Jiran baik umpama harta tak ternilai

Oleh Zahari Hasib

MANUSIA tidak boleh berdiri tanpa pertolongan serta simpati orang lain terutama jiran, pihak yang paling hampir dengan kita untuk menikmati kesenangan dan membantu serta memberi sokongan tatkala menghadapi kesusahan.

Kata pujangga, ada empat faktor untuk kita menikmati kehidupan selesa, iaitu rumah yang lapang, isteri yang setia, kereta yang tidak rosak dan jiran yang baik.

Apabila kita mendapat jiran baik serta berbudi, bererti kita berjaya mendapat sesuatu yang mahal serta tidak ternilai harganya. Tetapi jika kita mendapat jiran tetangga yang kurang berbudi, kita akan menghadapi keadaan yang tidak selesa dan merumitkan.

Hakikatnya, sakit pening, susah senang, jiran adalah orang paling utama untuk kita mengadu. Apatah lagi dalam hal kecemasan, jiran orang pertama yang diharapkan untuk menghulur bantuan atau yang diharapkan bagi mendapatkan pertolongan.

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: “Bahawa dua orang pertama yang akan diadili pada hari kiamat nanti ialah dua saudara yang berjiran tetangga.”

Andai kata jiran kita ditimpa bencana maka kitalah yang perlu memberikan pertolongan, nasihat serta simpati. Begitu juga apabila mereka mendapat khabar gembira, wajarlah kita yang dulu mengucapkan tahniah dan syukur.

Perlu diingat, hidup ibarat roda pedati yang sentiasa bergilir untuk turun dan naik. Hari ini kita hulurkan simpati kepada penderitaan orang lain, sudah tentu hari esok orang lain sanggup menderita serta menangis bersama kepayahan kita.

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak ada syafaat bagi seseorang Muslim apabila pada ketika dia sihat dan kenyang tetapi di sebalik dinding ada jirannya yang susah dan lapar.”

Sabda Baginda SAW lagi yang bermaksud: “Akan beroleh syafaat yang besar bagi seseorang Muslim iaitu apabila bau masakannya tercium oleh jiran sebelah lalu dia bergegas pergi memberinya semangkuk.”

Justeru, rasa persaudaraan yang terpancar daripada keikhlasan kehidupan berjiran sangat dituntut oleh Islam seperti mana sabda junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya semua umat Islam itu adalah bersaudara.”

Perasaan cemburu, dengki, iri hati serta khianat sesama jiran amat dibenci oleh Islam. Diriwayatkan oleh Tabrani, Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: “Sebaik-baik mereka yang beriman ialah apabila orang lain selamat daripada tindakan lidah dan tangannya.”

Nabi Muhammad SAW pernah menyatakan kepada seorang sahabat: “Bahawa seorang wanita yang berpuasa siang dan bersolat malam, tetapi dia suka menyakiti hati jirannya, maka perempuan itu adalah penghuni neraka.”

Demikianlah kuat dan besarnya pertalian jiran tetangga yang menjadi perkara penting diingatkan kepada umat Islam. Malah, apabila berhasrat membeli rumah, kita juga dinasihatkan untuk memilih perumahan yang memiliki kejiranan yang baik.

Dalam hadis diriwayatkan Jabar dan Anas, Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: “Jibril selalu mengingatkan aku mengenai jiran tetangga, seolah-olah aku menduga Jibril akan menyuruh supaya diturunkan pusaka kepada jiran tetangga.”

Ada empat perkara hak Muslim terhadap Muslim lain: Apabila bertemu ucapkan salam, apabila diundang penuhilah undangannya, apabila sakit ziarahilah dia dan apabila dia meninggal maka iringlah jenazahnya sampai ke kubur.

Seseorang Muslim apabila datang menziarahi orang sakit pada waktu pagi, 70,000 malaikat akan mendoakannya sampai ke petang, dan apabila menziarahinya pada waktu senja 70,000 malaikat akan mendoakannya hingga ke subuh.

Tiga malam sebelum Nabi Muhammad SAW wafat, Baginda menasihatkan sahabat dengan sabdanya yang bermaksud: “Janganlah mati seseorang kamu kecuali dalam keadaan berbaik sangka terhadap Allah dan jiran tetangga.”

Dalam suasana kehidupan maju sekarang, semangat persaudaraan dan kejiranan semakin jauh tidak seperti masyarakat dulu atau kasih sayang serta pengorbanan persaudaraan yang ditunjukkan kaum Muhajirin dan Ansar.

