Kenali perubahan sikap anak gadis

Oleh Nor Afzan Mohamad Yusof

Ibu bapa perlu pantau kegiatan elak mereka terjebak hubungan sejenis

SEJAK kebelakangan ini masyarakat hangat memperkatakan mengenai masalah homoseksual atau gay yang dikatakan menular bagaikan wabak di kalangan masyarakat kota. Hakikatnya, masalah cinta sejenis bukan hanya berlaku di kalangan lelaki, tetapi juga remaja perempuan.

Lihat di sekeliling anda, pasti anda pernah melihat kelibat pasangan pelik remaja perempuan yang cantik menawan berjalan berpegangan tangan dengan ‘lelaki’ yang jika diperhatikan betul-betul adalah perempuan yang mempunyai tingkah laku seperti lelaki, selain turut bergaya kelelakian.

Percintaan antara remaja perempuan dengan pengkid, istilah yang digunakan bagi wanita bergaya seperti lelaki, bukan baru. Namun sejak kebelakangan ini masyarakat lebih banyak membicarakan mengenai permasalahan homoseksual sehingga terlepas pandang akan satu lagi masalah yang tidak kurang pentingnya, lesbian.

Pegawai Penerangan di Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, (LPPKN) Fouziah Hanim Yahya, berkata ibu bapa perlu memantau kegiatan anak mereka terutama yang sedang meningkat remaja bagi memastikan mereka tidak terjebak dalam gejala yang tidak sihat.

“Sekiranya anak perempuan atau lelaki yang balik ke rumah bersama teman, lantas mengunci bilik masing-masing untuk mendapatkan ‘privacy’, ibu bapa patut berasa curiga dengan perbuatan berkenaan kerana mereka ini terlalu bijak berpura-pura,” katanya selepas ditemui pada Kursus Bersiri Pembangunan Keluarga ‘Ilmukeluarga@LPPKN’, di Kuala Lumpur, baru-baru ini

Kursus itu membimbing remaja mengenal dan memahami peringkat perkembangan diri mereka bermula dari zaman kanak-kanak ke alam dewasa ke arah pembangunan potensi yang positif dan berwawasan. Ia juga diharap mampu mendidik remaja memilih matlamat yang sempurna sesuai dengan kebolehan dan keupayaan serta potensi mereka.

Beliau yang terbabit dalam pelbagai program keremajaan anjuran LPPKN berkata, puluhan tahun bersama remaja bermasalah seperti pengkid, beliau melihat masalah berkenaan banyak berpunca daripada sikap ibu bapa yang kadangkala terlalu sibuk dengan urusan harian hingga tidak mempunyai banyak masa bersama anak-anak.

“Remaja sebegini sering ‘memanfaatkan’ masa sibuk ibu bapanya dengan aktiviti sebegini. Pada peringkat awal, mereka berani menonton video cekera padat (VCD) yang membabitkan aksi kurang sopan sesama jenis dan pada peringkat yang seterusnya mereka juga sudah pandai meniru aksi berkenaan.

“Perhubungan yang dilaknat Allah ini sepatutnya kita tentang habis-habisan dengan mengenal akar umbinya kerana ia bagaikan api membakar sekam, boleh merosakkan generasi masa depan tanpa kita sedari secara perlahan-lahan. Ketiadaan undang-undang tertentu untuk mendakwa perbuatan berkenaan menjadikan mereka bebas melakukan apa yang disukai,” katanya.

Mengulas mengenai pengalaman terbabit dengan remaja seperti itu, beliau berkata rata-rata remaja itu bermula dengan perasaan kecewa, tertekan serta rendah diri. Komunikasi yang tidak berkesan dengan ibu bapa menjadikan mereka lebih mudah mencari hiburan luar.

“Di luar sana yang mana sudah ramai pengkid wujud, mencari gadis yang dalam kekecewaan inilah untuk menarik mereka ke arah kegiatan songsang yang mereka lakukan ini. Pengkid selalunya sudah kenal benar bagaimana rupa remaja yang bermasalah dan secara perlahan-lahan ‘menarik’ mereka ke lembah hina.

