Tips Yang Boleh Meredakan Tekanan

Reaksi setiap individu terhadap tekanan adalah berbeza. Ada orang boleh menerima tekanan dengan hati tenang, tetapi tidak kurang juga yang mudah berasa tertekan sehingga memudaratkan diri.

Pengalaman juga banyak membantu seseorang menangani tekanan. Belajarlah cara mengawal tekanan supaya anda boleh terus hidup sihat. Antara kaedah yang boleh meredakan tekanan termasuk:

1. Hindari persekitaran yang memberikan tekanan kepada anda.

2. Jaga badan dengan mengambil makanan seimbang dan rehat secukupnya.

3. Bersenam. Senaman boleh ‘melarikan’ fikiran anda daripada memikirkan perkara yang membebankan, di samping mengeluarkan tenaga.

4. Belajar bertenang. Tarik nafas panjang-panjang, kira sampai 10 dan hembus pe . Teknik ini boleh diamalkan, walaupun anda tidak berasa tertekan. Ia memberi banyak bekalan oksigen kepada badan.

5. Belajar kaedah bersenam yang menenangkan seperti yoga dan tai chi. Senaman ini memerlukan penumpuan fikiran yang secara tidak langsung meredak an ketegangan fizikal.

6. Urut juga dikenal pasti boleh merehatkan badan dan fikiran, selain melancarkan aliran darah.

7. Pertimbangkan tekanan dari sudut positif. Anda mungkin na mpak faedah yang bakal diperolehi daripada tekanan berkenaan.

8. Bincangkan masalah anda dengan rakan dipercayai atau dapatkan bantuan pakar psikiatri. Meluahkan masalah juga antara cara yang dapat meringankan tekanan.

9. Anggap tekanan sebagai cabaran yang boleh meningkatkan prestasi kerja dan kerjaya anda.

One thought on “Tips Yang Boleh Meredakan Tekanan

  1. saya amat tertekan kini.saya berkawhwin dengan seorang lelaki dari iran.dia seorang yang baik tapi masalahnya sekarang dia tidak menghormati saya dan keluarga saya.dia selalu mengejek saya dan keluarga.amat menyakitkan hati saya bila dia memandang rendah pada saya dan keluarga.dia langsung tidak peduli bagaimana perasaan saya.setiap hari ada saja perkataan dia meyakitkan hati saya.saya suadah tidak tahan lagi dengan tekanan demi tekanan.dia mengatakan saya tidak menghormati dia sedangkan dia tidak pernah menghormati saya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s