Tidak dinafikan, nilai persaudaraan dan semangat kejiranan masyarakat dulu begitu kukuh hinggakan walau sudah berpindah jauh, masih ada yang sanggup kembali bertemu jiran apabila tiba hari raya atau ingin mengadakan kenduri-kendara.

Malangnya, kemajuan mengorbankan ikatan saling hormat menghormati dan hidup berjiran terutama di kalangan penduduknya yang bekerja.

Renungkan firman Allah yang bermaksud: “Sebenarnya aku amat pemurah dan penyayang, maka kepada mereka yang menghubungkan silaturahim akan Ku tambahkan rahmat-Ku ke atasnya, tetapi apabila mereka memutuskan hubungan persaudaraan nescaya akan Ku pendekkan rezeki terhadapnya.”

15 thoughts on “Jiran baik umpama harta tak ternilai

  1. Sememangnya hubungan baik dengan jiran tetangga amat dituntut dalam kehidupan bermasyarakat. Tetapi, bagi mereka yang tinggal di bandar besar, masing-masing begitu sibuk dengan urusan seharian, pergi-balik kerja dan bersama keluarga. Realitinya, nak bersua muka sekali seminggu dengan jiran sebelah rumah pun payah, inikan pulak nak bertegur-sapa. Masa yang betul-betul boleh jumpa, bila jiran mengadakan open-house raya, majlis kenduri, doa selamat, etc. Apa pun, sama-samalah kita menjaga baik yang berterusan, jangan sesekali menyakiti/mengguris perasaan jiran.

  2. Tapi bagaimana pula dgn jiran yg tak mahu ambil tahu hal org sebab kononnya dia tak mahu org lain juga ambil tahu hal dia. Betul ke cara yg dia orang amalkan ni… atau pun sebenarnya dia org ni sombong….perasan dia tu lebih hebat dari org lain..

  3. jiran aku lagi hebat..bertegur sapa sekali sekala tapi keta dia ikut suka ati je parking kat depan pagar rumah aku waktu malam. Kadang park kat tepi pagar yang aku dah simen untuk letak keta laki aku..kalau nk kuar rumah tpaksa tunggu dia alihkan ketanya…kalau org yg reti bahasa, tentu dia tak park kat depan pagar kita lg bila dah tgk kita susah nk kuar…dn tk kan park kat tempat letak keta laki aku…susahhhh….ikut suke dia jeee

  4. Jiran depan rumah aku siap panggil bomba datang…untuk tangkap ular,tak jumpa pun ularnya.Kan elok panggil jiran yang berdekatan,boleh bagi idea..tabur aja belerang,ularnya kecil aja.Itulah akibat tak bertegur sapa.

  5. ni satu mitos aku dgr pasai jiran2 org melayu, kate ka la mak aku baru beli kate mewah, pastu jiran aku nmpk, pastu jiran aku plak nak beli keter lagi mewah?

    btul ke? jiran 2 org melayu xleh jiran diorg ader brang material yg lebih hebat,besar and baek dr diorng sndri?saye jirang saye smue cina so rase mcm base jer.

  6. setakat ni aku yang byk mengalah dan berbaik sangka pada jiran2 yg cukup pakej dan syarat ke neraka… tp yg aku nak citer ni kesabaran kita Allah uji dengan jiran sblh yg jahat ni ada tahapnya..sampai masa dia dapat balasan. tak lama…pendek citer, aku dr aku mengadung dan sampai melahirkan anak aku kena kemurungan sbb jiran ni suka buat bising..bila tegur dia tak terima..aku lahirkn baby ketiga ni br sampai rumah esoknya dia pecah tembok rumah (buat renovation) punyalah bising. lama aku berdoa siang malam sampai hari ni…Allah makbulkan juga..umur dia 40thn dia mengandung dan dia di azab bukaan cm dah masuk 8 tapi tak boleh beranak selama dua hari…last2 kena operation. aku tetap maafkan kesalahan dia. aku hantarkan juga makanan walau dia sombong. tak kisahlah nak makan ke tidak tapi sejak ni,nampak jugak dia dah nak berubah. sapa ada jiran jahat doalah: Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dari tetangga yg jahat di tmpt tinggal tetapku,krn tetannga org2 desa itu berpindah2. sahih

  7. quintas, dalam citer drama mcm tu le, tp kak ida tk pula pernah terpikir cmtu..tmpt tinggal kak ida ni taman perumahan yg kebanyakan nye org cina… ade la beberapa jiran melayu….tp bukan nak kata ape la kan, heran jugak orang melayu ni (ISLAM) byk yg mcm tk tahu nkmenghormati hak jiran. Bising dan berkaraoke sesuka ati je tk kira maghrib ke malam ke… dah tu suka jerit2 nyanyi, mcm le tgh audition nk masuk AF! Kita yg tk sakit bleh le terima tp bygkan jiran yg ade sakit jantung, tk ke sengsara!

