Menopaus bukan punca berat badan meningkat

SETIAP wanita perlu memberi perhatian yang lebih terhadap berat badan pada penghujung usia pertengahannya. Antara persoalan yang sering ditanya wanita khususnya ketika itu ialah “Saya nampak gemuk ke?”

Soalan ini menjadi penentu bagi setiap baju baru dan tidak menarik perhatian mana-mana lelaki. Tetapi siapa yang boleh menyalahkan wanita kerana menjadi terlalu sensitif? Hakikatnya wanita menopaus mempunyai lebih kemungkinan untuk menambah berat badan.

Dalam tempoh ini, badan wanita memasuki satu fasa yang unik. Mula-mula kitaran haidnya menjadi tidak menentu dan akhirnya tiada haid langsung apabila paras estrogen menurun.

 

Setiap wanita menopaus mesti memantau pengambilan lemaknya kerana estrogen bertindak sebagai pengawal semula jadi jantung. Disebabkan oleh kehilangan estrogen, dia lebih terdedah kepada sakit jantung. Itulah sebabnya wanita harus mengehadkan pengambilan daging yang mengandungi lemak tepu tinggi seperti daging lembu dan ayam kerana ia boleh mengurangkan keupayaan badan untuk memetabolismekan estrogen.

Estrogen mempunyai tanggungjawab yang penting. Estrogen mengurniakan wanita dengan sifat kewanitaan dan menyebabkannya menyimpan lemak di sekeliling pinggul. Apa yang menjadi masalah ialah apabila paras estrogen wanita menurun, berat badannya sudah beralih arah, daripada pinggul menuju ke bahagian perut. Sukar untuk diterima, tetapi inilah hakikatnya.

Berat berlebihan yang terkumpul pada bahagian perut adalah merbahaya kerana obesiti abdomen adalah faktor risiko yang serius dan mengundang kepada penyakit kardiovaskular, diabetes dan hipertensi.

Patutkah kita menyalahkan menopaus sepenuhnya untuk kenaikan berat badan? Tidak sepatutnya. Usia adalah faktor utama. Apabila usia kita meningkat, trek pencernaan menjadi kurang berkesan. Ia mengambil masa yang lebih lama untuk memetabolismekan makanan.

Kita memerlukan kurang kalori dan badan kita tidak boleh mengendalikan makanan yang bukan berkhasiat (mempunyai kalori tinggi). Keadaan ini berbeza ketika kita masih muda dan cergas.

Di sebalik keadaan ini, kita masih memerlukan jumlah vitamin dan mineral yang sama. Malah kita juga perlu mengharungi krisis pertengahan umur. Anak pula mula meninggalkan rumah untuk hidup berdikari dan persaraan pula semakin hampir – ibu bapa sudah lanjut usia.

Semua ini membawa kepada kerisauan, tidur tak lena dan kemurungan, menyebabkan wanita mengambil jalan mudah terutama dari segi pemakanan.

Langkah semula jadi

Menopaus adalah seruan lantang untuk anda mengamalkan pemakanan yang berkhasiat. Pemakanan yang berkhasiat akan menghindarkan gejala fizikal dan mental bagi menopaus dan ini termasuklah suhu badan naik, tidur tak lena, perut kembung, kelesuan, perubahan emosi dan kemurungan serta akan mengurangkan risiko kesihatan lain akibat menopaus dan penuaan.

Memandangkan menopaus adalah fasa semula jadi kehidupan, pendekatan terbaik untuk menanganinya ialah melalui cara ‘semula jadi’. Berikut adalah lapan petua pemakanan yang boleh diamalkan:

Amalkan memakan buah-buahan

Makanlah tembikai, pisang dan buah-buahan sitrus (oren dan lemon) dengan banyak kerana semuanya mempunyai kandungan potasium yang tinggi. Buah-buahan ini membantu mengimbangi sodium dan pembendungan air supaya anda tidak rasa kembung perut pada setiap masa. Buah-buahan kering seperti aprikot dan ara juga memberi manfaat kepada anda.

Kacang adalah teman semula jadi anda

Tambahkan kacang dan lentil ke dalam pemakanan anda kerana makanan ini mempunyai kandungan gula yang rendah dan serat yang tinggi di mana kedua-duanya membantu merendahkan paras kolesterol darah. Kacang, lentil dan lain-lain kekacang mempunyai kandungan kalsium yang tinggi. Memandangkan jisim tulang mulai berkurangan ketika tempoh menopaus, wanita perlu menambah pengambilan makanan yang kaya dengan kalsium untuk mencegah osteoporosis.

