‘Pengkid’ kini lebih berani

Oleh ROSLAH OTHMAN

APA juga gelaran yang diberikan kepada gadis ini sama ada tomboy, ‘pengkid,’ lesbian atau yang sama erti dengannya membawa makna yang sama kepada masyarakat, di mana golongan ini cuba menonjolkan identiti gender berlawanan daripada norma-norma biologi, moral dan sosial yang mereka miliki.

Bukan tidak pernah diperdebatkan, malah sudah banyak kaji selidik dan pembentangan kertas kerja di meja-meja seminar termasuk oleh para ilmuwan, namun isu yang boleh dianggap sebagai kecelaruan gender ini bagai tidak ada kesudahan dan penghujungnya.

Mengulas mengenainya, Pengetua Pusat Kebahagiaan Remaja dan Wanita (KEWAJA), Yahya Mohd. Yusof, berkata jika dahulu golongan ini agak tersorok dan berada dalam kelompok sendiri, hari ini kegiatan mereka lebih terancang dan berani.

Beliau yang lebih menyifatkan gejala ini sebagai bencana sosial menegaskan, ia wajar dibendung sejak awal bagi memastikan tidak terus menjadi kudis dalam masyarakat.

‘‘Ia merupakan tanda-tanda turunnya ‘dajal’ yang kita sebagai manusia biasa tidak dapat melihatnya, sebaliknya hanya para alim ulama yang mengetahuinya,’’ ujarnya ketika ditemui di pusat tersebut di Taman Seri Gombak, Batu Caves, Selangor, baru-baru ini.

Daripada pemerhatian selain kes yang dirujuk kepadanya, Yahya mengakui kecenderungan golongan tersebut memilih cara hidup bertentangan dengan fitrah kejadian mereka dipengaruhi beberapa faktor.

Antaranya, faktor semula jadi apabila dari usia kanak-kanak lagi sudah nampak kecenderungan mereka lebih berminat kepada perempuan, selain suasana negatif ketika mereka dibesarkan seperti melihat lelaki yang disifatkan sebagai ganas seperti bapa yang tidak bertanggungjawab, kaki pukul dan sebagainya.

Menurut Yahya lagi, kelompok ‘pengkid’ ini boleh dibahagikan kepada dua, sama ada mereka tergolong sebagai pemangsa atau mangsa.

‘‘Mangsa biasanya terperangkap dengan pujuk rayu ‘pengkid’ asli yang pastinya mendatangi mereka dengan cara merayu, mengoda dan mencabul.

“Kebanyakan mangsa pada awalnya tidak suka, tidak mahu, tetapi mula menerima dan menyukai cara pemangsa.

‘‘Apabila ini berlaku, secara tidak langsung mereka berjaya membentuk piramid yang membolehkan mereka membina rangkaian lebih luas,’’ ujarnya.

Beliau berkata, daya tarikan dengan insan sejenis, secara realitinya ia tampak aneh, namun fenomena anak gadis terlibat dalam cinta songsang berpunca kepada keinginan dan kehendak diri iaitu perhubungan cinta dan seksual wanita bersama wanita lain.

‘‘Golongan ini berpendapat hanya wanita mengetahui keinginan wanita lain dan menjanjikan kepuasan yang lebih.

“Dari segi kepastian seksual (sexual security) pula, wanita ‘pengkid’ atau lesbian berasa lebih selesa kerana tidak terdedah kepada risiko mengandung.

‘‘Lazimnya, ahli sub-budaya ini cepat bertukar pasangan dan ada di kalangan mereka mempunyai ramai pasangan dalam satu masa yang sama. Ini bererti, apa yang dicari hanya kepuasan nafsu bukan hubungan sah,’’ ujarnya.

Dalam mengendalikan kes berkaitan, Yahya tidak menolak faktor kurang kasih sayang juga antara penyumbang kepada gejala ini.

Apa yang dilihat hari ini, ramai ibu bapa hanya menjalankan tanggungjawab tetapi dalam jiwa mereka sebenarnya tidak melekat kasih sayang, kebahagiaan dan kemesraan.

Tidak hairan katanya, apabila dilihat kepada peratusan individu yang terlibat dalam gejala sosial ini, golongan berpendidikan tinggi dan mempunyai asas agama mencatatkan jumlah agak tinggi.

‘‘Sama ada terperangkap dengan hubungan terlarang dengan lelaki atau cinta songsang sesama jenis, golongan ini sebenarnya tidak mempunyai kemahiran sosial dan gagal mengawal emosi,’’ ujarnya.

