Tips Pilihan Pakaian Untuk Bercuti

Musim cuti sekolah akan kembali tidak lama lagi. Adakah anda merancang untuk pergi bercuti bersama keluarga? Tentu seronok dapat beristirehat bersama keluarga tidak kiralah, sama ada dekat atau pun jauh yang penting, kepuasannya dapat dinikmati.

Tetapi, kerap kali hendak bercuti paling memeningkan kepala ialah menyediakan pakaian yang hendak dibawa. Kadang kala anda sendiri tidak pasti banyak mana atau pakaian yang mana satu hendak dibawa, sehingga ada yang terpaksa mengheret beg besar dan sarat dengan pelbagai keperluan.

Pada masa yang sama, anda tentu hendak memastikan penampilan anda sentiasa sempurna. Ini sudah tentu satu kemestian kerana walaupun sekadar pergi bercuti dan ingin bersuka ria serta merehatkan fikiran, gaya dan penampilan perlu dijaga. Sekurang-kurangnya, penampilan anda tidak menimbulkan perasaan curiga atau memberikan tanggapan tidak baik kepada orang lain.

Khas untuk anda yang merancang pergi bercuti atau bersantai bersama keluarga, ruangan kali ini memaparkan pilihan untuk ibu, ayah dan anak kecil bergaya. Koleksi pakaian diketengahkan lebih sesuai untuk digayakan ke pantai atau acara libur yang santai.

Lazimnya, untuk gaya ke pantai anda dan anak lebih selesa memakai pakaian yang ringkas dan longgar. Antara yang sering menjadi pilihan ialah baju T atau kemeja yang tampak santai, seluar pendek atau bermuda dan sandal untuk memijak pasir.

Yang pasti, sesuai dengan destinasi atau aktiviti yang dirancang, pakaian mestilah memberikan keselesaan walau ke mana kaki melangkah sama ada dari jenis fabrik, gaya potongan dan aksesori pelengkap yang menambahkan gaya penampilan. Selamat bercuti!

Panduan memilih pakaian

1. Pastikan destinasi misalnya, sama ada hendak ke pantai, ke hutan, kota atau sebagainya bagi memudahkan anda membuat persiapan dan memastikan keperluan dan pakaian dibawa sesuai dengan tempat yang hendak dituju.

2. Jangan membazirkan wang untuk membeli baju baru sebagai persediaan sebelum pergi bercuti kerana anda mungkin ‘jatuh cinta’ dan membeli belah banyak pakaian baru ketika pergi bercuti.

3. Jika anda membawa anak bercuti bersama, seelok-eloknya pakaian anda dan anak diasingkan dalam beg yang berbeza.

4. Pakaian yang mudah di suai padan dan ringan serta cepat kering boleh mengurangkan beban berat beg atau tidak memerlukan anda mengheret beg besar. Tetapi jika hendak bercuti ke negara musim sejuk jangan sekali-kali mengabaikan baju sejuk kerana sungguhpun tebal dan berat, ia tetap keperluan utama.

5. Antara aksesori penting untuk wanita dan lelaki ketika bercuti dan perlu dibawa ialah topi, cermin mata hitam dan sandal.

6. Warna cerah dan corak ceria antara rona pakaian yang sesuai untuk bercuti kerana ia membangkitkan mood dan meluahkan perasaan gembira yang memang anda ingin kecapi ketika itu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s