Wajib qada solat tanpa alasan

SOALAN

Bolehkah kita qada solat wajib lima waktu kerana kesuntukan masa. Saya sering solat Asar lambat sehingga sudah masuk waktu Maghrib. Adakah solat saya diterima. Hal ini terjadi kerana saya sering pulang lewat dari kelas tambahan yang dianjurkan pihak sekolah. Jadi saya pulang pukul 5.30 petang, naik bas pukul 6 dan bila sampai rumah sudah pukul 7 malam. Saya jadi bingung dan kadang-kadang kelam-kabut sembahyang sehingga tidak khusyuk dalam solat serta tidak sempat hendak membersihkan diri.

JAWAPAN

Solat yang tertinggal wajib diqada, tidak kira apa sahaja alasan yang diberikan. Melihat kepada soalan yang dikemukan jelas bahawa anda habis kelas di sekolah pukul 5.30 petang, ini bermaksud anda berada dalam waktu Asar. Jika anda sedia maklum bahawa perjalanan ke rumah memakan masa yang lama dan menyebabkan solat di akhir waktu dan kadang-kadang masuk waktu Maghrib sedangkan anda belum lagi solat Asar. Sebaiknya anda tunaikan solat Asar sebelum meninggalkan sekolah.

Sekiranya bertangguh solat Asar sehingga sampai ke rumah dan keadaan ini menjadikan anda serba salah adalah wajar dan sepatutnya mencari penyelesaian dengan mendahulukan solat sebelum balik. Solat yang difardukan terikat dengan waktu yang telah ditetapkan. Firman Allah SAW yang bermaksud: Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya. (al-Nisa’: 103).

Saranan saya adalah lebih baik tunaikan solat sebelum keluar sekolah. Lagipun kita tidak tahu apa akan berlaku dalam perjalanan mungkin berhadapan dengan kesesakan lalu-lintas atau kemalangan dan sebagainya. Keadaan ini akan menjadikan diri anda serba salah. Yang pastinya solat yang dilakukan mestilah dalam keadaan yang tenang demi mencapai khusyuk dalam solat.

Solat dalam keadaan terkejar-kejar akan menyebabkan kualiti solat terganggu, sekali gus falsafah solat tidak dapat dicapai. Dalam sebuah riwayat ada menyebut bahawa Rasulullah SAW pernah menegur seorang sahabat yang menunaikan solat dalam keadaan tergesa-gesa. Keadaan ini menyebabkan Rasulullah SAW menyuruh lelaki itu mengulangi solatnya. Sebanyak tiga kali lelaki itu mengulangi solat yang setiap kali dia ulangi Baginda menegur, sehingga tiga kali, kali ke empat barulah Rasulullah SAW membetulkannya.

Adapun berkaitan dengan solat yang dilakukan hampir waktu Maghrib tetap sah. Memandangkan keadaan ini berlaku kerana kelewatan tiba di rumah, maka hukumnya makruh. Ia berbeza dengan orang yang sengaja solat lewat walaupun ada kelapangan masa. Orang sebegini dihukum fasik. Sekiranya anda sedang solat Asar yang waktunya hampir Maghrib, dan ketika anda sedang solat Maghrib bagaimana hukumnya? Solat Asar tetap sah, dan solat itu dikira solat Asar walaupun ketika solat Asar sudah masuk waktu Maghrib. Maka solat itu dikira solat Asar.

3 thoughts on “Wajib qada solat tanpa alasan

  1. bagaimana pula orang yang tahu pengetahuan agama selalu tinggalkan sembahyang(tidak cukup waktu) dengan sengaja sejak baligh (sejak umurnya 13thn, skrg 17 thn) krn hampir5 tahun dia ambil sikap sambil lewa tentang solat. ,adakah diwajibkan salot qada?kerana dia tak ingat berapa banyak kali dia tinggalkan sembahyang. sekarang dia insaf dan bertekad tidak akan tinggalkan solat lima waktu lagi.bagaimana nak mengatasi sikap malas nak bersembahyang?

  2. I RASAO TAK TAK DO ANTI DOTE BAGI ORG MALAS AtAU TINGGAL KAN SEMBAHYANG…IA NYA AKAN DTG SECARA OUTOMATIC PADA DIRI SESAORANG TU…KE INSAfAN diri sndiri terhadap illahi…cuma kita boleh mengingatkan aje..jgn paksa tak do guna nya…..

  3. masa muda dulu i selalu ponteng klass ugama atau mengaji al quaran,jadi nak sembahayag i tak tahu….tapi bila tua aia nya dateng secara automatic -keinsafan..i baca buku panduan mari sembahyang dlm pronouzation rumi…i rabun jawi…kalu tak do perterjemah nada rumi i mungkin gagal belajar bersembahyang…tetapi sautu ketika dulu pihak agama islam mengharamkan translations bacaa sembahyang ke rumi-romanised…SKRG NI i takut nak tinggal sembahyang….kalu i tak mengejakan soalt i rasa takut kata nya pada ku…..KATA ABDULLAH PADA I

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s