Menurut Yahya, sama seperti pelatih lain yang terlibat dalam kes hamil luar nikah, mangsa dera dan sebagainya, pelatih di KEWAJA dikehendaki mengikuti proses pemulihan kerohanian dan akidah terlebih dahulu.

Bagaimanapun, lambat atau cepat ‘pengkid’ ini pulih, bergantung kepada tahap mana mereka kini berada.

Bagi pemangsa iaitu ‘pengkid’ jenis tegar, mereka agak sukar dipulihkan dalam waktu singkat, berbanding mangsa.

Ditanya mengenai jumlah golongan ini yang pernah mendapat pemulihan di KEWAJA katanya, sejak dibuka pada tahun 1988, terdapat kira-kira 200 dikategorikan sebagai ‘pengkid’ dan mangsa ‘pengkid,’ yang datang ke pusat tersebut sama ada atas kerelaan sendiri atau dihantar ibu bapa.

Berkongsi pengalaman katanya, pernah juga pusatnya menerima seorang ‘pengkid’ yang rela hati untuk dipulihkan. Namun, rupa-rupanya ada udang di sebalik batu, kerana kedatangan ‘pengkid’ ini sebenarnya hanya untuk mencari mangsa.

Secara peribadi juga, beliau berpandangan sudah tiba masanya semua pihak melihat senario sosial ini sebagai sesuatu yang serius dan bersatu memainkan peranan dan tanggungjawab bersama tanpa perlu menuding jari kepada sesiapa.

Beliau turut mencadangkan agar kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengambil satu pendekatan termasuk mengadakan satu kempen ‘Selamatkan Wanita dan Remaja’ sebagai usaha menangani permasalahan ini dari terus merebak.

——————–

Dekati naluri, jiwa ‘pengkid’

Oleh AIZAWATI AHMAD

ALAM remaja merupakan satu peringkat peralihan antara zaman kanak-kanak dan dewasa di mana pada tahap tersebut golongan berkenaan mula mengalami perubahan ketara dari segi fizikal serta mental.

Pada usia muda itu iaitu sekitar 13 hingga 19 tahun, remaja mula belajar untuk berdikari dan membuat keputusan sendiri dengan bimbingan ibu bapa.

Pada usia tersebut juga, emosi seseorang remaja itu perlu dititik beratkan oleh ibu bapa agar mereka tidak keliru dengan proses dan perubahan yang berlaku pada diri mereka.

Naluri remaja yang mudah memberontak turut mendedahkan mereka kepada pergaulan sosial yang lebih terbuka di mana pada tahap tersebut, mereka lebih hampir dengan teman-teman sebaya.

Pegawai Penerangan Lembaga Pembangunan Penduduk dan Keluarga Negara (LPPKN) Unit Pendidikan Bahagian Pembangunan Keluarga, Fouziah Hanim Yahya berkata, rakan-rakan di sekolah biasanya adalah individu yang paling hampir dengan remaja terbabit dan kebiasaannya pendapat daripada teman-teman sebaya lebih didengari berbanding pandangan ibu bapa.

‘‘Hubungan yang akrab berlaku adalah disebabkan faktor masa yang lebih banyak dihabiskan bersama rakan sekolah iaitu bermula pada awal pagi hinggalah ke petang,’’ katanya.

Beliau berkata demikian kepada Mega selepas menyampaikan ceramah bertajuk ‘Seronok Menjadi Remaja’ di LPPKN, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Justeru, beliau memberitahu, dalam hal ini, ibu bapa perlu mengambil berat dengan siapa anak-anak mereka bergaul kerana gejala sosial yang berlaku sekarang perlu dipandang serius.

Katanya lagi, antara krisis sosial yang semakin parah berlaku adalah masalah ‘pengkid’ yang mana remaja wanita cuba berkelakuan dan berpakaian seperti lelaki.

Jelas Fouziah, hasil daripada penyelidikan beliau sendiri, ‘pengkid’ bukan sahaja berimejkan seperti lelaki tetapi mereka juga mempunyai naluri terhadap wanita.

‘‘Senario ini amat membimbangkan kerana golongan ‘pengkid’ semakin ramai di negara ini dan mereka juga ada kumpulan mereka sendiri serta sanggup bertindak ganas dalam situasi tertentu,” ujarnya.

Beliau memberitahu, selain ‘mat rempit,’ kerajaan seharusnya turut mengambil berat terhadap masalah ‘pengkid’ kerana ia perlu dibendung bagi mengelakkan mereka ini melakukan sesuatu yang jelas bertentangan dengan agama dan norma-norma kehidupan sebagai manusia.

