Elak ‘perang dingin’

TIBA-tiba marah atau bermasam muka tanpa diketahui punca, antara sebab hubungan dengan pasangan berkocak.

Tidak cukup dengan itu, ada kalanya isteri mula rimas dan tidak selesa dengan suami. Puas berdehem dan berkeluh kesah namun si suami seperti tidak faham dengan reaksi sedemikian.
Apabila si suami bertanya, isteri mula semakin muncung seolah-olah ada sesuatu yang terbuku di hati. Suami sukar menelahnya biarpun usaha menegur sudah dilakukan tetapi ‘perang dingin’ bagaikan tidak berakhir di situ malah berterusan berhari-hari lamanya.

Semua ini hanya berpunca daripada suami yang lupa menghadiahkan rantai dijanjikan untuk hari ulang tahun perkahwinan mereka.

Bukan saja suami lupa membeli hadiah, malah langsung tidak ingat hari penting mereka kerana terlalu sibuk dengan urusan di pejabat.

Ikuti petua berikut untuk pasangan menilai dan mengeratkan lagi kasih sayang:

  • Tiba di rumah, carilah dia terlebih dulu sebelum melakukan hal lain. Pakar keluarga mengatakan, isteri yang selalu dibelai atau dipeluk akan berasa lebih tenang, bahagia dan pastinya menjamin rumah tangga lebih bertahan lama.
  • Ajukan pertanyaan khusus mengenai harinya dan tunjukkan keprihatinan anda mengenai apa yang dilakukannya.
  • Berlatih mendengar dan mengajukan pertanyaan. Anda digalakkan menjadi pendengar yang baik kerana mungkin seharian di rumah serta melayan kerenah anak-anak ada kalanya membuatkan isteri pening kepala.Si suami boleh bertanyakan mengenai aktiviti anak-anaknya menerusi isteri. Si isteri pula tentu bangga kerana anda seorang pendengar dan ketua keluarga yang baik.
  • Tahan godaan untuk menyelesaikan masalahnya sebaliknya, cubalah untuk merasai situasi yang dihadapinya.
  • Apabila berbicara dengannya, letakkan akhbar atau matikan televisyen dan berilah perhatian penuh pada dirinya.
  • Berikan dia bunga-bungaan sebagai kejutan ataupun pada hari istimewanya misalnya pada ulang tahun hari lahir. Anda boleh menghubungi kedai bunga untuk menempah bunga-bungaan indah buat isteri tercinta.Kejutan itu pasti membuatkan si isteri berasa bangga pada sikap suami yang begitu prihatin pada hari pentingnya.
  • Rancang aktiviti bersama, jangan menunggu hingga hari minggu untuk bertanya apa yang ingin dilakukannya.Tugas isteri (sekiranya tidak bekerja) boleh membuat pelbagai perancangan dan cadangan kepada suami. Kebijaksanaan isteri dinilai oleh suami kerana ia membantu mengukuhkan lagi hubungan kekeluargaan.
  • Ketika isteri sibuk, tawarkan bantuan padanya contohnya menyediakan makan malam atau menjaga anak.Sekiranya ada tugas melipat kain yang baru diangkat daripada jemuran, suami boleh ringan tangan untuk melakukan tugas mudah sambil menonton televisyen bersama.
  • Puji penampilan isteri. Mungkin isteri tidak meminta tetapi barangkali jauh di sudut hatinya begitu berharap apatah lagi jika suami tidak pernah menuturkannya.Pujian bagaikan penawar yang sudah lama dinantikan kerana mungkin masakannya yang sedap pada hari itu atau penampilannya jauh berbeza daripada hari sebelumnya.
  • Hargai perasaannya jika dia marah. Barangkali apa yang diluahkan ketika dia marah itu, ada kebenarannya dan suami jangan terlalu ego untuk menilai semua perbuatannya hingga memungkinkan rasa marah itu.
  • Sekiranya mahu pulang lewat, telefonlah isteri dan beritahu padanya. Sifat sedemikian akan membuatkan isteri rasa lebih dihargai.
  • Jika perasaannya terluka, tunjukkan simpati. Ada kalanya sikap anak-anak boleh mengguris hatinya atau perbuatan si suami membuat hatinya terguris. Sebelum lebih parah, lakukan pencegahan awal.
  • 5 thoughts on “Elak ‘perang dingin’

