Elak Jangkitan H I V

JANGKITAN HIV memusnahkan daya ketahanan badan semula jadi yang menjadi faktor utama dalam mengekalkan keremajaan sel serta mengurangkan kadar penuaan sel dan organ dalaman.

Perangkaan 2004 menunjukkan lebih 30 juta manusia di seluruh dunia dijangkiti virus HIV penyebab Aids. Setiap hari 8,000 orang mati di seluruh dunia akibat Aids.

Penggunaan kondom walaupun tidak 100 peratus bebas jangkitan dapat mengurangkan pendedahan maksimum kepada virus/kuman.

Kajian saintifik menunjukkan 21 peratus hingga 30 peratus jenama kondom di pasaran membentuk pinholes (kebocoran) sewaktu hubungan intim.

Kebocoran itu sebesar lima mikron hingga 70 mikron sedangkan saiz virus HIV adalah hanya 0.1 mikron.

Oleh itu, penggunaan ramuan semula jadi dan selamat serta pengiktirafan kesesuaian bahan pencuci sulit sangat penting.

Saranan penjagaan kebersihan wanita untuk mengelakkan jangkitan merbahaya adalah seperti berikut:

1. Kulit di bahagian alat sulit sentiasa sihat, tidak basah tanpa rekahan halus dan kulit terhakis. Sekiranya tidak, anda harus mendapat bantuan doktor.

2. Melakukan ujian ‘pap smear’ setiap enam bulan sekali untuk rawatan awal untuk HPV sekiranya positif.

3. Elakkan penggunaan tuala di hotel dan elakkan percikan air tandas di tandas awam yang kotor.

4. Pastikan pasangan anda melakukan ujian darah untuk memastikan pasangan anda bukannya pembawa kuman merbahaya. Jika tidak pasti, gunakan kondom.

5. Amalkan pengambilan minuman dadih kurang gula dan kurang lemak.

Sekiranya ada rekahan kulit halus dan permukaan kulit bahagian alat sulit yang tidak sihat, maka pasangan harus berjumpa doktor dengan segera sebelum jangkitan sekunder berlaku.

One thought on “Elak Jangkitan H I V

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s