Memulihkan anak istimewa

Memang ada anak-anak yang lahir dengan kecacatan seperti otaknya tidak berupaya untuk mengawal pergerakan atau memproses maklumat yang diterima dengan sempurna.

Situasi ini menyebabkan mereka tidak mampu mendengar, melihat, merasa, menyentuh, mengimbangi badan dan mengawal pergerakan otot-otot dengan baik.

Keadaan ini berkait rapat dengan masalah-masalah seperti autisme, attention deficit disorder (Add), attention deficit hyperactivity disorder (Adhd) dan lain-lain kecelaruan perkembangan saraf.

Sungguhpun demikian, kanak-kanak ini perlu juga meneruskan kehidupan dan menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Sekurang-kurangnya mereka boleh berdikari dan tidak perlu bergantung selama-lamanya pada orang lain.

Melihatkan ramai kanak-kanak istimewa ini yang tidak mendapat pemulihan yang betul telah membuka pintu hati Ahmad Fathir Badri, 34, membuka Pusat Jagaan dan Pemulihan Harian Ramah (PJPHR) di Seksyen 10, Shah Alam, Selangor, sejak setahun lalu.

PJPHR adalah pusat jagaan harian dan latihan pemulihan untuk kanak-kanak kurang upaya fizikal dan mental.

PJPHR ditubuhkan bagi membantu kanak-kanak kurang upaya ini menghadapi masa depan yang lebih cerah serta mampu berdikari.

Bermodalkan lebih RM100,000, PJPHR yang didaftarkan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kini mempunyai seramai lapan orang kanak-kanak istimewa berumur antara tiga tahun hingga 13 tahun.

Menurut Ahmad Fathir, di antara program yang dijalankan di PJPHR ialah penjagaan harian, terapi multisensori, perkembangan awal kanak-kanak, pendidikan kanak-kanak lembam, pemulihan selepas rawatan hospital untuk kanak-kanak dan latihan pemulihan serta jagaan di rumah.

“Di PJPHR, kami menggalakkan penglibatan ibu bapa atau penjaga dalam setiap program bagi mempastikan proses pemulihan dapat dipercepatkan.

“Ibu bapa serta penjaga juga diharap dapat menemani anak-anak semasa latihan sedang dijalankan,” kata pemegang Ijazah Teknologi Maklumat dari universiti tempatan ini.

Beliau menambah, sesi latihan yang lebih efektif bersama ibu bapa dapat memberi sokongan kepada anak-anak ini mengulangi latihannya di rumah, serta memberi maklum balas kepada ahli terapi mengenai perkembangan anak.

Kanak-kanak yang dihantar ke pusat itu telah disahkan oleh pakar perubatan mempunyai masalah-masalah seperti autisme, spastik, hiperaktif, lembam, serebral palsi, sindrom down dan terencat akal.

“Biasanya kanak-kanak istimewa ini kalau pergi ke hospital kerajaan, dua bulan baru dapat temu janji dengan doktor bagi sesi rawatan. Tetapi bila mereka datang ke sini, mereka boleh mendapat rawatan bila-bila masa sahaja,” ujar Ahmad Fathir yang berpengalaman selama 10 tahun dalam bidang rehabilitasi.

Mempunyai empat orang jurupulih cara kerja yang memiliki Diploma Jurupulih Cara Kerja dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), pusat ini menggunakan pendekatan menyeluruh dalam setiap rawatan dan program yang telah disediakan.

Menurut Ahmad Fathir lagi, keistimewaan pusat ini ialah terdapat bilik pelbagai sensori (MSR SpaceRoom) yang dilengkapi dengan peralatan berharga RM40,000.

Bilik yang konsepnya dibawa masuk dari England ini, memberi rangsangan sensori serta ketenangan sebelum sesi terapi dilakukan.

Bilik ini digunakan oleh jurupulih bagi membantu merangsang lima deria iaitu bau, dengar, sentuh, lihat dan rasa.

