Bekas suami larang kahwin baru

Soalan:

Saya sudah bercerai dua tahun lepas. Saya dan bekas suami ada seorang anak perempuan berumur lima tahun. Mahkamah Syariah beri hak penjagaan anak kepada saya. Kini, saya bercadang untuk mendirikan rumah tangga sekali lagi.

Malangnya bekas suami menunjukkan rasa tidak suka terhadap niat saya itu. Malah dia mengugut akan memohon hak penjagaan anak jika saya berkahwin lagi. Adakah hak penjagaan saya akan luput jika saya berkahwin lagi?

Ava Mikhail

Kuala Lumpur.

Jawapan:

Hak penjagaan anak tidak ada kaitan dengan perkahwinan baru ibu atau ayah. Kepentingan dan kebajikan anak yang akan dititikberatkan oleh mahkamah apabila menentukan hak penjagaan ini.

Salah faham berkenaan perkahwinan baru ini timbul kerana seksyen 83 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 ada menyatakan tentang perkahwinan baru yang akan memberi kesan kepada hak penjagaan.

Seksyen tersebut sebenarnya menyatakan bahawa sekiranya ibu berkahwin dengan orang lain dan menyebabkan kebajikan anaknya terjejas, maka hak penjagaan akan hilang.

Oleh itu, yang menjadi perkara utama ialah kepentingan dan kebajikan anak itu. Alasan perkahwinan baru semata-mata tidak boleh digunakan untuk menarik balik hak penjagaan.

Bekas suami haruslah membuktikan bahawa puan:

lmenjejaskan kebajikan anak,

lberkelakuan buruk,

lberpindah kerana ingin menghalang bekas suami menjaga anak,

ltelah keluar daripada Islam atau

lmenganiaya anak.

Jika keadaan-keadaan ini berlaku, barulah bekas suami akan berjaya mendapat hak penjagaan anak.

Dalam kes Kamaruddin lawan Rosnah (1987), mahkamah syariah berkeputusan bahawa keutamaan akan diberikan kepada kesejahteraan anak tersebut.

Ini juga bersamaan dengan pandangan Ibnu Syed Sabiq dalam kitabnya Fiqh As-Sunnah Juz 8 halaman 219 yang menyatakan bahawa “Sesungguhnya setiap penjaga dan anak jagaan masing-masing mempunyai hak. Akan tetapi hak anak dan permasalahan anak lebih penting dari hak penjaganya”

Puan boleh berkahwin semula dan niat baik itu tidak seharusnya dihalang. Puan boleh membuktikan kepada mahkamah bahawa perkahwinan tersebut tidak akan menjejaskan kehidupan anak puan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s