    1. aku mmang x ingat tarikh ulang tahun prkahwinan.. xada pn bli hadiah aper2 untk isteri ku… tp isteri ku mmang x pnah mrah pn… kerana aku dr awal lg dh bagitau dia aku mmang mdah lupa pasal tarikh.. tarikh hari lahir aku pn kekadang x ingat..
      pendek kata aku jarang blei terus ingat sesuatu tarikh melainkan aku berfikir trlebih dahulu…
      pendek kata la snang jer klau kita berterus terang ng isteri walau ape2 hal jerr..
      isteri aku x pnah membantah klau aku nk kuar malam sbab dia tau ng sper aku kuar..
      dipendekkan kata lg ada bagus nya klau isteri tahu ng saper kita brkawan, dan klau dh blei dpat lampu hijau kuar malam ng kekawan tu jgan la pandai melencong ke aktiviti x sihat plak… klau kantoi kan naya, lpas tu jgan harap dia nk percaya lg..
      cuma satu jer aku nk pesan klau ikhlas ng isteri cuba la eja perkataan isteri tu ng huruf penuh.. x yah wat singkatan conth: istri, is3, bini ata mcm lain lg yg rmai org guna.. kebaikannya kita akan slalu ingat bhawa kita sdah beristeri…
      bila ingat dh beristeri tu kita akan ingat batas2 hidup kita diblkang isteri..
      ada percaya x…. cubalah slalu

    2. Dunia perkhawianan ibarat roda yg berputar, ada kala kala kita berada di atas dn ada kala kita berada dibwh..xda perkhawinan yg x pernah ada mslah langsung..itu bohong semata2..jika x besar pasti ada mslh kecil..krn perkhawinan adalah utk menyatukan 2 org yg berlainan jantina, keperibadian utk hidup bersama dibwh satu bumbung dn tidur sekatil..harus di ingat setiap apa jua permasalahan, pasti ada jln penyelesaian..hidup suami is3 harus memberi dn menerima seadanya…jodoh kita adalah yg terbaik allah anugerahkan pd kita..rajuk asam garam perkhawinan tapi jgn sampai rajuk yg berterusan akan mendtgkan perasaan bosan pd pasangan..berpada2lah..

    3. askum…
      aku dan suamiku dah berkahwin hampir 4 tahun. kami tidak duduk besama memandangkan dia bekerja di kuantan pahang…
      kadang kala seminggu sekali pulang atau 2 minggu sekali…
      masalahnya saya selalu bergaduh berkenaan masalah seks…
      dia terlalu dingin dengan saya…
      saya tahu dia tidak curang dngan saya tetapi keadaan nya yang selalu tiada keinginan utk bersama saya membuatkan saya terasa dia ada orang lain…(syak wasangka)
      walaupun dia tiada keinginan saya selalu memaksa dia untuk bersama saya…
      saya takut akan masalah keluarga sekarang…
      dan berusaha untuk menjauhinya…
      masalahnya suami saya seperti tiada keinginan…
      entahlah….
      saya ikut segala kemahuan…tetapi… masalah lain pula yang timbul…

    4. dulu aku kawin dgn xxxxx kerana harta,gaji dia dan dia suka kan aku…jadi aku ambil kesempatan.

      Perwatakan tarikan wajah,keingin tiada brangkali sekali kali..amat tipis..bukan salah ku dia nak kan aku..

      penyiksaan zahir batin dapat di baca,walau pun bagitu ia tetap setia pada ku

      itu lah ibarat kawin keadaan paksa bukan cinta mencintai

    5. edriana,
      kalau ikut dari segi hukum alam, bila duduk berjauhan dan balik sekali sekala, pasti keinginan utk bersama akan mengebu2..tapi masalah yg u hadapi tu seperti ada udang di sebalik batu..terus terang cakap dia xda perasaan utk bersama dgn u atau mgkn dia ada sebab lain (masalah lelaki), u yg lebih tahu masalah dia kat mana sebenarnya..jgn biarkan keadaan ini berlarutan krn akan menjadikan suasana rmhtangga jadi suram

    Tinggalkan Jawapan

    Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

    WordPress.com Logo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

    Twitter picture

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

    Facebook photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

    Google+ photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

    Connecting to %s