Bilik eksklusif ini disediakan sebagai satu alternatif kepada kanak-kanak istimewa menikmati persekitaran yang unik. Ia juga dapat membantu mereka menikmati suasana yang tenang dan nyaman.

Secara tidak langsung mereka akan lebih relak dan akan memudahkan jurupulih mendapatkan maklumat bagi membantu mempertingkatkan keupayaan mereka.

Teknik terapi PJPHR bagi kanak-kanak berumur dua tahun ke atas.

Gross motor (Pergerakan kasar)

Untuk mempertingkatkan kebolehan anggota badan yang lemah atau tidak boleh melompat, berlari, merangkak, mengesot dan duduk secara betul.

Fine motor (Pergerakan halus)

Untuk mengatasi masalah tidak boleh menggunakan permainan, tidak pandai menggunakan tangan dalam satu-satu aktiviti, susah memegang pensel untuk melukis, mewarna dan mengelakkan diri bermain dengan permainan yang banyak.

Pembelajaran

Cara untuk memperbaiki lemah tumpuan, gelisah, lambat dan lembab, tidak teratur dan tidak kemas, tumpuan amat sedikit, hiperaktif, tidak boleh mengikut arahan dan sebagainya.

Kebolehan kendiri

Cara mengatasi tiada atau kurang kebolehan berdikari daripada segi menyuap makanan, memakai baju, pergi ke tandas, menjaga kebersihan diri dan lain-lain.

Kebolehan bermain

Cara berhadapan dengan masalah tidak pandai, faham bermain, mengenai mainan, ingin bermain dan masalah kecacatan mengehadkan kebolehan bermain. Memberi peluang kepada kanak-kanak ini bermain kerana ia boleh merangsang perkembangan emosi dan berinteraksi dengan persekitaran.

Kognitif dan konsep asas

Membantu mereka yang menghadapi pemikiran yang lemah, tidak boleh menerima, memahami dan mengikut arahan. Masalah mengenal asas warna, bentuk, keadaan, benda, tempat, rasa, nombor, huruf dan lain-lain.

Psikososial

Mengatasi masalah sosial dan berinteraksi sesama sendiri seperti di dalam rumah, di sekolah dan komuniti.

Skil kehidupan dan pravokasional

Cara berhadapan dengan masyarakat, menambah keyakinan, keberanian hidup berdikari. Mempertingkatkan kebolehan seperti berkebun serta membeli barangan harian.

38 thoughts on “Memulihkan anak istimewa

  1. saya sedang mencari daycare untuk anak permpuan saya yang berumur 3 tahun yang mengalami cerebral palsy.setakat ini saya tidak dapat mencari daycare private mahupun ngo yang menawarkan khidmat ini.terutama di kawasan bangi,kajang,putrajaya dan cyberjaya.diharap ada sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai daycare untuk anak-anak istimewa ini untuk berkongsi maklumat dengan saya.terima kasih

  2. zuren

    cuba yang ni juga —

    Sri Rafelsia provides learning support services for children between the ages on 2 – 16. Founded in 2000, programmes run at Sri Rafelsia cater to children with mild to moderate learning difficulties, such as dyslexia, dyscalculia, slow learners/ globally delayed, AD/HD, dyspraxia, mild autism, mild cerebral palsy, Asperger’s Syndrome etc.

    CONTACT US

    The best way to find out more about Sri Rafelsia is to come visit us.

    If you are interested in enrolling your child at Sri Rafelsia, please contact us and you will be invited to make an appointment to visit the centre and meet with an educational / learning therapist.

    TELEPHONE: +(6)03 7710 0372
    +(6)03 5511 0372
    +(6)012 371 0372

    E-MAIL: enquiries@srirafelsia.com

  3. zurin u pegi kat web the tole..cuba check alamat penuh…kat klinik tu ..ari tu i pernah gak bawak anak i ….anak i pun mengidap cerebral plsy..i faham perasaan u…tapi kena memerlukan kos laa skit..ksemoga kitasemua tabah..dgn ketentuan ilahai..dan insyaallah..agar anak2 kita semua..pulih..sepeunuhnya….