  8. askom,ni sy nak cite skt la psl jrn sy ni.dia sewa disblh umah sy.masa dia pindah dia m’gandung ank ke-2.sy ni jenis perihatin,bila masak suka g dia lauk.mula2 dia baik didepan sy,lama2 dia dpt kawan (jrn sy gak 2) dia mula tunjuk perangai dia.dia suka lepak,gata sy mcm2, kata org tulah org ni lah.sy ni b’kerja.dia surirumah jd dia byk masa dirumah.smp org yg m’gasuh ank sy pun x nak jaga ank sy kerna mulut dia.sy b’dpan ngan p’gasuh ank sy tu n sy trgkan yg sy x ckp cam tu.”sy ckp lain dia g smp kan kak tu lain.dia tya sy sll g beras kat umah kak tu ke.sy ckp jujur, kannya tiap bln sy g.klu ada duit lebih sy kasi la.tp dia ckp ngan kak tu sy splier tiap2 bln”.mana sy x bengang.masa bl sy nak berbual ngan dia sdgkan blk keja sy terus g masak n wat keja umah.klu ada pun secara kbetulan saje klu sy g jemur baju.tp x lm kerna suami sy akan bising klu sy gebang lm sgt.sy igtkan kak tu “suatu ari nanti kak pun akan t’kena cam ne dia dok mgata sy”.mmg benar apa yg sy ramalkan dah jd keyataan.siang mlm sy bdoa n allah makbulkan doa sy.kak tu n jrn yg lain pun x bckp ngan dia g dah.tlampau jaul mulut, org pun tau.sapa yg x marah klu kami mmg x buat pe yg dia katakan tu.jaja cite org yg x betul.masa sy mgandung ank ke-3,sy x cite kat sapa kecuali kak yg jg ank sy tu.sy x tahu cam ne dia leh tahu.kak tu pun x bckp ngan dia.sy pun hairan cam ne dia tau.sy ngan kak tu cam adik-beradik dah.itu pun jrn sy wat cite sy mdung kat org lain.cam ank dlm perut sy ni x de papa.masa sy mgandung ari2 dia wat bising.smp sy mlahirkan ank pun masih x berubah.tiap ari pkl 7.30 pg karaoke,psg lagu kuat2,hempas pintu umah,hempas bonet enjin keta kuat2,btukang smp ank sy x leh nak tido.x kira org nak solat ke janji dia seronok.sy tension sgt masa 2.slm 2 bln sy derita.sy minta pd allah jgnlah dekat org yg sering kianat dgn diri sy n jauhkan lah ia.bl sy plg keja masa 2 lah dia nak bertukang.nampak muka sy dia hempas pintu umah.skrg dia dah pindah n sy pernah tserempak ngan dia.dia skrg ni sdg mgandung.smg allah ampunkan dosa ia yg lalu……….amin

  9. assalamualaikum…. kak aida jiran ngan org cina… panggil dia nyonya aje…diapun panggil kak aida nyonya.. entam aje lah… tp dia dok selang sebuah, sbb sebelah kak aida rumah kosong. tuannya tinggal kat shah alam. selalu kak aida leh yg bersihkan rumah sebelah tu, potong rumput (smbil exercise) kak aida x pernah bubuh racun sebb takut kucing termakan rumput tu… maklum le kdg2 kucing ni pandai cari ubat2 sendiri. byk org kata rumah tu kak aida punya, sebab kak aida tumpang ampai baju kat situ…. Jiran sebelah kiri kak aida lak, melayu, ok sgt… suka bagi kak aida makanan.. dia pandai masak dan anak2 dia rajin.. mntak lah tolong apa aje dia bantu… dan keluarga dia orang ni, tabligh… janggut smpai kat dada… dan tudung nya kdg2 tu tutup mulut…. Tp x syoknya kak aida ni, kalau cuci kete, terpaksalah tertonggeng2, so mintak maaf le ….. (suami x pernah basuh kete pun….)

