Tolak suami jadi imam

SOALAN: Kerana perbezaan fahaman politik, sehingga sekarang, isteri saya tidak mahu berimamkan saya ketika solat. Apakah perbuatan ini menjadikan ia derhaka kepada saya?
– Wan Yusof Mahmud,
Terengganu Darul Iman

JAWAPANNYA: Perbuatan seseorang isteri yang boleh menyakiti hati suami itu, dikira termasuk dalam perbuatan derhaka seperti berkasar dalam percakapan, bermasam muka atau keluar rumah tanpa kebenarannya dan sebagainya. Perbuatan-perbuatan tersebut (menderhakai suami) itu boleh menggugurkan hak nafkah. Adapun isu tidak mahu berimamkan suami kerana semata-mata berlainan kefahaman politik ini mungkin kerana terlampau fanatik dengan fahaman sendiri sehingga menyangka orang lain yang berlainan dengan fahamannya tidak harus berimamkan kepadanya. Sebenarnya dia perlu membuktikan alasannya atau apakah kerana kesalahan tertentu yang menyebabkan solat suaminya itu, tidak sah dan tidak boleh diikuti lagi, seperti bacaannya tidak tepat, mempersendakan dengan al-Quran dan lainnya. Ini adalah kerana kita dilarang keras mengkafirkan sesiapa daripada umat Islam di kalangan ahli kiblat sekalipun fahamannya tidak sama dengan kita dan kita dibenarkan mengikut imam dari mana-mana mazhab yang berlainan dengan kita selagi solatnya dihukum sah dan tidak perlu diulangi lagi. Wallahualam.

dijawab MOHD. YUSOF ABAS

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s