  4. Saya mempunyai anak masalah cotical blindness.Saya ingin tahu jika di kawasan Perak (Hilir Perak) dimana ada boleh saya tahu tempat untuk latihan pemulihan anak saya selain di hospital?

  5. Salam, saya mempunyai anak yang ada ADHD. Boleh saya dapatkan alamat lengkap dan no. telephone Pusat Jagaan dan Pemulihan Harian Ramah (PJPHR) di Seksyen 10 Shah Alam.

    • Boleh saya mintak contact number Pusat Jagaan dan Pemulihan Harian Ramah (PJPHR) ?saya minta tolong sangat2.dan dekat dengan apa ye tempat pusat jagaan tu ye?

  6. saya mempunyai adik lelaki yang berumur 15tahun.
    dia telah di sahkan doctor sebagai salah seorang yang pesakit OKU. dia mengalami masalh pembelajaran, menguruskan diri, dan hyperactiv.
    saya ingin dapatkan bantuan kepada sesiapa yang mngetahui mana2 pusat pemulihan badan kerajaan utk adik saya?

  7. saya mempunyai anak cerebral palsy.saya dan rakan tengah mencari sekurang2nya 20 org anak2 istimewa yg mempunyai masalah utk tujuan menyelidik dan utk meminta bantuan transport spt van utk ke pusat pemulihan PDK.email sy eena_beauty@yahoo.com

  8. Assalamualaikum dan salam sejahtera,

    Kepada para ibu bapa di kawasan Lembah Klang yang memerlukan khidmat terapi carakerja bagi anak- anak istimewa seperti:

    -Cerebral Palsy/ Hemiparesis
    -Down’s Syndrome
    -ADHD and ADD
    -Developmental Delay
    -Hydrocephalus
    -Sensory Integrative Problems
    -Other diagnosis related with children development

    Bolehlah berhubung dengan saya untuk sebarang pertanyaan, penilaian awal, konsultasi dan rawatan terapi di rumah.

    Encik Mohamed Munzir Bin Khairudin,
    Occupational Therapist
    Bachelor of Occupational Therapy (Honours)
    Phone: 013- 372 4357
    Email: munzirot@yahoo.com.my

    • salam en munzir, saya mempunyai seorang anak OKU, saya macam berminat dengan perkhidmatan yang encik tawarkan. Ermm, berapa bayarannya yer? saya tggl di shah alam..

  9. jika tidak keberatan saya ingin meminta contect no untuk Pusat Jagaan dan Pemulihan Harian Ramah (PJPHR) di Seksyen 10, Shah Alam, Selangor..

  10. kekurangan terhadap kanak kanak saperti ini belaku …likely…berkemungkinan cara hidup tempoh hari..zina..pengugoran…ubat ubatan yang dimakan…makanan tercemar. atas perilakuan hidup bebas..kemalangan..bala untok pembersihan diri – bertakwa lebeh lagi pada masa esa..mungkin jua penghukuman di duniawi..untok .pengisafan diri sebelum mati….kalau ingin kan kerusi roda ..one unit aku boleh beri……mus@saintly.com

    • salam.sedara jake..maafla kalo pemahaman saya pada statement encik pada januari 6 baru2 ni.”kekurangan terhadap kanak kanak saperti ini belaku …likely…berkemungkinan cara hidup tempoh hari”.sekiranya sedara beragama islam,Allah tidak akan menghukum seseorang itu atas kesalahan orang lain.Eventhough kalo parents anak2 oku ni ada buat dosa,Allah x akan jatuhkan dosa tu ke atas anak2 oku ni.Apa yg terjadi adalah qada dan qadar Allah.DIA yang lebih mengetahui.kalo la sedara sendiri ada anak istimewa,mungkin sedara akan faham perasaan parents2 yang ada anak istimewa ni.Kami berusaha untuk memberikan peluang kepada anak2 kami yang kurang upaya ni semampu kami.jadi harap sedara renungkan semula statement yg dah saya quote kat atas.wasalm

      p/s: terima kasih kepada reply2 diatas.Ia sememangnya bnyak membantu.Alhamdullilah,anak saya sekarang dalam proses nak berjalan,w/pun pada umur 5 thn.syukur.

