harus bijak memilih perabot supaya bilik tidur tidak penuh sesak dengan perabot yang tersalah ukuran dan tidak memenuhi keperluan.

Pastikan dahulu perabot yang ingin ditempatkan. Bilik tidur yang luas lebih mudah diselenggarakan berbanding bilik tidur kecil yang menuntut kepekaan kita dalam mengurus ruang.

Selesa

Untuk ruang terhad, seelok-eloknya menggunakan perabot siap dipasang kerana mampu membuat bilik nampak selesa dan kemas. Pemilihan katil pula bergantung kepada gaya dan penggunaan bilik tidur.

Katil siang (day bed) sesuai untuk gaya moden, logam dan kayu pula serasi untuk bilik berkonsep tradisional atau kontemporari, manakala katil ranjang sesuai untuk kanak-kanak dan sofa katil untuk bilik tetamu.

Sementara itu, bagi membentuk suasana bilik yang lebih selesa, gunakan cat berwarna lembut tetapi siling biarlah kekal putih bagi memberi kesan luas.

Pemilihan almari juga perlu supaya tidak menyesakkan bilik. Pilih almari baju yang sederhana tetapi praktikal iaitu mempunyai banyak rak yang boleh memuatkan pakaian tanpa berselerak dengan baju bergantungan dan perhiasan diri yang tidak tersusun.

Jika bilik kecil, gunakan almari yang mempunyai pintu gelangsar supaya tidak mengambil ruang yang banyak, manakala jika bilik luas boleh gunakan almari lebar berpintu banyak dan setinggi siling.

Meja solek pula bukan satu keperluan, ia boleh diganti dengan meja konsol atau cermin yang hanya digantung di dinding atau tegak berdiri. Selain lebih praktikal dan menjimatkan ruang, cara ini lebih moden jika bijak menyusun letak kedudukan cermin. Begitu juga dengan almari berlaci, kedua-duanya boleh membuat bilik tidur terlalu sempit dan penuh.

Suasana bilik juga akan menyerlah apabila menggunakan pencahayaan yang sesuai dan akan suram jika silap memilih lampu. Hiasan seperti gantungan gambar, jambangan bunga perlu diletakkan di tempat bersesuaian.

Gambar tidak perlu banyak, tiga keping sudah mencukupi bagi mewujudkan suasana yang menyenangkan dan ‘menghidupkan’ lagi ruang kamar.

One thought on “Menjadikan kamar beradu selesa

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s