Apabila cinta kian pudar

HAMPIR semua orang pernah merasai penangan cinta. Kuasa cinta menyebabkan seseorang sanggup melakukan apa sahaja. Berjumpa setiap hari, bercakap berjam-jam di telefon, jaga sehingga lewat malam, meminjamkan wang dan sebagainya.
Pendek kata sewaktu dilamun cinta, semuanya terlalu indah dan membahagiakan. Tetapi kenapa kenapa kehangatan cinta tidak kekal lama? Keterujaan cinta bagi sesetengah orang hanya berlangsung sementara. Ada yang mungkin mencecah setahun tetapi banyak yang tidak sampai angka 12 bulan pun.

Selepas itu, kehangatan dan keterujaan cinta semakin pudar. Jika cinta masih kekal pun, ia tidak sehangat dulu. Tetapi lebih menyedihkan lagi, ikatan cinta berakhir dengan perpisahan.

Selain tiada persefahaman, ramai juga yang menyatakan mereka mudah bosan selepas tempoh masa tertentu perhubungan.

Benarkan keghairahan hubungan cinta tidak dapat dikekalkan? Atau adakah sememangnya menjadi lumrah kehangatan cinta hanya berlangsung dalam tempoh tertentu?

Apatah lagi selepas menjengah ke alam rumah tangga, kehangatan cinta akan semakin pudar.

Hakikatnya, bagi kebanyakan pakar psikologi, keterujaan dan kehangatan hubungan percintaan bergantung kepada pasangan terbabit.

Keghairahan semasa menempuh alam percintaan terjadi kerana ketika itulah, masing-masing mengungkap kata cinta, merungkai isi hati masing-masing dan saling menghargai.

Bagaimanapun, apabila hubungan percintaan sudah diisytihar, ramai yang mengabaikan kata-kata cinta, apatah lagi mengambil tahu isi hati pasangan masing-masing.

Tatkala itu, kehambaran cinta akan menerpa dan banyak yang tidak dapat menyelamatkan hubungan itu.

Berikut adalah antara beberapa tip ringkas untuk mengekalkan kehangatan dan keterujaan hubungan percintaan.

Situasi spontan

Jangan sesekali merendah-rendahkan nilai spontan dalam sebuah perhubungan. Biasanya kebosanan timbul dalam sesuatu perhubungan kerana rutin harian yang dilakukan hampir sama dan sudah boleh dijangkakan.

Jangan takut untuk mencadangkan aktiviti-aktiviti baru yang boleh dilakukan bersama. Atau lakukan kejutan-kejutan tertentu seperti lelaki boleh cuba memasak satu resipi baru untuk makan malam. Elakkan terlalu merancang situasi spontan.

Teroka lokasi baru

Pernah anda makan malam di sebuah kedai yang hampir sama saban hari dengan kekasih anda? Ada pula yang hanya membeli-belah di pasar raya yang serupa. Tidak kurang pula asyik bercuti di tepi pantai.

Pelbagaikan dan terokailah lokasi baru bersama untuk menambahkan keterujaan dalam hubungan. Terdapat ribuan kedai makan, ratusan pusat beli-belah dan pelbagai destinasi percutian di dalam dan luar negara. Mengapa perlu begitu sterotaip?

Hadir kelas atau kursus bersama

Apa kata hadir satu-satu kelas baru secara bersama.

Jika selesa dengan kelas masakan anda boleh mencuba kelas itu. Atau jika tidak terdapat banyak kelas lain termasuklah tarian, gim, pilates, hasil seni dan banyak lagi.

Aktiviti baru yang dilakukan bersama menyebabkan anda mewujudkan satu hubungan saling bergantung dan interaksi yang lebih kerap.

Tidur di hotel atau resort

Atmosfera yang baru akan menambahkan lagi romantis dalam hubungan. Jangan terlalu terikat – suami isteri perlu tidur dalam bilik di rumah.

Sesekali cuba atmosfera di hotel, resort atau berkhemah di tepi pantai. Ia akan membuatkan anda tidak terlalu bosan.

Beri hadiah tanpa sebab

Ini adalah antara cara untuk mengembalikan hubungan kembali ke landasan yang betul. Pada awal hubungan anda kerap menghadiahkan si dia hadiah, tetapi selepas beberapa lama ia tidak lagi berlaku. Hadiah yang kecil sudah cukup kerana ia menjadi satu tanda atau isyarat si dia sentiasa bertakhta di hati anda. Tidak perlu menunggu hari jadi, hari kekasih atau hari ulang tahun untuk melakukan perkara itu. Bosan bukan?

Berpegang tangan

Ramai yang mengambil sikap sambil lewa pada pergerakan semudah berpegangan tangan. Ramai pasangan hanya berpegangan tangan semasa awal hangat bercinta sahaja tetapi tidak selepas itu. Kenapa begitu? Malu?

Kenapa perlu malu apatah lagi sekiranya hubungan anda itu sudah menginjak ke alam perkahwinan? Memegang tangan, mengusap jari-jemari dan mencium tangan pasangan anda walaupun nampak mudah, tetapi ia satu tindakan yang menyenangkan dan menunjukkan anda ikhlas berkongsi hidup dengannya.

5 thoughts on “Apabila cinta kian pudar

  1. Begitulah lumrah dunia. Tuhan jadikan manusia ini cepat merasa jemu dengan apa yang ada. Lihatlah kejadian ‘pudar’ ini sebagai satu hikmah. Ada kebaikan dan ada keburukan.
    Kebaikannya, jika terasa pudar maka carilah jalan untuk menyemarakkan kembali dengan kreatif. Keburukannya, bila pudar, aka dibiarkan saja pudar tidak berusaha untuk mengembalikan cahaya. Amat malang bjika begitu.

    Walaupun demikian, kalau dicuba dan berusaha juga, tapi tak berhasil, itu adalah takdir.

  2. hidup bersama bertahun tahun ,memanglah mendatangkan kebosanan.Hari hari pandang muka yang sama.Tapi janganlah dibiarkan hingga kebosanan itu sudah tiada ruang,penuhilah ruang itu dengan sentuhan kemesraan dan kaseh sayang.Jangan dibiarkan cinta yang dibina itu beralih arah kelak ada yang merana.Yang baru akan jadi yang lama,yang muda akan jadi tua,hayatilah kenyataannya.Apa juga yang datang hadapilah bersama.

  3. Benar kata kak tom, jangan cepat putus asa. Kadang-kadang kita perlu perbaiki diri, tambahan bila mempunyai suami yang hamsome. Ramai yang ingin memiliki beliau.

    Kepada mereka yang ingin mengharumkan rumahtangga dan ingin memperlihat diri agar menarik dimata suami. Cubalah berjumpa dengan pakar kecantikan yang mengamalkan cara-cara yang dituntut oleh agama islam.

    Bangkitkan aura seri kita, ini ada seseorang yang boleh menolong anda. Berjumpalah dengan beliau sekiranya ada masalah dalam rumahtangga, terutamakan yang telah mula menghadapi kemelut orang ketiga.

    Jumpalah Ustazah Azizah dengan menghubungi beliau di 0193764509 – NUR A SYIFA.

    Selamat menghubunginya.

  4. Begitu lah kehidupan dunia,mudah jemu dgn apa yang ada,sebaliknye tak pernah bersyukur..tak salah untuk mencuba sesuatu yang baru tapi bertempatlah,
    kekasih,tunang,suami or isteri patut menyemai kan cinta yang ada bukan meruntuhkan cinta yang ada…….jgn sesekali mengrunkaikan ikatan cinta tapi mengeratkan cinta kita,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s