Nilai kasih berbeza

Oleh NORAINON OTHMAN
SEBAGAI manusia biasa, sikap pilih kasih mungkin tidak dapat dielakkan, walaupun ibu bapa cuba berlaku adil dengan tidak membezakan kasih sayang untuk anak mereka.

Mungkin si ibu secara tidak disedari memberi lebih tumpuan kepada anak tertentu, misalnya anak bongsu, begitu juga bapa yang lebih sayang anak sulung atau anak lelaki.

Soalnya, sanggupkah kita menjadi ibu bapa yang hipokrit? Memberitahu anak yang kita membahagikan kasih sayang sama rata, sedangkan anak nampak siapa yang mendapat lebih perhatian.

Jangan takut untuk mengaku hakikat itu kerana kita kena akur dengan kelemahan diri sendiri.

Ibu atau bapa juga tidak boleh menyalahkan anak jika mereka tidak puas hati dengan tindakan kita melebihkan saudara kandungnya yang lain kerana manusia juga diciptakan mempunyai perasaan iri hati.

Sudah tentu ibu bapa ada sebab tersendiri mengapa ada anak yang menjadi kesayangan.

Perunding psikologi, Khairol Anuar Masuan, berkata ibu bapa perlu menerangkan apa yang memberi kelebihan untuk seseorang itu lebih disayangi.

Misalnya, sebab anak berkenaan pandai memujuk dan mengambil hati ibu, manakala yang seorang lagi sering ‘buat perangai’ atau memberontak.

“Rasulullah SAW apabila ditanya siapa isteri paling disayanginya, baginda memberitahu, Aishah isteri paling disayangi. Kita kena faham, kasih sayang adalah anugerah daripada Allah SWT.

“Sebagai anak, seseorang itu perlu menunjukkan perangai baik dan pandai menjaga hati supaya ibu bapa rapat dengannya.

“Jika anak berkata: ‘Ibu tak sayangkan kakak. Ibu asyik lebihkan adik saja’, jawapan yang boleh diberi kepada anak berpangkat kakak ialah: ‘Adik masih kecil, sebab itu perlu lebih perhatian. Ibu dan ayah juga beri perhatian sama ketika kakak masih kecil’,” katanya.

Khairol berkata, jika dilihat daripada segi psikologi, perwatakan anak berbeza mengikut susunan ia dilahirkan. Anak sulung atau ‘Along’ adalah pembayang kuasa ibu bapa kerana dia abang atau kakak.

Mereka mempunyai sifat tanggungjawab terhadap orang lain, terutama adiknya. Bagaimanapun, ibu bapa muda mungkin tidak menyedari perkara itu.

“Anak kedua atau ‘Angah’ sering ingin menjadi seperti anak sulung iaitu abang atau kakaknya. Biasanya mereka memiliki sifat memberontak. Mereka melihat abang atau kakak sebagai contoh untuk diikuti, misalnya jika masuk universiti.

“Anak pertama dan kedua biasanya ada hubungan rapat atau membentuk satu pasukan. Adik lihat abang atau kakak iaitu anak pertama dengan anak kedua ‘ngam’, tetapi mereka sebenarnya bersaing.

“Anak ketiga atau ‘Uda’ dan seterusnya yang dipanggil ‘Andak’, ‘Alang’, ‘Anjang’ atau ‘Uteh’ adalah jenis individu yang suka membawa diri.

“Antara mereka ada yang berjiwa sentimental dan membangunkan hubungan dengan perkara lain sebagai hobi baru.

“Misalnya, bercakap pada kucing dan mencoret pada buku atau diari mengenai apa yang tersirat dalam hatinya. Dalam mesyuarat keluarga, ‘anak tengah’ adalah individu yang paling kurang bercakap,” katanya.

Menurutnya, biasanya ada anak tengah mudah rasa terpinggir kerana menyangka ibu bapa tidak mempedulikannya dan suka melebihkan anak sulung serta bongsu.

