Keliru nafkah anak angkat

Soalan:

Saya memelihara seorang anak lelaki yang kini berumur tiga tahun sejak dia masih bayi. Dia adalah anak sepupu saya yang tidak dapat menjaga bayi tersebut sebab masalah tertentu. Anak itu telah menjadi sebahagian daripada keluarga saya walaupun saya masih belum mengambilnya sebagai anak angkat yang sah. Siapa yang bertanggungjawab ke atas nafkah anak ini? Memanglah selama ini saya yang menanggungnya tetapi saya cuma ingin pastikan tanggungjawab bapa sebenar anak ini. Bahari Barto

Kuala Lumpur

Jawapan:

Seorang anak itu lahir ke dunia dengan hak dan tanggungjawab. Salah satu hak penting yang diperuntukkan adalah hak untuk menerima nafkah.

Menurut hukum syarak tanggungjawab memberi nafkah kepada anak ini terbeban ke atas ayah. Sekiranya tiada ayah, maka adalah menjadi tanggungjawab waris memberi nafkah anak ini.

Ini jelas dinyatakan dalam surah al-Baqarah ayat 223:

“Janganlah menjadikan seorang ibu itu menderita kerana anaknya dan (jangan juga) menjadikan seorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan tersebut.”

Seksyen 72(1) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 memperuntukkan kewajipan menanggung nafkah anaknya. Manakala seksyen 72(2) meletakkan tanggungjawab ke atas mereka yang bertanggungan di bawah hukum syarak menanggung nafkah anak yang kematian ayah atau ayah menghilangkan diri.

Walaupun begitu terdapat beberapa kes yang mana beban menanggung nafkah dipertanggungjawabkan kepada orang lain, selain daripada ayahnya atau saudara-maranya.

Seksyen 78(1) Akta menyatakan:

“jika seseorang lelaki telah menerima seseorang kanak-kanak yang bukan anaknya sebagai seorang ahli keluarganya, maka adalah menjadi kewajipannya menanggung nafkah kanak-kanak itu semasa dia masih seorang kanak-kanak, setakat mana bapa dan ibu kanak-kanak itu tidak berbuat demikian.”

Oleh yang demikian, jelas di sini bahawa saudara, sebagai penjaga, yang telah pun menganggap anak itu sebagai sebahagian daripada ahli keluarga adalah bertanggungjawab ke atas nafkahnya.

Namun, saudara tidak lagi bertanggungjawab memberi nafkah sekiranya anak itu dibawa pergi oleh ayah atau ibu kandungnya.

Perlu diingatkan bahawa tanggungjawab seorang ayah tidak lupus hanya kerana ada orang lain yang dipertanggungjawabkan ke atas nafkah anaknya.

Seksyen 78(3) memberi hak kepada saudara untuk menuntut kembali jumlah wang yang dibelanjakan untuk nafkah anak tersebut.

Nafkah tersebut boleh dianggap sebagai hutang dan saudara boleh menuntutnya kemudian hari.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s