Layari Internet secara selamat

Berapa ramai ibu bapa yang memantau aktiviti anak-anak ketika mereka melayari Internet?

KOMPUTER sejak sekian lama dipercayai sebagai sumber informasi yang boleh digunapakai oleh orang dewasa mahupun kanak-kanak.

Perkembangan perkhidmatan dalam talian dan kemudahan Internet yang mendadak menambah dimensi baru dalam bidang komputer.

Kini, dengan kemudahan Internet, kanak-kanak berupaya memperoleh lambakan maklumat tanpa bernoktah dan peluang berinteraksi biarpun tanpa bersua muka. Namun, keadaan ini akan mendedahkan anak dengan pelbagai risiko dan bahaya di luar jangkaan.

Kebanyakan perkhidmatan dalam talian membekalkan anak dengan kepelbagaian sumber seperti ensiklopedia, berita semasa dan khidmat perpustakaan serta bahan-bahan berguna.

Ramai ibu bapa mengajar anak supaya tidak bercakap dengan individu yang tidak dikenali atau membuka pintu apabila berada di rumah seorang diri. Tidak kurang juga ramai yang memantau aktiviti dan tindak tanduk anak-anak mereka.

Tetapi, berapa ramai ibu bapa yang memantau anak-anak mereka melayari Internet?

Ibu bapa tidak boleh sewenang- wenangnya menganggap anak-anak dilindungi sepenuhnya oleh pemantauan dan undang-undang yang disediakan oleh perkhidmatan dalam talian.

Kebanyakan ‘bilik bersembang’ atau ‘kumpulan berita’ langsung tidak dipantau. Ini kerana sesiapa sahaja boleh menggunakannya tanpa mendedahkan identiti sebenar. Jadi, ini bermakna, si anak tidak tahu sama ada ‘rakan’ di talian seorang kanak-kanak sepertinya atau orang dewasa yang menyamar sebagai seorang budak.

Antara risiko atau masalah yang terlibat termasuklah:

n Anak mungkin memasuki laman web yang tidak sepatutnya.

n Memperoleh maklumat yang mendorong perasaan marah, benci, keganasan atau pornografi.

n Anak berkemungkinan terpengaruh dengan pengiklanan melampau.

n Kanak-kanak mungkin dijemput mendaftarkan diri di sesebuah kelab atau hadiah di mana maklumat peribadi dan isi rumah berkemungkinan terbocor kepada sumber tidak dikenali.

n Tempoh masa yang dihabiskan melayari Internet bererti hilangnya kemahiran bersosial.

Bagi memastikan pengalaman melayari Internet anak lebih selamat dan berunsur pendidikan, ibu bapa boleh mencuba beberapa langkah di bawah:

n Hadkan jumlah masa yang dihabiskan oleh anak di hadapan komputer atau melayari Internet.

n Ajar anak tentang rasional bahawa bersembang dengan ‘nama skrin atau samaran’ dalam ‘bilik sembang-sembang’ sama dengan bercakap dengan orang yang tidak dikenali.

n Didik anak agar tidak memberi sebarang maklumat peribadi kepada orang yang tidak dikenali atau dalam mana-mana laman web.

n Ajar anak supaya tidak sewenang-wenangnya bersetuju bertemu dengan sesiapa yang mereka kenali menerusi Internet.

n Jangan sesekali memberi nombor kad kredit kepada anak bagi mengelakkannya daripada membuat pembelian dalam laman web yang tidak sepatutnya.

n Berikan peringatan kepada anak bahawa apa yang dilihat atau dibaca di Internet tidak semestinya benar.

n Gunakan tanggungjawab sebagai ibu bapa dengan mengehadkan peluang anak daripada melayari laman-laman web yang tidak sepatutnya atau menghabiskan masa yang lama berbual kosong.

n Sediakan alamat emel hanya apabila anak sudah cukup matang untuk mengendalikannya.

n Ingatkan anak supaya mematuhi garis panduan yang sama apabila menggunakan komputer di sekolah, perpustakaan atau di rumah kawan-kawannya.

Ibu bapa perlu ingat bahawa komunikasi dalam talian tidak menjanjikan keupayaan anak berinteraksi dengan dunia nyata. Meluangkan masa dengan anak untuk meneroka dunia alam maya akan memberi peluang kepada kedua-dua pihak untuk memantau aktiviti yang berlangsung.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web http://www.parent.net.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s