Mitos hubungan seksual

Ramai yang tidak menyedari pelbagai mitos seksual yang terus mereka percayai akan menjejaskan hubungan intim.

WALAU semaju mana pun masyarakat di sesebuah negara, mereka tidak boleh menjarakkan diri dengan mitos. Terdapat pelbagai jenis mitos dalam masyarakat, daripada mitos kisah wira legenda, mitos penyakit misteri, mitos menguruskan badan sehinggalah mitos hubungan intim.

Dalam masyarakat Asia, mitos hubungan intim sememangnya sangat tebal walaupun jarang diperkatakan. Lantaran sikap malu dan sopan-santun yang kuat, ia menjadi topik yang masih tabu untuk dibincangkan.

Namun, berdasarkan kenyataan pakar-pakar seksual Barat, sewajarnya mitos seksual disentuh untuk memastikan masyarakat mempunyai pendidikan seks yang lebih baik dan tidak dibelenggu dengan mitos skeptikal.

Berikut adalah 10 mitos seksual yang sering membelenggu kebanyakan masyarakat Asia. Adakah ia adalah salah satu daripada kepercayaan anda?

mitos 1: Wanita mengalami pendarahan sewaktu kali pertama hubungan seks

Wanita biasanya mengalami pendarahan sewaktu kali pertama melakukan hubungan intim kerana selaput daranya pecah. Bagaimanapun, pada zaman ini, dengan kebanyakan wanita hidup cergas dan aktif melakukan pelbagai aktiviti rekreasi seperti menunggang kuda dan bersukan, selaput dara itu mungkin pernah pecah sebelum ini. Jadi kenyataan itu, hari ini adalah satu mitos.

mitos 2: Lelaki sentiasa bersiap-sedia

Jangan silap dengan menyatakan kaum lelaki akan sentiasa ghairah dan bersiap sedia melakukan seks pada setiap masa. Wanita harus faham bahawa lelaki juga turut dipengaruhi dengan keadaan sekeliling, tarikan pasangan dan mood.

mitos 3: Wanita tidak hamil jika haid

Ramai yang mempunyai pemahaman yang salah tentang hal ini. Walaupun peratusan berlakunya kehamilan pada saat haid adalah kecil tetapi ia tetap menolak kenyataan itu sekali gus menjadikannya sebagai mitos. Oleh kerana sperma dapat hidup selama lima hari dalam tubuh wanita, ia memungkinkan kehamilan berlaku ketika itu.

mitos 4: Ejakulasi di luar vagina mengelak kehamilan

Oleh kerana tidak memakai kondom anda mengambil keputusan melepaskan air mani anda di luar kerana menyangka pasangan anda tidak akan hamil. Jangan silap, risiko kehamilan dengan cara ini masih agak tinggi.

mitos 5: Wanita lebih suka zakar besar

Kenyataan ini tidak benar kerana banyak pakar mendedahkan ramai wanita mengakui saiz bukanlah segalanya. Banyak wanita menekankan asmara, rangsangan sentuhan, kata-kata, ciuman dan sebagainya adakalanya lebih penting daripada saiz zakar.

mitos 6: Hanya wanita mengalami orgasme berkali-kali

Walaupun sekitar 30 peratus wanita mengalami orgasme berkali-kali, tetapi hanya 10 peratus melaluinya secara teratur. Sebaliknya beberapa pakar mendedahkan lelaki juga dapat mengalami orgasme berkali-kali tanpa kehilangan ereksi. Ia dikatakan lebih banyak terjadi kepada lelaki muda.

mitos 7: Zakar besar bila beronani

Tidak ada sebarang bukti menunjukkan zakar dapat menjadi lebih besar bila memuaskan nafsu dengan cara itu.

mitos 8: Onani boleh mandul

Tidak kaitan langsung antara onani dengan kemandulan. Secara logiknya, onani dan melakukan hubungan intim secara normal hanya berbeza daripada tekniknya. Onani menggunakan tangan, seks normal memasukkan zakar ke dalam vagina – hasil akhirnya adalah ejakulasi.

mitos 9: Seks berkait dengan etnik

Ada yang berpendapat etnik tertentu lebih hebat beraksi di ranjang dan begitu juga sebaliknya. Pakar seksual berpendapat etnik tiada kaitan dengan kehebatan seseorang dalam melakukan hubungan seks. Sebaliknya, ia lebih menjurus kepada ilmu pengetahuan tentang hubungan intim yang dipelajari seseorang.

mitos 10: Tidak nikmat tanpa orgasme

Dalam satu kajian mendedahkan hanya sesetengah wanita mengalami orgasme dalam hubungan seksual mereka. Tetapi wanita ini mengakui tanpa orgasme, mereka masih boleh menikmati seks dan mencapai klimaks.

Teknik Pancutkan Isteri. Keterangan lanjut, sila klik sini.



Seni Melambatkan Pancutan. Keterangan lanjut, sila klik sini.

13 thoughts on “Mitos hubungan seksual

  1. eh? mitos no 7 tu, bukan ke semua pempuan idam kan zakar yg besar and panjang? lebih nikmat pe?

    mcm laki jgak, idam kan perempuan yg breast yg besar,mantap and pejal?

    bkn semua org kot yg idamkan mcm tu??? tapi bukan fantasi semua orang ke nk dpt alat2 sulit yg sempurna mcm zakar yg besar and panjang is perfect? serupe jgak mcm breast yg besar n mantap is perfect?