  11. bangizin den alih kat sini…ZAMAN SEKARANG ORANG DAH BERANI MENENGAH KAN UNTOK BERKONGSI BERSAMA ATAU MERAIH SIMPATI BERSAMA,BUKAN MACAM DULU LAGI SENDIRI BUAT SENDIRI TANGGONG..SEGAN SILU PUN ..MALU UNTOK MENGADAPI ANAK SAPERTI INI..LAGI PUN TAK DO APA2 BANTUAN KPD ANAK SARPERTI INI..##VEGETABLES##..JKM PUN TAK DO SKIM MEMBANTU TAPI BAWAH DATO SYARIKAT SEKARANG NIE DAH ADE..

  12. assalamualaikum
    Setalah membaca byk2 komen diatas…..saya amat bersimpati pada ibubapa yg mempunyai anak2 istimewa<apa yang ingan tekan kan,anak istimewa adalah anugerah ilahi,anak ini tidak berdosa,mereka adalah ahli2 syurga..sbgai umat islam kita harus bersyukur kerana dipilih memiliki insan istimewa…..anak istimewa bukanlah "vegetables" seperti andaian org yg bercakap tanpa menggunakan akal fikiran…..sebenarnya org yg menghina anak2 istimewa ini lebih teruk daripada najis…
    Buat ibu bapa yg ada anak yang lambat berjalan atau kategori lembam anda boleh cuba buat rawatan minda di gedangsa yang dibuat oleh kak ro…alhamdulillah berkat usaha dan ikhtiar anak2 istimewa ini dpt berdikari menguruskan diri…..insyaallah

  13. salam.. sy mpunyai ank lelaki berumur 6thn yg mngalami adhd n autisme.minta jasa baik semua, sy ingin bantuan untuk mengetahui n menghantar anak sy d pusat jagaan berkenaan sekitar kawasan cheras. Amat buntu untuk mncari pngasuh yg sudi mngasuh ank sy ini krana kbayakannya xsanggup. tlg la sy..Berat mata memandang berat lg bahu memikul.untuk makluman sy seorang ibu yg bekerja d Jabatan Kerajaan.

      • saya juga sedang mencari pusat jagaan utk anak saya 8bulan CP di sekitar kawasan gombak (rumah) atau shah alam (tempat kerja saya) atau jinjang kepong (tempat kerja wife) .. wife masih cuti tnpa gaji jaga anak, kalau ada rezeki, ingin teruskan kerja untuk tambah support kewangan keluarga terutamanya utk rawatan anak. harap ada yang sudi kongsi maklumat. terima kasih

  14. Salam En.Munzir,

    Saya ada seorang anak lelaki berumur 10 tahun.Apakah tindakkan agar anak saya ini dapat menumpukan perhatian semasa belajar.Saya dapati,pada permulaan sessi pembelajaran,dia dalam keadaan baik,tapi dalam pertengahan pembelajaran dia tidak dapat tumpuan yang baik.Harap En.Munzir dapat memberikan nasihat untuk mambendungnya.

    Sekian,terima kasih.

    Aris Shah Alam

  15. salam wbt. sya masih lg tercari-cari tempat asuhan harian sekitar putrajaya, bangi, kajang, puchong utk kakak sy berumur 37thn. akal waras dan sempurna cuma lumpuh anggota bdn, tidak mampu berjalan, mendengar dan bercakap krn demam panas dan mjalani pembedahan buang air tulang belakang pd usia 9bln. jenuh kami skluarga mencari tmpt asuhan yg sesuai sejak beliau berusia belasan thn lg. sy bhasrat utk mberi pendedahan spy beliau dpt bergaul sesama oku, belajar berdikari dan mbuat kerja2 kraftangan bg mengisi msa lapang. sgt2 mgharapkn info dr rakan2 cyber. mohon email pd sy azizida10@yahoo.com