“Mereka mungkin menganggap diri sebagai kerang di tepian pantai. Dipandang sepi walaupun ada harga,” katanya.

Beliau berkata, bilangan adik-beradik yang ramai mungkin menyebabkan ia terbahagi kepada dua kumpulan, dan anak tengah akan menjadi ‘orang tengah’ antara dua pihak iaitu kumpulan lebih tua dan lebih muda.

“Ada ibu bapa menyedari karektor anak berlainan mengikut susunannya, tetapi tidak ambil peduli perkara ini.

“Cara mendidik dan layanan juga sama rata, sedangkan sepatutnya pendekatan yang diambil hendaklah berbeza mengikut tingkah laku dan pembawaan anak.

“Ibu bapa juga harus menyedari anak pertama dan kedua tiada bezanya dengan anak tengah,” katanya.

4 thoughts on “Nilai kasih berbeza

  1. kalau boleh, setiap bahan yang disiarkan dalam web blog ini dikodkan sumber asal seperti Utusan Malaysia, 6 Mei 2008 dan sebagainya. Untuk memudahkan pembaca menyemak semula artikel tersebut dll. Anyway tq so much for everything.

  2. bahan yang disediakan membolehkan ramai lg pembaca memahami maksud pilih kasih..saya sendiri mengalami situasi di atas…..

  3. saya ada masalah mengenai mak n ayah saya yang pilih kasih.saya boleh dikatakan anak tengah.ayah n mak saya sering melebihi kakak saya.saya rasa terpinggir sangat.layanan pun berbeza.saya rasa sedih n terkilan kerana sikap mereka.saya boleh dikata anak yang rajin dan selalu tolong mak n ayah.tp dia macam tak hargai apa yang saya buat.kakak saya memang agak pemalas sket tp semua benda dia buat betul je….. sekarang ni saya hanya mampu bersabar .apa yang perlu saya lakukan???

  4. Salam…saya pun ada masalah sebegini..saya anak ke2 berusia 25 tahun..selepas tamat belajar dan masih tidak mempunyai pekerjaa, saya pulang ke kampung dan menjadi guru sandaran..tinggal bersama mak dan ayah mmg banyak dugaan..ayah mungkin ok..tapi mak..aduhia..makan hati rasanya..gaji yang saya perolehi ada saya peruntukan untuk dia..tapi kakak (yang mana pada pandangan saya menjadi anak kesayangan dia, kini sudah bekerja) tetap langsung tidak menghulur wang kepada mak. Saya rasa geram kerana saya melihat mak banyak membelanjakan duit untuk perkhawinan dia (semetelah kakak berkhawin semasa masih belajar.)tapi apabila dia sudah bekerja, langsung tidak dihulurkan kepada emak.mak ada berkata kepada saya tentang kakak yang langsung tak hulurkan sedikit wang..padanhal..selepas kahwin pun, kereta pun mak yang berikan..dan tiap-tiap bula mak harus menanggung hutang belanjan kahwin kakak…saya rasa geram sangat..bila kakak balik, sambutan luar biasa..masak yang sedap-sedap..pergi berjalan..sedangkan saya..mak terlalu berkira..nak minta hantar ke bandar pun…katanya tak mahu..sayangkan duit minyak kereta..saya rasa tertekan sangat..ibarat kata..duit bulanan saya dia mahu..tapi terlalu berkira dengan saya..geram sangat..pelajaran saya lagi tinggi dari kakak..saya punya diploma..degree dan tgh menyambung pada peringkat sarjana..tapi itu satu pun tak dipandang oleh emak..di rumah pantang tersilap sikit..berhari2 dia akan masamkan muka pada saya..saya rasa macam nak pergi jauh biar seorang pun tak dapat hubungi saya…saya rasa kalau saya tak overcome masalah ini..saya boleh jadi giler..ibarat kater..kita yang tabur jasa..tapi orang lain yang dapat perhatiaannya…tolonglah saya…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s