Menjaga kesihatan di sempadan diabetes

“BARU-BARU ini saya membuat pemeriksaan gula darah dan didapati terdapatnya peningkatan paras gula, iaitu di paras sempadan ke arah diabetes. Keadaan ini membimbangkan saya kerana saya mempunyai sejarah keluarga yang menghidap diabetes. Doktor tidak memberi sebarang ubat, namun menasihati saya supaya mengawal pemakanan dan membuat senaman dengan kerap. Apakah keadaan ini boleh dikawal dengan pengambilan suplemen?”

JAWAPAN

Sekiranya anda berisiko tinggi untuk mendapat diabetes, seperti mempunyai sejarah keluarga dan mempunyai masalah berat badan, anda sememangnya perlu lebih berhati-hati. Perubahan diet dan gaya hidup yang boleh diamalkan termasuklah:

l Kurangkan atau elakkan diet yang tinggi dengan gula ringkas seperti roti putih & nasi, pasta dan gula-gula. Sebaliknya, gantikan dengan makanan berfiber tinggi atau makanan lengkap seperti bijirin, beras perang & gandum penuh.

l Kurangkan pengambilan lemak tepu seperti lemak daripada makanan, kulit ayam dan daging merah.

l Jarakkan masa makan dengan mengambil jumlah makanan yang sedikit dengan kekerapan makan yang lebih.

l Tingkatkan pengambilan sayur-sayuran yang kaya dengan fiber.

l Hadkan atau elakkan pengambilan alkohol.

l Berhenti merokok kerana ia boleh menjejaskan pengaliran darah ke bahagian kaki.

l Tingkatkan aktiviti fizikal. Berjalan, berenang atau berlari perlahan-lahan merupakan antara pilihan senaman yang baik.

Suplemen herba tradisional seperti gymnema dan fenugreek juga boleh diamalkan untuk mengekalkan paras gula dalam darah. Gymnema mengandungi asid gimnemik yang membantu menjana semula sel beta yang merembeskan insulin di dalam pankreas dan meningkatkan pengeluaran insulin. Insulin membantu menyingkirkan glukosa berlebihan daripada saluran darah. Fenugreek mengandungi trigonelina, kumarin, serat dan asid amino bukan protein untuk membantu mengurangkan paras gula dalam darah. Dua herba bermanfaat ini boleh digabungkan dengan Holy Basil dan Bitter melon (peria) untuk kesan yang lebih baik.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s