Panduan Jika Terbabit Dalam Kemalangan

MALANG memang tidak berbau. Walaupun kereta anda baru dibeli sebulan, jika tidak bernasib baik, kereta anda boleh terbabit dalam kemalangan atau rosak secara tiba-tiba. Ini tentu menyulitkan anda yang tidak ada pengalaman menghadapi kes seperti itu.

Apabila berlaku kemalangan, ia tentu membabitkan sama ada kecederaan diri, kerosakan kenderaan sendiri dan kenderaan orang lain. Anda perlu berurusan dengan pihak polis, hospital (jika babitkan kecederaan) dan pihak insurans.

Berikut adalah beberapa panduan yang boleh dilakukan pengguna apabila berdepan dengan kemalangan jalan raya.

Ketika kemalangan

Jika di tempat kemalangan dan anda tidak cedera parah, dapatkan butir penting pihak lain yang terbabit dalam kemalangan antaranya:

Maklumat kenderaan seperti nombor pendaftaran kenderaan berkenaan, tahun dibuat dan model kenderaan.

Maklumat pemandu seperti nama, alamat, nombor telefon pejabat, nombor kad pengenalan, nombor lesen memandu dan alamat kediamannya.

Nama pihak insurans mewakili anda dan orang lain yang terbabit dalam kemalangan itu.

Berurusan di balai polis

Jika tiada anggota polis bertugas di tempat kemalangan, buat laporan polis dalam tempoh 24 jam kemalangan berlaku di balai polis berhampiran.

Jelaskan keadaan kemalangan berlaku dan menulis laporan polis menggunakan bahasa Melayu. Selepas selesai, anda diminta menurunkan tanda tangan di bahagian bawah laporan berkenaan dan simpan satu salinan laporan polis yang disahkanbenar.

Berurusan dengan pihak insurans

Baca polisi insurans dengan berhati-hati dan laporkan kemalangan yang berlaku kepada pihak berkenaan secepat mungkin atau dalam tempoh ditetapkan dalam polisi insurans.

Sebarang kelewatan memfailkan tuntutan mungkin menghapuskan hak anda mendapatkan wang pampasan.

Jumlah amaun tuntutan difailkan mestilah tidak melebihi amaun ditetapkan dalam klausa tuntutan.

Pihak insurans hanya membayar perbezaan antara jumlah tuntutan dengan jumlah ditetapkan.

Pastikan kenderaan diselenggarakan pihak bengkel bertanggungjawab. Kerosakan dialami kenderaan dinilai seorang pemeriksa atau penilai pihak insurans.

Sekiranya kemalangan disebabkan pihak lain, anda harus menghubungi pihak insurans mewakilinya.

Pastikan sama ada polisi insurans melindungi pemandu masih sah dan sama dengan nombor tuntutan pampasan ditetapkan.

Hubungi secara bertulis pihak insurans mewakili pemandu berkenaan, dengan menyatakan bahawa anda terbabit dalam kemalangan dan mahu memfailkan tuntutan terhadapnya.

Seorang pemeriksa atau penilai berkemungkinan besar menghubungi anda dan menawarkan untuk menyelesaikan tuntutan khidmat kerosakan kenderaan serta kecederaan peribadi.

Sesetengah pihak insurans mungkin mengetepikan tuntutan dan menolak tuntutan untuk memberikan pertolongan kepada anda. Sekiranya perkara ini terjadi, anda berkemungkinan memerlukan khidmat nasihat peguam.

Elakkan perkara berikut

Apabila anda mengalami kemalangan, jangan mengaku bersalah atau berunding dengan pihak ketiga.

Membaiki kereta anda tanpa kelulusan penanggung insurans, jika bercadang mengemukakan tuntutan di bawah Seksyen A.

Meninggalkan kereta tanpa mengambil langkah munasabah memastikan keselamatan kenderaan selepas berlaku kerosakan.

Memandu kereta sebelum pembaikan disempurnakan.

Menandatangani Baucer Pelepasan kecuali berpuas hati dengan kerja pembaikan.

Menghantar kereta ke bengkel yang bukan panel dibenarkan.

2 thoughts on “Panduan Jika Terbabit Dalam Kemalangan

  1. salam, saya nak bertanya, kalau kemalangan dan dalam masa yg sama, lesen memandu mati, adakah pihak insurans tidak akan membayar wang pampasan?tq

  2. kalau tak salah..insuran bayar…pasal lesen mati…tapi kalau takde lesen tak salah aku
    jadi masalah….kalau tak salah lah…nanti aku siasat lagi….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s