Mencari Lelaki Idaman

Kebahagiaan dalam sebuah rumah tangga ibarat syurga yang menjadi idaman setiap pasangan. Jangan biarkan impian ini menjadi satu fantasi yang hanya bermain di alam mimpi.

Setiap pasangan yang baru mendirikan rumah tangga mengharapkan kebahagiaan yang kekal abadi. Untuk mengecapi kebahagiaan ini, kita seharusnya meneliti dengan lebih mendalam tentang diri sendiri, pasangan dan perkara yang ingin dinikmati dalam sebuah rumah tangga.

Namun, impian ini hanya akan tinggal di bibir sahaja, sekiranya tidak disertakan dengan ilmu penghayatan, persefahaman atau dalam erti kata lain, ‘asal berharta, dia adalah pilihanku’.

Pemikiran ini mendekatkan lagi pasangan dengan satu keadaan yang kurang memuaskan sehingga boleh menimbulkan konflik dalaman rumah tangga.

Malah, ramai yang mengaitkan perkahwinan sebagai jodoh tanpa diundang. Justeru, setiap pasangan seharusnya mempertimbangkan banyak perkara sebelum memutuskan untuk berkahwin.

Intim minggu ini berkongsi tip memilih calon suami yang benar-benar layak bertakhta di hati kamu.

Kenapa salah pilih?

Salah memilih teman hidup sering berlaku dalam kalangan pasangan hari ini.

Sama ada terlalu cepat untuk memutuskan hubungan atau terlalu mempercayai cinta sejati jejaka pilihan, ia boleh mengundang kesalan di kemudian hari.

Sikap kurang matang dalam membuat pilihan hidup juga boleh menjadi punca keretakan rumah tangga yang dibina.

Ini mungkin kerana sebahagian besar pasangan mengenal erti cinta pada usia muda.

Perjanjian sehidup dan semati diputuskan ketika usia masih belum matang dan dalam kebanyakan kes, apa yang berlaku ialah hubungan seks ‘berjalan’ mendahului cinta.

Luaskan pergaulan

Sudah tentu kita memiliki impian untuk hidup bersama pasangan. Usia muda mengajar kita menikmati segala kehidupan indah di bumi nyata.

Jadi, luaskan pergaulan sosial dengan rakan-rakan dan masyarakat sekeliling sebelum memilih pasangan ideal.

Jadikan ia sebagai penjaring atau penapis dalam menentukan siapa yang layak menjadi teman istimewa dalam pergaulan. Ingat, lelaki ideal tiada jaminan untuk menjadi pasangan kamu. Ia perlu dinilai dari segi sikap, perasaan, hati dan tingkah lakunya.

Justeru, luaskan dahulu pergaulan tanpa ada sebarang ikatan sebelum hati terbuka untuk kamu mendapatkan calon pasangan yang benar-benar sesuai.

Bangkit keintiman

Cinta tidak semestinya indah tanpa mencalitkan sedikit keintiman di sudut hatinya. Keintiman dalam proses percintaan bermaksud saling mengenal, mempercayai dan menyesuaikan diri antara dua peribadi dari dua latar belakang yang berbeza.

Sekiranya kedua-dua pasangan menemui titik persamaan yang serasi, nyata dia adalah pasangan ideal dan sesuai menjadi hak milik kamu.

Hormati hak peribadi

Hukum seks bagi wanita adalah the point of no return. Dalam gelora seksual, wanita memiliki tabiat seks yang semula jadi. Ia akan tiba pada suatu titik di saat detik-detik libido sudah berada di kemuncak.

Sekali titik libido memuncak, yang tidak ingin terjadi akan berlaku juga. Oleh itu, hormati hak individu agar setiap hubungan yang dibina dipelihara hingga berakhir ke jinjang pelamin.

7 thoughts on “Mencari Lelaki Idaman

  1. Hidup kita ini x semestilah kita akan dpt apa jua yg kita nak..harus di ingat..ujian allah sentiasa dtg x mengira waktu..dia akan beri apa kita x nak..ibaratnya jgn smpi kata memkn diri..cnthnya..klu blh jgnlah aku khawin dgn org yg berperangai mcm tu..tiba-tiba kita boleh tertemu jodoh dgn org yg berperangai begitu..dn begitu juga dgn ramai is3 kat luar sana, pasti sedapat mgkn x akan sanggup dimadukan..tup tup..suaminya khawin lagi..dn knp allah turunkan dugaan pada kita dgn memberi apa yg kita x nak sebenarnya..pasti ada hikmah dan harus di igt, tiada manusia yg sempurna di dlm dunia ni…Mencari lelaki atau wanita idaman, bukan semudah mcm kita beli brg dlm katalog..gambar nampak cantik dn memikat..belum tentu hati budi di dlm seindah rupa..walau x smua begitu..tapi anak cina mkn pengat..sendiri mau igt la..

  2. umor macam aku ni .. lelaki idaman dah tak ader … tapi .. bapak idaman ader .. .Kalau tanya aku .. lelaki idaman ni .. mestilah yang bertubuh sasa .. hitam manis .. lemah lembut .. kalau ader kereta yang berjenama oversea lagi bagus . Tapi .. itu cita rasa .. masa dua puluh tahun dulu .. sekarang ni bersyukurlah dengan aper yang ader .Suami pon di usia usia yang matang ni .. terlalu banyak perubahannya .. sembahyang tak pernah tinggal .. sudah mula menyebut nak pergi mekah .Hidup kita ni .. makin menuju tua .. dan semakin rasa keinsafan.Semua kegembiraan di dunia ini hanya bersifat sementara .. ketenangan abadi itulah yang harus dicari ..

  3. Saya hairanlah…kalau ada Seminar Menuju Keluarga Bahagia…ataupun yang lebih kurang dengannya…kenapa ramai kaum wanita yang berminat nak pegi berbanding dengan kaum lelaki. Kalau mereka pergi pun..bolehdikira dengan jari…sedangkan tanggungjawab mereka lebih besar dan berat…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s