Kewajipan hidup berjiran

Oleh Kamil Majid

SOALAN:
Assalamualaikum. Saya mempunyai masalah yang telah lama bermain di fikiran. Jiran saya membuat rumah hampir-hampir melanggar sempadan dan saya kira terdapat sedikit bahagian yang telah masuk ke sempadan tanah rumah orang tua saya. Bahagian bumbung memang telah melebihi sempadan dan kadang-kadang sampah dari dapur mereka dibuang ke kawasan rumah saya.

Hati kecil saya sering mengatakan yang saya tidak menghalalkan seinci pun tanah yang dilanggar oleh jiran saya. Saya bercadang untuk membuat tembok batu bagi menggantikan pagar yang sedia ada yang rosak akibat tingkap yang dibuka oleh jiran saya. Soalan saya adakah jiran saya itu dikira berdosa besar dan bolehkah saya berniat tidak menghalalkan apa yang bukan hak jiran saya? Setiap malam apabila tidur saya cuba untuk memaafkan semua orang muslimin muslimat tetapi apabila mengenangkan jiran yang tidak peduli soal kejiranan ini hati saya semakin sakit tambahan pula orang tua saya tinggal keseorangan di kampung. Harap ustaz dapat beri panduan.

– Ingin Tahu, Yassir Lutfi

Jawapan: Hak berjiran adalah satu perkara yang amat dititikberatkan oleh agama Islam. Dalam Islam, jiran adalah mereka yang dekat dengan rumah kita. Dalam bahasa klasik disebut, 40 buah rumah ke kanan dan 40 rumah ke kiri, 40 ke atas dan 40 ke bawah.

Ukuran ini menjadi relevan dengan rumah pangsapuri dan flat pada hari ini. Malah kehidupan dalam sesebuah taman perumahan. Semua mereka itu adalah jiran anda.

Sebagai jiran kita, masing-masing ada kewajipan dan ada hak. Abdullah Nasih `Ulwan dalam bukunya Pendidikan Anak-Anak Dalam Islam, ada memberikan empat asas yang semua pihak patut fahami, malah menganmalkannya:

(a) Jangan menyakiti jiran

Dasar ini memberi erti tidak boleh sama sekali melakukan zina, mencuri, mengutuk dan mencampakkan sampah sarap ke rumah jiran. Jadi perbuatan buruk terhadap jiran anda itu amatlah salah. Melakukan zina atau melakukan pencurian terhadap jiran sepuluh kali ganda lebih buruk daripada melakukannya kepada pihak lain. Hingga hadis Bukhari ada menyebut “Tidak beriman mereka yang menyakiti jiran.”

Manakah lagi satu perbuatan keji selain daripada berzina dengan anak jiran atau mencuri hak mereka. Ia boleh diibaratkan membuang najis ke dalam periuk nasi.

(b) Memelihara jiran
Setiap daripada kita wajib nmemelihara jiran. Sikap ini menandakan hati yang bersih. Sekali lagi Nabi s.a.w. mengingatkan “Siapa yang memenuhi hajat jirannya, Allah akan memenuhkan hajatnya.”

Kebalikan daripada kejahatan segala kebaikan hendaklah diberikan kepada jiran.

(c) Berbuat baik kepada jiran.
Dengan maksud jika jiran bergembira seperti dapat menantu, anak-anak lulus dengan baik dalam peperiksaan atau pelajaran, maka ikutlah sama memberikan tahniah dan jika mereka berduka kerana kematian keluarganya, berilah takziah, walaupun bukan seagama. Malah jika mereka ditimpai sakit ziarahilah mereka. Jika anda bertemu berilah salam atau sapalah mereka. Ertinya, jika ada keperluan mereka kepada pertolongan, mereka hendaklah dibantu. Dalam hal ini nabi Muhammad s.a.w. meletakkan mereka yang menghormati jiran itu sebagai tanda orang yang beriman.

Sebagai orang yang dekat, jiranlah tempat kita memohon pertolongan apa sahaja keperluan .Kepada jiran dalam perkara ini melebihi keluarga sendiri yang tinggal jauh. Jika habis air, garam,beras atau keperluan harian yang lain, maka jiranlah tempat mengadu, apa lagi di kampung. Jika ada kenduri kendara memerlukan kawasan, mangkuk pinggan, atau peralatan dapur, siapa lagi jika bukan jiran yang menjadi tempat untuk meminta bantuan.

Sikap dan perbuatan jiran anda yang di sebut di atas, bertentangan sama sekali dengan itu semua. Namun bagi kita pula hendaklah mengambil sikap dasar seterusnya.

(d) Menanggung kejahatan jiran.
Kata pepatah Melayu ‘‘Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali-kali”. Memang jika diikutkan hati yang panas, apa sahaja mahu dilakukan kepada jiran yang sebegitu rupa. Tetapi Islam meletakkan mereka yang membalas kejahatan jiran dengan kebaikan sebagai kedudukan yang paling mulia.

Rasulullah s.a.w selalu memuji orang yang berlapang dada, mudah memaafkan, memberi kepada mereka yang enggan berbuat begitu kepada kita, malah menghubung silaturrahim dengan mereka yang memutuskan silaturrahim.