Tambahnya, masalah itu semakin berakar umbi di mana ibu bapa perlu diberi penerangan mengenai masalah berkenaan agar mereka diberi panduan serta bimbingan bagi memahami pergolakan dan psikologi anak-anak.

Ketika ditanya sama ada cara didikan turut mempengaruhi keperibadian remaja, beliau berkata, kadang kala sikap segelintir ibu bapa yang gemar memakaikan pakaian lelaki kepada anak perempuan mereka sejak usia masih kecil lagi mampu mempengaruhi psikologi apabila mereka membesar menjadi seorang remaja.

‘‘Dalam hal ini, ibu bapa perlu peka terhadap corak didikan anak-anak bagi membentuk keperibadian dan sahsiah yang berlandaskan kehendak agama Islam,” jelas beliau.

Menurutnya lagi, mendekati perasaan remaja adalah satu cara terbaik bagi mengetahui isi hati mereka kerana pada usia tersebut ibu bapa perlu mengambil kira pandangan anak-anak.

Fouziah memberitahu, masalah pada masa kini ialah ibu bapa kadang kala menolak secara mentah pandangan anak-anak yang meningkat remaja sehingga mereka tidak ada ruang untuk meluahkan isi hati yang terpendam.

Beliau berkata, tidak salah jika ibu bapa cuba bersikap lebih terbuka dan bersedia mendengar luahan hati anak-anak yang berasakan diri mereka terabai dan tidak disayangi.

‘‘Faktor inilah yang menyebabkan anak-anak remaja lebih gemar memilih rakan sebaya untuk berkongsi masalah kerana mereka berasakan ibu bapa tidak memahami jiwa muda mereka.

‘‘Sedangkan ibu bapa juga pernah menjadi remaja dan seharusnya mereka boleh memahami perasaan anak-anak mereka,” tegasnya.

Selain cara didikan ibu bapa, terdapat juga di kalangan remaja ‘pengkid’ yang sememangnya cenderung kepada sifat lelaki di mana mereka ini memiliki perasaan secara semula jadi menyukai kaum sejenis, ujar beliau.

Jelasnya, dalam hal ini, pendekatan psikologi perlu diguna pakai di mana masalah remaja berkenaan perlu dirujuk kepada pakar psikologi selain mendekatkan remaja berkenaan dengan agama.

Menurut beliau, kerajaan juga perlu sama-sama membantu bagi membendung masalah tersebut kerana krisis sosial di kalangan remaja bukan sahaja membabitkan isu-isu yang dominan seperti dadah, lumba haram dan seks bebas tetapi ia turut melibatkan masalah kekeliruan jantina.

24 thoughts on “‘Pengkid’ kini lebih berani

  1. sebenarnye masing2 salah.kalu x takan la ada perumpamaan spt –>kalu bertepuk sebelah tangan takan berbunyi!!!ape2 pun renungkan la diri kita.sampai bler kite akn jadi cmni?tgk org len,bhgia bersama anak cucu

    • biasanya pengkid jika kita bekasa nga golongan ini mka kasar lg lah tindakannya… kita kne memberi nasihat secara psikologi dimana kita bermain dengan emosinya… insyaAllah smua baik seperti biasa…

  2. tapi kalo lelaki tu ..yg – maseh bertenaga -belasan tahun, memang best kata dol..sebab perlawanan yg mantap bertenaga..kucupan melekat..kemut saluran blkg kotat..kalo idak tak kan ado kes ‘atasan’ itu tak nabis2..pompuan ni tak tau lah..sodah sodap kalo dah cuba..masa remaja nie..kata sam kat aku

  3. Aku ada 2 org kwn pengkid,sorang name wan,sorang name linda boy.yang wan ni klu ko org tgok ada la mcm jantan gak umr dah 32thn dh tua gak tu,lame gak aku tarbiah dia kembali pd asal kejadiannya,dia ada ht nak berubah.dia ada keinginan nak jd pmpuan,nak kwin gak,tp dia nak cr llaki yg leh time dia seadanya dlu mcm tu..bru leh berubah katanya llaki yg kwn dgn dia akn mengubah dia.tp mane ada llaki nak dgn llaki,gay leh la,klu ada pun mkn msa la nak cr.tp dia ni pmpuan ada manis pmpuan lg,klu yg linda tu lg merapu…jantan gila,lg jantan dr llaki,hilang selera…so mcmane pndpat ko org.