“Apabila sudah ‘berjaya’ mengubati kecewa remaja tadi, mulalah berlaku apa yang kita tidak ingini seperti lesbian dan sebagainya. Perhubungan yang mereka lakukan biasanya membawa kepada kesan kesihatan kerana menggunakan pelbagai peralatan termasuk alat kelamin tiruan dan objek keras seperti kayu dan sebagainya. Mereka mungkin agak sukar untuk berpatah arah kerana mereka sangka hubungan bebas atau perkara yang meruntuhkan moral itulah kebahagiaan, tetapi rupa-rupanya mereka tertipu,” katanya.

Walaupun daripada segi rupa paras, ada segelintir masih mengekalkan ciri wanita hingga mengelirukan orang lain, tetapi pemikirannya sudah terpesong kerana dipengaruhi hormon endrogen berlebihan.

Kajian sains menunjukkan biasanya seseorang wanita normal mempunyai paras hormon estrogen lebih tinggi berbanding testosteron, tetapi jika ia terbalik, maka ia boleh menjadi faktor yang menjurus kepada minat seksual berbeza daripada sepatutnya.

Wanita yang mempunyai hormon lelaki berlebihan akan mempunyai sifat kelelakian dari segi kelakuan, pemikiran dan perubahan identiti seksual mereka. Ia faktor dalaman yang menyebabkan pemikiran menjadi ‘kacau’. malah, mereka sanggup menyembunyikan payu dara dengan mengikat ketat menggunakan bengkung supaya dada kelihatan leper seperti lelaki.

“Remaja seperti ini juga memiliki perasaan cemburu yang tinggi, sekiranya ‘teman wanita’ mereka berkenalan dengan lelaki lain, mereka sanggup memukul. Malah yang menariknya mereka selalunya lebih gemar mendampingi remaja wanita cantik untuk dipikat,” katanya.

Sejarah lampau juga boleh merubah pemikiran mereka. Apabila seseorang wanita itu mendapat gambaran salah mengenai lelaki melalui pengalaman bertahun lamanya berdepan dengan lelaki kasar dan tidak bertanggungjawab.

“Menerusi pengalaman saya, ada kanak-kanak perempuan membesar dengan melihat sendiri ayah mereka bersifat bengis, kasar dan mungkin sering memukul, menyebabkan mereka membenci lelaki. Akibatnya mereka lebih tertarik dengan golongan Hawa, lebih mudah mesra dan rasa lebih hampir dengan wanita hingga menerbitkan perasaan yang tidak sepatutnya.

“Ada juga disebabkan kecenderungan ibu bapa membesarkan anak mereka dengan cara tidak bertanggungjawab apabila melayan anak perempuan seperti lelaki. Ada pasangan yang terdesak untuk mendapat anak lelaki sanggup melayan anak perempuan mereka dengan memakaikannya pakaian lelaki hingga menyebabkan anak itu lebih cenderung dan selesa menjadi lelaki,” tegasnya.

Walaupun sedih dengan masalah psikososial yang melanda anak-anak, ibu bapa katanya tidak boleh hanya duduk bersedih atau menuding jari mencari siapa yang silap kerana ia tidak akan membawa perubahan positif di dalam masyarakat.

Ramai ibu bapa yang sebenarnya sudah kehilangan punca dalam mendidik anak mereka walaupun mereka sudah mencuba sebaik mungkin dengan kemahiran dan kepandaian yang mereka ada.

“Remaja berjiwa kosong ini perlukan bantuan dan dalam usaha ini selain LPPKN, ibu bapa berperanan besar membimbing remaja sebegini. Sekiranya tidak menemui jalan penyelesaian seperti gagal merubah anak itu, maka bantuan kaunseling daripada pihak sekolah dan LPPKN contohnya, mungkin membantu,” katanya.

INFO: Pengkid

Tubuh badan ‘dijadikan’ seperti lelaki dengan menyorok payu dara menggunakan bengkung.

Memakai pakaian yang selalunya agak longgar dan potongan lelaki.

Rupa seperti lelaki. Contohnya berambut pendek dan jalan mendada dan agak mengengkang.

Kuat cemburu dengan ‘teman wanita’.

One thought on “Kenali perubahan sikap anak gadis

  1. bebudak yg jd pengkid tu msti ingat dia macho,mcm kutu busuk adelah. yg herannya pompuan tu x pkir ke ‘bnde’pengkid tu sama je mcm dia punya.ada nikmat ke????????????

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s