Sayuran perlu dimakan

Apabila anda pergi membeli barang-barang keperluan, pastikan anda memilih keladi, sayuran berdaun hijau gelap seperti kailan, pak choi, bayam, brokoli dan kubis di samping tomato, lada dan seumpamanya.

Tambahkan serat

Oleh kerana pencernaan anda tidak begitu berkesan berbanding dulu, bantulah ia dengan memakan lebih banyak serat terutama serat yang mudah larut.

Apa yang ada sudah mencukupi

Hadkan pengambilan makanan kering, roti putih / tepung dan nasi putih. Beralihlah kepada makanan yang lebih berkhasiat seperti roti bijiran penuh, oat, rye, germa gandum dan beras perang panjang. Kaedah memasak secara memanggang atau membakar adalah lebih baik daripada menggoreng. Di samping itu, gantikan minyak masak yang diproses dengan minyak masak yang tidak diproses seperti minyak zaitun ekstra tulen, kanola, germa gandum dan minyak bijian flaks.

Snek berkhasiat

Kerepek kentang yang rangup memang sedap, tetapi ia tergolong dalam kategori ‘boleh dimakan sekali-sekala’. Kalau anda perlukan sesuatu untuk dikunyah, cubalah kacang Brazil, walnut, biji-bijian (labu, bunga matahari, linsid) atau buah-buahan kering.

Makanan laut

Asid lemak penting Omega 3 yang ada dalam ikan ‘berminyak’ (salmon, mackerel) menampilkan manfaat kesihatan kepada wanita yang mengalami menopaus.

Black cohosh

Herba ini begitu popular di Eropah untuk merawat suhu badan naik dan lain-lain gejala menopaus. Secara saintifik, black cohosh dikenali sebagai imicifuga racemose dan ia sudah pun digunakan oleh kaum Red Indian benua Amerika Utara sejak berabad-abad lamanya untuk memberi kelegaan kepada wanita yang mengalami menopaus. Kini, rumusan black cohosh yang standard diekstrak daripada akar herba ini. Wanita boleh memperoleh makanan tambahan herba yang selamat dan terbukti secara klinikal di mana-mana kedai makanan tradisional, kedai ubat atau gedung jualan runcit. Apabila dimakan untuk tempoh sekurang-kurangnya dua bulan atau lebih, herba ini akan meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan anda. Kehidupan anda akan kembali normal dan ceria selalu.

Sumber:

Anne Collins, Irish Clinical Nutritionist and Weight Consultant,

http://www.annecollins.com/best-diet-for-menopause.htm

5 thoughts on “Menopaus bukan punca berat badan meningkat

  1. Common Names—black cohosh, black snakeroot, macrotys, bugbane, bugwort, rattleroot, rattleweed

    Latin Names—Actaea racemosa, Cimicifuga racemosa

    Top
    What It Is Used For

    * Black cohosh has a history of use for rheumatism (arthritis and muscle pain), but has been used more recently to treat hot flashes, night sweats, vaginal dryness, and other symptoms that can occur during menopause.
    * Black cohosh has also been used for menstrual irregularities and premenstrual syndrome, and to induce labor.

    How It Is Used

    The underground stems and roots of black cohosh are commonly used fresh or dried to make strong teas (infusions), capsules, solid extracts used in pills, or liquid extracts (tinctures).

    Side Effects and Cautions

    * Black cohosh can cause headaches and stomach discomfort. In clinical trials comparing the effects of the herb and those of estrogens, a low number of side effects were reported, such as headaches, gastric complaints, heaviness in the legs, and weight problems.
    * No interactions have been reported between black cohosh and prescription medicines.
    * Black cohosh has recently been linked to a few cases of hepatitis (inflammation of the liver), but it is not clear whether black cohosh caused the problem.
    * It is not clear if black cohosh is safe for women who have had breast cancer or for pregnant women.
    * Black cohosh should not be confused with blue cohosh (Caulophyllum thalictroides), which has different properties, treatment uses, and side effects than black cohosh. Black cohosh is sometimes used with blue cohosh to stimulate labor, but this therapy has caused adverse effects in newborns, which appear to be due to blue cohosh.
    * It is important to inform your health care providers about any herb or dietary supplementA product that contains vitamins, minerals, herbs or other botanicals, amino acids, enzymes, and/or other ingredients intended to supplement the diet. The U.S. Food and Drug Administration has special labeling requirements for dietary supplements and treats them as foods, not drugs. you are using, including black cohosh. This helps to ensure safe and coordinated care.

  2. Thanks for sharing your info. I truly appreciate your efforts and I will be waiting for your next post thanks once again.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s