    • mknanya dia msih ada lg naluri kewanitaan walaupun sikit… sifat tuh boleh kita pupuk tp step by step la..cntohnya suh dia berubah mean berpakaian pompuan, tingkah laku pompuan lma2 kelamaan sifat kelakian yg ada pd nya aku beransur pergi…insyaAllah ada org laki menerimanya…

  4. tomboy adalah berbeza daripada pengkid… harap jangan keliru… kerana tomboy cuma dari gaya sahaja berpakaian seperti lelaki… tetapi masih lagi mempunyai naluri seorang perempuan/wanita normal… kerana saya salah seorang yg pernah menjadi tomboy dan masa zaman saya, ramai juga kawan2 yg tomboy… tetapi apabila kami sudah kian dewasa… sikap tomboy itu mula dikikiskan sedikit demi sedikit… malahan ada yang sudah kahwin dan mempunyai anak…

    pengkid- merupakan perempuan yang bernaluri seperti lelaki… yang memang susah nak mempunyai perasaan dengan lelaki… mereka memang sukakan perempuan sahaja… beperwatakan jauh lebih kasar daripada tomboy… malahan ada sesetengah pengkid yang pernah saya kenal mempunyai suara yang agak garau… serta mereka akan cuba sedaya upaya mengecilkan buah dada mereka…

    manakala lesbian, yang ni kadang-kadang agak sukar ditentukan sama ada perempuan itu lesbian ataupun tidak (kecualilah kalau dia pengkid terang-terang kita boleh lihat) kerana biasanya mereka seperti wanita/perempuan normal… yang membezakan mereka ialah mereka menyintai sesama jenis… bukannya lelaki….

  5. nak tarbiah bkn snang.ade ms dia dpt trima ade ms mgkn pyh.sbnar nye pengkid,lessy ni kalu d lhat d dlm hati yg plg dlam,bkn depa xnak b’ubah.cume hidayah tu mgkn x smpai lg.kita hrs la b’sbar..ape2 pun,renung2 kan la dan lhat2 lah dgn siapa kita bergaul.kdg2 nak mengikut kwan2 jer.akhir sangkut.balik la pada yg asal..kita umat nabi muhammad saw,jgn la sesekali m,jd kaum nabi lut asw.salam untuk smua…..

    • btl2… diorg sebenarnya nk sokongan utk berubah… mana ada wanita or lelaki sejati hendak mendekatinya secara dekat malah ada yg mencabar or menghina..lau cm 2 mana mana diorg nk berubah…

  6. nak tarbiah bkn snang.ade ms dia dpt trima ade ms mgkn pyh.sbnar nye pengkid,lessy ni kalu d lhat d dlm hati yg plg dlam,bkn depa xnak b’ubah.cume hidayah tu mgkn x smpai lg.kita hrs la b’sbar..ape2 pun,renung2 kan la dan lhat2 lah dgn siapa kita bergaul.kdg2 nak mengikut kwan2 jer.akhir sangkut.balik la pada yg asal..kita umat nabi muhammad saw,jgn la sesekali m’jd kaum nabi lut asw.salam untuk smua…..

  7. aku lyn jew pengkid… aku xd laa nk ckp pengkid ni sume bek n xlaa gk nk ckp pengkid nih jhat.. cm bebende y len,de y bek n de y bruk..p,aku pat kwn ngn s0wg pengkid nih,bek.. dri cre die,aku pat ase y 1 dey die akn bubah… but,mybe 4 this time die msih x push dri t0k bubah..kdg2,aku de gk tnye.. xm0o jdik gurl bebt0l kew..?? die juz diam jew..law aku push cm ne p0n,law ati die sndri xnk bubah.. x jdik gk kn..?? y aku nih p0n.. 1 hal gk.. nk ckp bnci kt guys x gk.. nk ckp ske kt guys p0n x gk.. bse2 jew feel kt guys..p jjurnye aku slese sgt2 laa brsme ngn pengkid tuh brbnding guys.. bkn xpnah p0n aku brsme ngn guys b4 nih..s0,c0z msing2 xm0o push dri.. kte0wg wjudkn 1 k0nsep.. k0 jga aku,aku jga k0.. 2 jew r nk k0ngsi..

  8. astagfirullahaladzim……….. ingatlah Allah maha besar…. xkan kowang nak terus2 mcm 2? yg pompuan dok layan sgt pengkid smpai mereka pun beleluasa… hai…….

  9. hai sume.. np isu pengkid ne jd hot plak ye?? tp apapun bukan aQ nak sapot la pa yg golongan pengkid ne lakukan tp cm nk kta yang mereka pasti akan berubah gak.. kt sm2 doakan mereka k.