    Masa anak pempuan sulung dia kawin, rumah kosong sebelah rumah kak aida jadi tempat simpan brg2 dan tumpang tidor saudara mara dia. Letrik dan air tarik dari rumah kak aida. Kak aida ambil cuti 4 hari sebab rasa x sedap pulak bila jiran tgh sibuk …. dia orng punya persiapan hebat. tmpat letak kete kak aida jadi tempat buat tapai…. 15 gantang tapai … mak oiii… lepas tu dia selimutkan tapai tu dngan kain putih nak bagi ‘demam’…agak2 boleh baca yasin gak.. kak aida ngusik jiran tu….. hari langsung rumah kak aida jadi tmpat hidang lauk pengantin. kucing kak aida kena kurung 1 hari…..nanti dia bedal lauk pengantin pulak …..so u kene quarantin ok….

    Aku suka berkebun walaupun tanah sekangkang kera, maklum dok taman, besar mana lah tanah yg tinggal… nyonya tanam tebu, aku tolong galikan tanah, kepungkan dengan batu batu ….. kdg2 aku petik daun inai diapun sama beirnai.. tahun baru cina aku bagi dia hamper dan hari raya pulak aku bagi dia ketupat, sambal dan rndang.. Pernah kucing aku berakkan tanah tempat dia tanam tebu,, bising gak dia,,, akhirnya aku hantar kucing aku kat SPCA. Ada ketika dia mintak tolong tengokkan surat pajak gadai dia bulan berapa tmat tempoh… dia takut nak mintak tolong anak dia… dia kata ini rahsia tau nyonya…..

    Aku aktif berpersatuan kat taman ni, AJK Perstuan Penduduk, AJK Pertubuhan Wanita Islam, Pen. setiausha Rukun Tetangga dan byk lagi. Kdg2 gi berzanji, marhaban dari rumah kerumah. bila hari raya lagi meriah, dpt jemputan dan dpt tambah duit tabung persatuan kami.. pas tu boleh gi buat rombongan… klau org kwin pulak, kene jadi pelayan…. pakai uniform .. ni yg aku x berapa suka sgt. aku lebih suka basuh pinggan mangkok dri keje ni… tp x boleh x ngelak sebab aku AJK Ekonomi.. JGN ENGKAR PERINTAH. Begitulah kehdupan aku dan jiran2… x pernah ada gaduh…. yg gaduh aku ngan suami aje…. never ending story…..

  10. Kebayan….. kita hidup berjiran kene lah mcm tu… hari ni hari dia, esok hari kita pulak…. walau sibuk mcmana pun pergilah jengok…. apa2 yg boleh dibantu.. kalau kita x de duit nak hulur, kita bantu dengan kudrat kita…. JIRAN SEPAKAT MEMBAWA BERKAT…. kalau bukan dari Allah SWT yg beri keberkatan tu siapa lagi….

  11. aku duduk apartment, so ader la 3 jiran yg terdekat ngan umah aku…kami baik jer, kalu antara kami yang balik kg suruh la jiran yg mana2 yg tak balik jengok2 kalu ader aper2 kemusykilan…lagi pun aku kalu masak lebih, sure aku kasi pada jiran2 aku tu… tak semestinyer amalan ni dibuat pada bulan puasa, bulan tak puasa pun boleh gak tau…aku kira dalam semiggu sekali sure kasi lauk pauk nyer… aku kan jiran yg budiman lg penyayang

  12. akak ni dok kat kejiranan cina…. sebelah rumah cina. mula pindah dulu ok je pas tu baru tau camana perangai dia. dia ni suka terjerit-jerit . masa belum buat tembok dulu asal dia nampak akak kuar je terus dia menghempas kayu ke batu kat umah dia asal akak kuar je gitu terus akak pasang tembok. kurang sikit masalah. tapi timbul lak masalah len…. dia mula mengetuk mengacau bila anak anak dalam toilet. dah 4 taun akak alami keadaan ni dah 2 report polis akak buat tapi dia mengadu kat polis akak rosakan pokok dia dan cakap akak ketuk kacau dia….da terbalik da……pandai betul dia putarbelit cite.polis pun pening tak leh buat pepe….macam macam dia campak kat umah akak ,tapi akak diamkan je…tak tau nak ngadu kat sape lg dah…. sapa sapa yang ahli bijaksana leh tolong tak masalah akak,,,,,,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s