  16. salam….
    Anak saya berumur 2 thun yg mengalami penyakit hemimagaloencphaly lebh dikenali otak kiri kecil ….saya mencari tempat terapi di Johor Bahru….agak susah utk dpt kan pusat terapi di Johor Bahru…boleh bantu saya….Haslina

  17. Assalamualaikum dan salam sejahtera,

    Untuk makluman kepada ibubapa yang mempunyai anak Down Sydrome, pihak persatuan down syndrome (PDS) malaysia bercadang untuk membuka satu taska khas untuk anak-anak istimewa ini yang berumur dibawah 5 tahun di Putrajaya. PDS memerlukan statistik mengenai bilangan kanak-kanak ini yang tinggal di Putrajaya/Cyberjaya dan kawasan berhampiran Putrajaya.
    Sila hubungi saya bagi ibubapa yang mempunyai anak istimewa ini di email zuraini.ismail@gmail.com dengan kadar segera. TQ

  18. Assalamualaikum & selamat sejahtera
    Masih mencari day care untuk anak perempuan saya berumur 7 tahun menghidap cerebral palsy di sekitar putrajaya/cyberjaya/kajang/bangi. Sesiapa yang mempunyai maklumat bolehlah email kepada saya

  19. salam. anak saya tak sampai lagi 2 tahun and she’s suffering from VDS and developmental delay globally. saya bercadang untuk menetap di JB. ada sesiapa yang tahu pusat jagaan harian plus theraphy untuk anak saya? terima kasih membantu. ataupon email saya di norwaridah@yahoo.com.

  20. salam,
    nama saya azman,
    blh bg tau saya dekat area pasir gudang,mane ada pusat jagaan anak-anak istimewa nie?ank tiri saya nie berumur 6 thn, tp masuk blm blh bercakap dan still masih pakai pampers lg.semasa dia kecil dahulu dia pernah kene demam panas yang sangat tinggi dan sawan.sampai ke ari nie masih lg berkeadaan begini.
    saya sedang mencari tempat pusat jagaan harian untuk ank tiri saya nie,
    harap dapat membantu

  21. Salam…
    Saya ada seorang anak berumur 9 bulan dan disyaki CP. Saya ingin minta pendapat perlukah sy berhenti kerja dan menjaga anak sy sepenuhnya atau meletakkn anak sy dipusat jagaan knk2 istimewa memandangkn umurnya yg masih kecil.
    Terima kasih

  22. asalamualaikum..
    saya mempunyai anak remaja autisme berusia 19 tahun..masih bersekolah PPKI di Putrajaya. Masalah yang saya hadapi tiada pengasuh selepas sesi waktu persekolahan.PDK hanya beroperasi sehingga waktu tengahari sahaja. Mohon boleh membantu sekiranya ada Pusat Jagaan Harian untuk Golongan OKU untuk remaja ke dewasa disekitar Putrajaya atau berhampirannya.Inilah Delima kepada ibubapa yang bekerja…

  23. saya juga sedang mencari pusat jagaan utk anak saya 8bulan CP di sekitar kawasan gombak (rumah) atau shah alam (tempat kerja saya) atau jinjang kepong (tempat kerja wife) .. wife masih cuti tnpa gaji jaga anak, kalau ada rezeki, ingin teruskan kerja untuk tambah support kewangan keluarga terutamanya utk rawatan anak. harap ada yang sudi kongsi maklumat. terima kasih

  24. Assalamualaikum..
    Saya mempunyai seorg anak microchepally..infection semasa dlm kandungan lagi..90% perkembangan tumbesaran dan pergerakan lambat..boleh saya tahu di mana saya boleh dptkan perkhidmatan utk penjagaan anak saya sekitar pasir gudang johor..saya bekerja dan perlukan khidmat penjagaan sangat2..tolong ya..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s