  10. assalamualaikum semua,
    baru sy settelkan masalah menyayangi sesama jenis ni. dua2 pompuan . satu berkahwin (Y)ada anak dan suami. kwn baik nya lom kahwin (X) pompuan lah..yg dah kawin ni ada masalah dgn suami. kawan dia ni main peranan nak jaga dia. pompuan yg ada suami ni mula menjalinkan hub dgn lelaki lain dan akan bercerai dgn suaminya. kawan (X) dia tidak boleh terima. dulu dia asyik doa kawan (y) dia ni bercerai dgn suaminya. cita-citanya dia nak jaga y dan anak2 sampai akhir hayat. tetiba dapat berita y ada kekasih lain. dia mengamuk x boleh terima. sy ckp dgn x dia harus terima sebab y perlukan kasih sayang seorg lelaki. so sy doakan y berkahwin dgn pilihan hatinya memandangkan y sudah tidak sehaluan dgn suaminyalagi. lagi pun dpt membuka mata x terhadap kenyataan hidup. dlm 2 tahun juga sy meneliti x ni. rupa pompuan tp hati dia mcm lelaki. mungkin back history dia sebab kan seseorg tu jadi mcm ni. tidak percayakan lelaki.so kita kena bantu mereka2 yg ada sakit psikologi mcm ni. kecelaruan gender. tidak pasti dgn peranan jantina sendiri. jgn mudah membenci dan melabelkan mrk. sy sgt simpati.

    • ya setuju dgn saudari serai wangi. bagi saya apa yg terjadi pada seseorg itu disbbkan konflik masa silamnya yg mgkn sukar diungkap. saya salah seorg “pengkid pencen”.. mencintai tmn sendiri sehingga 5 tahun lamanya.. tetapi dia berpaling pada lelaki. n skrg berketrampilan seperti ppuan di mata ramai. n berubh ala-ala tomboy bersama kekasih baru saya.
      berckp ttg penyakit psikologi kecelaruan gender ni, saya yg duduk di tmpt pengkid ini pun sendiri keliru. x pasti knp & mengapa perasaan ini hadir n berterusan dlm hdp saya. saya pernah ke pakar psikiatri ttg permasalah ini tetapi sukar utk diubah. kuncinya knp sy jadi mcm ni sampai saat ni masih saya sendiri x jumpa.
      klu di tanya pada sudut hati paling dlm, ya saya nak berubah, pasti terus dlm belenggu dosa ini x menenangkan jiwa. dgn ilmu Allah yg saya ada saya terpaksa abaikan cuma krn gaya hidup saya. cuma krn cinta saya pada si dia yg sgt saya cinta. jujurnya saya jugak menunggu jodoh saya tp sehingga kesaat ini saya masih x bertemu lelaki yg sepadan.

  11. dosa dosa yg telah di lalui atas kesilapan diri sendiri tetap akan di ampuni dgn cara memohoni pada illahi.. tampa mengulang lagi perbuatan tersebut beulang kali..mana ado manusia yg terlepas daripada dosa? walau pun ado yg berfikiran class wali atas diri sendiri, tapi api neraka tetap menanti…

  12. btul..kbykn pgkid yg ade memg ade keinginan utk brubh..tp kmungkinan x tw dr mne hrus di mulakan langkah 2..skongn msyrkat skeliling sgt pnting..tlg lh glngn sprt kami tok brubh..kami bkn sesje nk bketermpilan atw jadi sprt nie..naluri yg lahir dr hati kami nie x sme mcm naluri org lain..bg sy sndiri wjud keinsfn utk brubh tp didikn rhani dlm diri sy x ckup kuat untk kearah itu..ade ke tmpt tok sy sbgai ctg mrujuk pmslhn ini…sy mahu berubah…

  13. sy ade kpel dgn pgkid, ..tp dy sgt stia dgn sy evn ade pmpuan cntk yg t’gla2kn dy..,dy sgt macho n hndsem, totally mcm llki,da 9 thun kt org kapel tp dy x pnh mgmbil ksmptn ats dri sy, n i still virgin untill now..tp hti sy ingin brubh mnjdi normal n ingin b’khwin,tp dy mlrang n tunggu dy mti dlu bru bolh khwn,,help me..mcm mane na bg dy sdar coz stiap kali dy solat dy minx mti awl coz x sggup lihat sy dgn org lain….

  14. aku jugak peng kid.bukan x pernah try nk berubah n kawan dgn lelaki..tapi x boleh laaa..by the way aku nak jugak berubah satu hari nanti…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s