Rawatan sinusitis tanpa pembedahan

Oleh Hafizah Iszahanid

BIASANYA masalah sinusitis yang tidak boleh dirawat dengan antibiotik terpaksa ditangani dengan pembedahan. Bagaimanapun, prosedur itu akan membabitkan proses membesarkan laluan sinus yang tersumbat dengan mengikis sekitar tulang dan mengeluarkan tisu yang terjejas.

Kini, teknologi terbaru dalam rawatan sinusitis tidak memerlukan pembedahan sebaliknya hanya menggunakan belon dan kateter seperti rawatan sakit jantung. Prosedur yang dikenali sebagai belon sinusplasti bertindak membuka rongga sinus sama seperti prosedur pakar kardiologi membuka arteri yang tersumbat (belon angioplasti)

Pakar Perunding Telinga, Hidung dan Tekak, Pusat Perubatan Darul Ehsan, Dr Abdul Razak Rahman Hamzah, berkata rawatan belon sinusplasti tidak membabitkan pembedahan, sebaliknya pesakit yang menjalani rawatan akan dibenarkan pulang dalam masa yang singkat.

“Berbanding pembedahan, belon sinusplasti tidak membabitkan pendarahan dan prosedurnya hanya mengambil masa paling lama sejam setengah,” katanya.

Dr Abd Razak berkata, dalam prosedur belon sinusplasti, pesakit akan dibius sebelum belon dimasukkan ke dalam rongga sinus hingga ke kawasan yang terjejas.

Secara lebih terperinci, ia akan membabitkan penerokaan secara keseluruhan pada bahagian rongga hidung menggunakan belon kateter yang direka khusus untuk keseluruhan sistem rongga hidung yang kompleks.

Belon itu akan menstruktur semula tulang atau membuka dinding laluan yang tersekat membenarkan fungsi sinus normal.

“Belon akan bertindak menstrukturkan semula tulang yang menjejaskan rongga sinus dengan memberi tekanan yang sesuai pada tulang-tulang berkenaan. Binaan tulang-tulang pada sinus yang lembut memudahkan ia distrukturkan semula dengan tidak mendatangkan rasa sakit,” katanya.

Katanya, secara umum prosedur ini hanya mengambil masa 30 minit jika membabitkan satu sinus, tetapi prosedur belon sinusplasti umumnya membabitkan empat atau lima sinus yang tersekat.

Belon sinusplasti mula dikenali apabila penggunaannya dalam rawatan sinusitis diluluskan oleh Pentadbiran Dadah Amerika (FDA) pada 2005. Berbanding dengan instrumen standard yang digunakan dalam pembedahan sinus, belon sinusplasti tidak memerlukan pemotongan atau pembuangan tisu yang terjejas.

Justeru, tempoh pemulihan walaupun banyak bergantung kepada keadaan pesakit itu sendiri tetapi secara umum pesakit boleh pulang ke rumah dalam tempoh 24 jam selepas prosedur.

Malah, ia disifatkan oleh ramai pengamal perubatan sebagai prosedur dengan risiko yang sangat minimum. Prosedur ini popular di Amerika dan kini merekodkan pesakit sinusitis seramai 37 juta orang.

Dr Abd Razak berkata, setiap masalah sinusitis tidak sama dan apabila belon sinusplasti hendak dilakukan, perbincangan serta pemeriksaan teliti diperlukan.

Katanya, prosedur ini hanya dilakukan kepada mereka yang berusia 17 tahun ke atas.

Mengenali sinusitis

Kerap kali sinusitis disamakan dengan resdung. Bagaimanapun, dari sudut perubatan, ia adalah dua perkara yang berbeza. Malah, kedua-duanya juga tidak berkongsi simptom yang sama. Secara umum, sinusitis adalah jangkitan pada sinus.

Mengenali simptom sinusitis adalah mudah, iaitu pesakit akan mengalami selesema berterusan hingga 10 hari dan hingus yang jernih bertukar menjadi hijau atau kuning.

Sinus dalam istilah anotomi merujuk pada rongga dalam tengkorak, bersambung ke hidung pada bahagian tulang muka di mana laluan udara dan mukus keluar. Sebenarnya, fungsi sinus tidak diketahui tetapi pakar anatomi percaya ia dijadikan untuk meringankan tengkorak dan membantu suara berdengung dengan baik.

Setiap orang memiliki empat pasang sinus iaitu ethmoid (sinus antara mata), sphenoid (sinus bahagian hidung), frontal (sinus pada bahagian dahi) dan maxillary (sinus di bawah pipi).

Apabila sinusitis terjadi, hingus menjadi kotor, berdarah dan berubah warna menjadi hijau atau kuning manakala hidung sentiasa sakit, batuk berpanjangan dan banyak berkahak.

