Seksaan kerana abai solat

“ORANG-orang kafir itu disempitkan kuburnya sampai remuk tulang-belulangnya. Demikian itulah kehidupan yang sempit, penuh dengan kecelakaan dan kesengsaraan.” (Hadis riwayat At-Tarmizi dan Ibnu Hibban)

Begitulah seksaan kubur bagi golongan kafir dan ingkar terhadap Allah.

Banyak lagi seksaan yang diterima oleh si mati di alam barzakh, termasuk dibakar dengan api yang marak menyala serta disengat ular serta binatang buas.

Firman Allah di dalam surah Taha ayat 124 bermaksud: “Maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit dan Kami akan menghimpunkan mereka pada hari kiamat dalam keadaan buta.”

Sebuah kitab ada menceritakan azab seksaan kubur mengenai seorang soleh yang mengebumikan mayat abangnya.

Ketika menimbuskan mayat itu, entah bagaimana dompetnya terjatuh dan tertimbus.

Selepas pulang ke rumah, baru dia sedar mengenai kehilangan dompetnya.

Lalu dia kembali ke kubur dan menggalinya semula.

Selepas digali, dia terperanjat melihat api menyala di dalam kubur abangnya, lantas ditimbus semula kubur itu dan pulang ke rumah.

Dia menceritakan kejadian itu kepada ibunya, kemudian bertanya:

“Wahai ibu, apakah yang dibuat oleh abangku hingga kuburnya ada api?“

Kata ibunya: “Mengapa kamu bertanya begitu?“

Sebaik selesai dia menceritakan kejadian yang berlaku di kubur abangnya, ibunya menangis sambil berkata: “Abangmu selalu meringan-ringankan solat dan melambat-lambatkan waktunya.”

Kalau orang yang melambatkan solat akan mengalami hal seperti itu, bayangkan bagaimana orang yang tidak bersolat sama sekali!

Seksa kubur bukan saja berlaku kerana dosa besar, malah dosa kecil sekalipun turut dihukum.

Semoga Allah menjauhkan kita daripada seksaan kubur dan menempatkan roh kita bersama golongan orang yang soleh apabila ajal menjemput kita nanti.

2 thoughts on “Seksaan kerana abai solat

  1. aku Sudah pernah membaca cerita ini, sejak itu aku sadar akan bahayanya orang yang meninggalkan shalat.
    hai para sahabatku dmanapun kalian berada, janganlah engkau menunda-nunda waktu untuk melakukan shalat. karena shalat itu lebih berharga daripada hal yang lainnya, jika kamu mengetahui!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s