Merancang keluarga

Soalan: Saya berkerja dan suami saya juga bekerja dan mempunyai pendapatan agak lumayan dan berkemampuan untuk mendidik anak yang lebih ramai. Tetapi hakikatnya sekarang suami saya tidak mahu lagi menambah bilangan anak tanpa sebab dan menasihati saya supaya merancang dan jangan beranak lagi sedangkan saya masih berkeinginan dan berkemampuan. Bagaimana pandangan tuan dalam soal ini?

– Hamidah Saad

Teluk Intan Perak.

Jawapannya: Dalam soal ini ulama telah memberi pandangan mereka supaya sebarang keputusan itu adalah dengan persetujuan kedua-dua belah pihak. Ini berdasarkan firman-Nya bermaksud: Keputusan untuk menghentikan penyusuan itu hendaklah dengan persetujuan dan melalui perbincangan terlebih dahulu (Surah al-Baqarah ayat 233) Ertinya urusan peribadi, apa lagi urusan kekeluargaan itu, hendaklah diputuskan dengan persetujuan daripada kedua-dua belah pihak suami dan isteri. Jadi dalam masalah ini anda lebih tahu dengan kemampuan dan keperluan anda sendiri sesuai dengan kehendak agama itu sendiri yang mengalakan ramai umatnya, sedangkan cara perancang itu sendiri tidak mendapat jaminan doktor seratus peratus dan boleh berlaku kehamilan pada bila-bila masa sahaja tanpa disedari. Ini seperti mana sabda Nabi kepada mereka yang memberi tahunya untuk melakukan satu cara perancang iaitu dengan melakukan (‘azl) Rasululah, terus bersabda bermaksud: Lakukan sekehendak hati kamu tetapi ingatlah bahawa apa yang telah dirancang dan ditakdirkan-Nya itu pasti berlaku. Si suami perlu sedar bahawa tujuan dan hikmah perkahwinan itu sendiri, bukan semata-mata memuaskan nafsu sahaja malah untuk memperbanyakkan zuriat dan umat yang mana Rasulullah pasti akan berbangga dengan umatnya terutama yang berkualiti dan soleh lagi bertaqwa. Oleh itu pastikan anak yang anda lahir itu benar-benar yang berkualiti dan kelas pertama. Sekiranya anda dapat melahirkan seorang anak tersebut maka itulah keuntungan besar bagi keluarga tersebut. Wallahualam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s