Membalas kejahatan dengan kejahatan akan merosakkan perpaduan. Jika ada ruang untuk membaiki keadaan secara baik, itulah jalan paling selamat. Justeru itu kita dituntut memiliki perasaan bersabar dan tidak mudah jadi pemarah. Jangan bersikap panas baran

Dalam perkara ini pendidikan sejak awal perlu disemai, di mana setiap orang dididik agar tahu dan amalkan sikap berbaik-baik dengan jiran ini. Wallahualam.

5 thoughts on “Kewajipan hidup berjiran

  1. saya pn ada masalah dgn jiran. saya x pasti ape masalah diorang.mula2 sy n suami x ambik pusing pasal jiran ni.layan je la ape yg diorang laki bini ckp.hingga satu tahap diorang buat pagar hingga melepasi umah kitorang (pagar tolak2).kitorang bersabar je…yg paling kitorang tak puashati sikap diorang yg busy body.suka sgt mengintai2 ape yg kitorang buat. kalu beli barang pun….dah mula tarik muka. nampk sgt perubahannya.lepas tu ok balik. kitorang buat mcm biase je.selalu gak bg makanan dll.tp, sejak kitorang buat renovation umah n beli kereta baru, laki bini dah tak tegur kitorang dah…..ingatkan berjiran dengan orang tua okkk….tp hampehh….umur diorang dah lebih 50thn, dah ada cucu pun…ada jgk jiran lama diorang yg pesan kat kitorang supaya berhati2….la ni, barulah kitorg faham….

    mmglah sakit hati….tp sabo pn ada tahapnya…selalu sgt bila sy balik keje, kebetulan org tua tu kat luar….nampak sy dah blk, terus masuk umah…siap tutup pintu n gril kuat2..selama ni kitorg bertahan je….walaupun diorang suka bangga diri n mengumpat jiran lain.sbb kita fikir hidup berjiran.

    hinggalah satu pagi ada ular masuk kt umah kitorang. bayangkan betapa takutnya.anak yg umur 6thn siap mintk tlg kat laki jiran tua tu….tp dirang buat x tau.saya terjenguk2 kat umah sblh, bini dia tgh tgk tv…x lama lps tu tgk pintu diorang tertutup rapat. tp, alhamdulillah ada jiran lain yg dtg tlg. ramai yg dtg.tp jiran sebelah buat x tau. sejak hari tu, mmg saya buat x tau je dgn org mcm tu sehinggalah sy dpt tau diorg laki bini mmg ada sikap PHD (perasaan hasad dengki)

  2. Kebanyak manusia menjadikan berbeza beza walau pun kejadian jadian yg sama,ada yg sentiasa berkeduniaan ada yg mengejar pahala dan bala’. …yg roh mereka telah dibelengu-selaputi dgn kekotoran.hingga tdak dapat memahami/melihat cahaya penerangan diri.
    Masa dulu org berjiran oleh sebab dirantauan-kesusahan-mermerlukan diantara satu sama lain-suka atau tidak(meminjam gula beras kepayahan)bila dah boleh berdikari mereka merasa ego diri,semua nya ada , tidak perlu pertolongan jiran.ada yg menjadi iri hati,untok mengatasi.

    Membena tembok ada lah salah satu kebaikan diri tetapi tidak dapat meredakan keadaan,langkah yg positif untok mejaga diri.
    Lain kali jadi macam cina” kurangkan” terlampau mesra sekali mendekati dgn mana2 jiran hingga termakan diri….zaman masa…dunia dah berubah mah…..ular lidi dah jadi naga kiah!

  3. Intan … mungkin ada kejadian kejadian yang pernah menimpa mereka .. menyebabkan mereka tidak mahu bergaul dengan orang.Bila kita tak bercampur dengan orang ,berbagai fikiran negatif yang difikirkan.Walauapa pun intan kena menghormati mereka ..sebagai jiran dan orang tua.

  4. Kalau bahagian rumah memasuki sedikit dlm ke kawasan u..u dapat pahala,kalau u tak izinkan mereka berdosa.memandangkan orang tua u tinggal saorang,cuba paksa diri berbaik baik secara spontan aje….senyum manis pada bila melihat mereka atau menggantikan dgn kata2 sepatah dua,dgn cara ini dia org tidak terus mengasingkan orang tua u, semasa dlm ‘kesusahan memerlu apa apa pertolongan,buat sementara waktu baiki pagar yg sedia ada.menanam pokok pokok pagar-bunga dsb nya.

    Kadang kala manusia mempunyai prinsip2 tersendiri dlm kejiranan melalui pengelaman.ada yg senyum lebar atau manis macam madu tetapi kehitaman didalam hati, ada juga ahkibat trauma atau tekanan di dalam hidup yg lalu -menyebabkan kelakuan mereka sedemikian rupa atau menjadi perwatakan mereka kurang berjiran.

  5. kebanyakan manusia dipentas dunia ada lah dijadikan bahan ujian sebelum rumah kata pergi,kubor kato mare,bukan semua bangsa islam tu suci,berperasaan yg sama……kita cuba berkawan kalau orang tak mahu nak buat apa..tanggongjawab mengikut rukun kita dah jalan..perlu lah merayu lagi untok menyerah diri….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s