Ada banyak faktor terjadinya sinusitis, ia mungkin kerana alahan, habuk, pemakanan selain ketumbuhan dalam hidung dan tulang hidung yang membengkak. Malah, lahir dalam keluarga yang menderitai asma atau masalah alahan juga berisiko menghidap sinusitis.

Selalunya, sinusitis yang kronik dikaitkan dengan halangan dalam sinus. Ia mungkin berpunca daripada sinus yang bengkak atau membran di laluan sinus yang radang. Selalunya sinus boleh menghasilkan suku gelen mukus sehari.

Justeru, apabila sinus tersekat, ia tidak boleh kering dengan sempurna dan cecair yang terkumpul mengalami jangkitan. Dalam keadaan ini prosedur belon sinusplasti akan menstrukturkan semula garisan tulang di laluan sinus dengan membukanya semula membolehkan cecair itu kering dan berfungsi secara normal.

Info: Prosedur belon sinusplasti

Dengan sistem belon sinusplasti, tiub panduan dan wayar panduan yang fleksibel akan dimasukkan ke rongga hidung. Ia diikuti dengan memasukkan belon di hujung wayar panduan.

Tiub belon sinus diletkkan di kawasan sinus yang tersekat

Penstrukturan semula sinus dengan mengembangkan tulang di kawasan sinus membolehkan laluan dibuka dan berfungsi secara normal.

3 thoughts on “Rawatan sinusitis tanpa pembedahan

  1. Ada sesiapa yg blh tlg sy sb sinus ni sy ilang kerja…bile jumpa ent doktor bg antibiotic n nasal spray itu aje..bile kita citer kt doktor tu idung sy ni selalu tersumbat n sy pyh bernafas tp doktor tu ckp idung sy ok je…kalo ok nape lendir tu x blh keluar ikut lubang idung tp drip laju ke tekak! Sy nk sihat spt dulu sbb sy ni org susah n suami bknnya gj besar sbtulah sy perlu sihat untuk bekerja bg menyara anak2 n bantu suami….tlglh doktor! Sy pernah pegi sjmc tp kos bedah 20 ribu.. n doktor sana memang bgtau sy sinus Kekadang blh buat sesak nafas tp doktor d hosp kerajaan bila sy bgtau sy sesak nafas doktor tu tanya sy blk awk ada penyakit lain ke? Tu yg sy x phm doktor ckp sume x sama…apa perlu sy buat doktor…sy nk kehidupan sy semula…

  2. Penyakit ini boleh dirawat dan sembuh dengan kaedah rawatan ayurveda. Ubat yang kami bekalkan kepada pesakit adalah 100% herba yang bebas dari steroid, bahan kimia dan dadah. Hubungi Dr Luqman di 014 6332307 untuk maklumat lanjut.

    http://www.facebook.com/pages/Luqman-Ayurvedic-Herbs-Centre/377645228950903

    Apa bezanya LUQMAN HERBS CENTRE & Pusat Rawatan Ayurveda Yang Lain Yang Terdapat Di Malaysia

    Pusat rawatan ayurveda lain yang terdapat di negara ini mengimport ubat-ubat ayurveda terus dari India untuk diberikan kepada pesakit mereka. Ubat-ubat ayurveda dari India amat sesuai untuk penduduk India kerana faktor geografi, gaya hidup, makanan, budaya dan sebagainya. Namun harus diINGAT ada ubat yang diberikan oleh pusat rawatan ayurveda lain ini TIDAK SEMESTINYA HALAL untuk dimakan atau digunakan oleh penduduk Malaysia yang beragama ISLAM kerana ada di antara ubat ini dibuat dari haiwan yang haram dimakan atau tidak disembelih mengikut cara Islam.

    Ubat herba yang dihasilkan oleh Dr Luqman telah diformulasikan sendiri oleh Dr Luqman berpandukan formula asal keturunan yang berasal dari India mengikut kesesuaian penduduk negara kita yang berbeza dari segi faktor agama, geografi, gaya hidup, makanan, budaya dan sebagainya dan yang pasti ianya HALAL dimakan oleh semua orang tanpa mengira agama.

    Jadi di sini beza yang nyata pusat rawatan kami dengan pusat rawatan Ayurveda lain ialah ubat-ubat yang diberikan oleh kami kepada pesakit diformulasikan dan dibuat sendiri untuk diberikan kepada pesakit.

    Seperkara lagi, pesakit diperiksa dan dirawat oleh Dr Luqman sendiri yang mana beliau adalah anak kelahiran Pulau Pinang yang lebih memahami gaya hidup penduduk negara ini sedangkan pusat Ayurveda lain diperiksa dan dirawat oleh doktor yang dibawa dari India.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s