Kuasai teknik CPR yang betul

KEMATIAN mengejut akibat serangan jantung, lemas, renjatan elektrik dan tercekik mungkin boleh diselamatkan sekiranya diberi rawatan kecemasan dalam jangka masa 10 minit selepas kejadian.

Namun begitu, ramai yang panik, cemas dan ketakutan apabila berdepan dengan perkara yang tidak disangka ini. Mereka hanya boleh memikirkan untuk memanggil ambulans atau menghantar mangsa ke klinik yang terdekat.

Ketua Program Pendidikan Umum Resusitasi Pulmonari Kardio (CPR), Persatuan Jantung Kebangsaan (NHAM), Dr. Chee Kok Han berkata, sekiranya CPR atau bantuan pernafasan dari mulut ke mulut dilakukan dalam masa 10 minit itu, mangsa mempunyai peluang dua atau tiga kali untuk diselamatkan.

Katanya, setiap minit tanpa CPR akan mengurangkan peluang mangsa kepada 10 peratus untuk hidup.

“Otak akan mula tidak berfungsi empat hingga enam minit selepas seseorang itu diserang penyakit jantung, sekiranya tiada CPR dilakukan denyutan jantung akan mati.

“Justeru, NHAM percaya latihan kepada lebih ramai masyarakat mengenai kepentingan CPR boleh membawa perubahan terutamanya dalam berdepan dengan ahli keluarga atau individu yang diserang penyakit jantung secara tiba-tiba atau kejadian yang melibatkan pernafasan tersekat.

Kematian mengejut

“Ini kerana kematian secara mengejut biasanya berlaku di rumah, pejabat dan tempat awam. Dengan bantuan dan kecepatan bertindak, boleh menyelamatkan satu nyawa yang begitu berharga,’’ katanya ketika mengadakan ceramah mengenai Program Pendidikan Umum CPR, NHAM, baru-baru ini.

Menurut Kok Han, kursus CPR yang akan diadakan pada 6 April ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) sempena mesyuarat tahunan saintifik persatuan itu, bertujuan untuk memberi pendedahan kepada umum mengenai kepentingan CPR dan penyakit berkaitan dengan jantung.

“Ini memandangkan serangan jantung merupakan pembunuh pertama di dunia iaitu seorang daripada lima yang diserang akan meninggal dunia sebelum sempat sampai ke hospital.

“Pelbagai langkah pencegahan dilakukan seperti kawalan kolestrol, tekanan darah tinggi, kawalan gula, diet dan senaman serta rawatan seperti pengambilan ubatan untuk mengelak daripada serangan jantung.

“Bahkan, kerajaan telah membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk ubatan dan daripada 20 ubatan yang dibelanjakan, 10 ubatan itu adalah bagi mengelak daripada serangan jantung,’’ katanya.

Begitu juga dengan rawatan seperti angioplasty dan pembedahan pindahan jantung, namun ramai juga yang mati secara tiba-tiba tanpa disangka-sangka.

Walaupun ujarnya, ambulans akan tiba untuk memberi bantuan, tetapi sistemnya tidak begitu efisien dan kesibukan lalu lintas menyukarkan proses membawa pesakit ke hospital.

Satu laporan mengenai kecepatan ambulans iaitu di Seattle, Amerika Syarikat menunjukkan kepantasan untuk tiba di tempat kejadian ialah lima minit; Kota Bharu, Kelantan (15 minit) dan Kuala Lumpur (tidak boleh dipastikan kerana kesesakan jalan raya).

Tambah beliau yang juga seorang ahli kardiologi, adalah penting sekurangkurangnya dalam sebuah keluarga mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pertolongan cemas kerana apabila berlaku sebarang kecederaan atau kemalangan, mereka boleh membantu.

CPR merupakan satu prosedur penting yang perlu diketahui oleh orang ramai secara teori dan praktikal. Prosedur ini memerlukan pembelajaran dan latihan praktikal kepada sesiapa yang ingin mempelajarinya.

Apa yang boleh anda lakukan:

* Tepuk bahu mangsa dengan lembut dan bertanya: “Adakah anda okey?” Jika tidak ada tindakbalas, hubungi 999. Telefon mereka seberapa segera atau minta orang lain melakukannya sementara anda mengendalikan mangsa yang tercedera.

Anda perlu memberitahu perkhidmatan kecemasan itu di mana anda berada, apa yang berlaku (gambarkan kemalangan), berapa orang yang terlibat (tercedera) dan sama ada mereka bernafas atau mengalami pendarahan.

* Letakkan mangsa di tempat yang selesa. Letakkan tangan anda di atas dahi mereka dan dongakkan kepala mereka ke atas secara berhati-hati. Angkat dagu mereka dengan perlahan menggunakan dua jari.

* Periksa sama ada mereka bernafas dengan cara mendengar dan berasa pernafasan menggunakan pipi anda. Lihat juga sama ada dada mangsa bergerak ke atas dan ke bawah. Jika mereka tidak bernafas secara normal atau pernafasan terhenti, anda mungkin perlu memulakan CPR atau bantuan pernafasan dari mulut ke mulut (CPR).

Jika tidak bernafas, berikan dua bantuan CPR, rasa nadi, jika masih tidak bernafas, mulakan kaedah tekanan ke dada mangsa sebanyak 30 kali bagi mengepam jantung dan kemudian dua kali CPR.

Ulanginya empat kali lagi sekiranya mangsa tidak bernafas. Jika ini tidak berjaya, lakukan sehingga ambulans sampai.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s