  2. mitos no 4 tu macam kurang tepat….itu bergantung kepada lelaki…kalau completely
    pancut luar..mana nak hamil….yang hamil tu kengkadang dia klentong partner dia kata
    dia pancut luar..tapi sebenarnya setengah dah masuk dalam tadi…

    I dah 15 tahun kawin….dan biasa sangat pancut luar…dan berjalan lancar…

  3. ek ele, betul tu, kalau pancut kat luar tak kan la boleh hamil kan. Tp nk tanya skit, lelaki suke ke tk suke pancut kat luar? Saja nk tau, bukan ape, kekdg hubby tk nk bterus terang samada dia suka atau tak. Sebab tentu lain rasanya…he he

  4. bagi saye la, walaupun x kawen lg, rase nyer lbh suke pancut dalam vagina kot? sb kat dalam tu rase nyer lbh sesuai, panas, ketat, warm and so sedap( degar org kate la, walaupun x penah buat lg)

    lg pun, sepanjang idup laki tu, mesti penah beronani kan, so kalo onani mesti pancut kat luar, xde tmpt nak di tusuk, so mesti laki rase bosan jgak pancut kat luar jer selame ni sehingga la dah kawen and leh pancut kat dalam.

    tnye jer hubby u tu, senang citer… semua org ader taste laen 2 ma.

  5. anggap komen ni secara ilmiah ye…

    nazrida…dah tentu lah pancut dalam lagi sedap..tapi pasal2 reason tertentu mesti lah
    kene pancut luar…..dan sebagai laki…i tak kisah…kene paham gak…pasal mem makan
    pil 2 tahun..pastu kene break 6 bulan…apa lagi..pusat lah jadi sasaran..he he

    dah 15 tahun kawin..ok lah takde hal …tapi kalau si isteri pandai..i rasa ini pun bleh di
    kreatifkan dan menjadi nikmat kepada kedua belah pihak…tapi satu aje tak
    tahan..angin masuk sakit urat belikat tu..he he..so bila camtu…i move to condom..
    cara ni dapat kasi si isteri orgasm few times…fair lah kan…

    bila dah above 30s ni…timbul rasa bila bersama isteri…atleast i mesti kasi isteri
    minimum 3 kali orgasm…

    woi quintas…lum kawin..lum rasa?…details aje bende kau dengar ni…sama ada kau
    punya cuping telinga amat besar atau kau dah rasa…he he..

  6. to ek ele…aku kuat daye imiginasi da..hehe

    and ala normal la tu kan…general knowledge pe..and aku memg berminat pn bab2 mcm ni. atleast aku ader hobi yg positive and dapat salur nafsu aku kat blog2 mcm ni, xde la aku lepaskan nafsu aku kat pempuan2 random. nanti jd zina rogol plak da..

    (sifat ingin tau da..)

  7. Quintas…hang cakap btuil2 hang ni macm dah kawin.jgn malu nk ngaku…hang tengok ek ele tu, slmba jer ngaku dah kawen.pglaman u lbh dr org dah kwin.he ek….

  8. nak tanya la…mitos 3 tu…masa tu nak abis haid…lama dah tak jumpa hubby coz tinggal jauh…so, last day before blk g tempat keja…kita buat la…terpancut dlm tp sikit je…still have chance to get pregnant ka…?
    kite baru kawin tp duduk asing2….blom ada anak lagi…lgpun tgh smbg study…
    apa pendapat kakak yg dah lama kawin…?
    pernah ada pengalaman yg begitu ka…?

  9. pasal mitos no 4 tu..saya nak tahu lebih lanjut lagi boleh? saya baru saja berkawin,dalam 1 minggu lpas..suami dan saya meracang tidak mahu anak lagi dalam masa terdekat ini kerana kewangan tidak kukuh lagi..saya tidak suka megunakan kondom kerana alergi,pil perancang pn masih dalam belajar lagi, jadi kami mgunakan teknik pancut luar..selepas sekali bersama suami pancut di luar,kemudian untuk kali keduanya suami tidak mengeluarkan air mazi terus bersama,saya rasa air mani masih ada dalam zakarnya,ada kemungkinan saya hamil tak?

  10. jangan harap pihak suami aje yang berusaha supaya isteri tidak hamil…isteri pun ada peranan dia…kalau dah lepas bersama tu…rajin-rajinlah exercise sikit…macam sit up…dan terus cuci vagina bersih-bersih…kena ambil tahu juga kena waktu subur kita …13 hari selepas hari haid yang pertama…

    tapi kalau dah lekat tu…terimalah saja…Allah kan maha Pengasih dan Penyayang…InsyaAllah akan dipermudahkan segala-galanya…..macam saya…mengandung sewaktu tengah studi…husband duduk jauh…bimbang jugak rasanya…tapi kekawan semua beri support dan Alhamdulillah…saya tak mabuk…tapi yang kelakarnya…mak dan bapa saya yang teruk mabuk di kampung…

  11. tumpang tanya, sy bru nikah. tp xsedia lg untuk anak. bln lps sy xperiod, so sy mkn pil pencegah hamil. n suami sy xpernah pancut dlm. sy boleh hamil ke?

  12. confuse juga nie..baru2x ni saya ada bersama dengan isteri..main dalam..tapi rasa2xxnya memang saya pancut di luar sebab awal lagi saya cabut kemudian saya onani utk kasi pancut..cuma..awal2x saya cabut tu..utk kasi pancut kat luar tu..bila saya pegang di tempat kuar tu..ada cecair..air mazi ker tu?..ker air mani..risau juga sebab kami cadang nak stop dulu utk ada anak buat masa terdekat nie..mcm mana?ada sesapa nak komen?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s