Kikis perasaan malu anak

Dengan memberi anak peluang mencuba pelbagai aktiviti dan hobi berbeza, anda sebenarnya membenarkan anak bersosial dengan orang lain.

PERASAAN malu boleh menjadi satu keadaan yang menyukarkan ibu bapa dan juga anak-anak. Ibu bapa bagaimanapun perlu sedar bahawa naluri segelintir kanak-kanak sememangnya senyap dan tidak seaktif kanak-kanak lain.

Salah satu kunci untuk menyedari perasaan malu yang menjadi satu masalah itu ialah apabila anak-anak mula menimbulkan masalah di sekolah mahupun interaksi sosial.

Bagaimana anda boleh membantu?Buat permulaan, jangan sesekali memberitahu anak bahawa dia pemalu atau memanggilnya dengan pelbagai gelaran. Pada kebanyakan masa, mereka yang disalah erti sebagai pemalu adalah senyap dan tidak suka orang lain memberitahunya kepada mereka.

Mereka sebenarnya sedar akan perasaan malu yang wujud dan tidak memerlukan orang lain untuk menekankan perkara itu. Sebaliknya, berikan pujian pada hari-hari di mana anak anda tidak malu seperti kebiasaan. Biarkan anak tahu bahawa anda suka apabila dia lebih bijak bersosial dan berinteraksi.

Cuba dapatkan anak untuk meluahkan perasaannya. Daripada berkata: “Kenapa Ahmad begitu pemalu?”, anda boleh meminta pandangannya mengenai sesuatu situasi yang dihadapinya.

Berikan peluang kepada anak untuk merasai interaksi sosial. Berikan dorongan kepada anak untuk menjemput kawan-kawannya ke rumah biarpun sekadar menghadiri perjumpaan biasa.

Biarkan anak meluangkan masa bersama orang yang mereka berasa selesa untuk membina harga diri dan kemahiran bersosial sebelum membawa mereka ke tempat yang lebih sesak.

Kanak-kanak biasanya belajar menerusi pemerhatian dan meniru apa yang dilakukan oleh ibu bapa. Jadi, adalah penting ibu bapa menunjukkan contoh yang baik dengan bersosial dan menjaga perlakuan diri.

Anak-anak yang melihat ibu bapa mereka bersosial dengan orang lain akan cuba menjadi tidak pemalu. Tetapi ini tidak bermakna anda patut memaksa anak melakukan sesuatu di luar kemampuan dan kerelaannya. Berikan dorongan apabila perlu dan cuba bantu mereka menyesuaikan diri mengikut keadaan khasnya apabila berada di majlis-majlis tertentu. Anak-anak patut diberi peluang berasa selesa dan mempunyai sokongan anda.

Galak anak mencuba aktiviti baru dan berkomunikasi terhadap perasaan anda. Melalui dorongan, anak-anak akan berasa selamat dan selesa untuk mengetahui tiada apa yang perlu ditakutinya.

Dengan memberi anak peluang mencuba pelbagai aktiviti dan hobi berbeza, anda sebenarnya telah membenarkan anak bersosial dengan orang lain dan memperkenalkan mereka kepada orang yang memiliki minat serupa.

Ingatlah bahawa anak-anak berupaya ‘menangkap isyarat senyap’ dengan mudah. Sekiranya anda berasa gelisah, si anak juga akan perasan dan bertambah gemuruh kerana kegelisahan anda memberitahunya bahawa sesuatu yang buruk pasti telah berlaku.

Kongsikan pengalaman anda dengan anak. Biarkan anak tahu bahawa anda memahami perasaannya. Setiap orang daripada kita sebenarnya pernah melalui peringkat tumbesaran di mana kita berasa malu, gelisah dan takut. Jadi, kongsikan situasi dan cara anda menguruskan keadaan itu dengan si anak.

Akhirnya, biarkan anak tahu bahawa perasaan malu bukan satu kecacatan watak dan tiada yang perlu dimalukan.

Katakan kepada anak, dalam kebanyakan situasi tidaklah begitu menakutkan seperti yang disangkakan dan adalah menjadi tanggungjawab anda untuk membantu mereka memahami perkara ini.

Situasi atau keadaan yang membuatkan seseorang anak gelisah dan takut boleh dipermudahkan apabila anda menerangkan perkara sebenar kepada mereka. Beritahu mereka bahawa segalanya baik dan apakah sebenarnya yang berlaku.

Memiliki perasaan malu tidak semestinya menjadi satu masalah besar. Apa yang boleh anda lakukan adalah memberi perhatian kepada anak dan menggalakkannya agar lebih bersosial. Sekiranya perasaan malu menjadi sukar terkawal, mungkin tiba masanya anda mendapatkan bantuan profesional.

Untuk maklumat lanjut mengenai didikan anak yang sempurna, sila layari laman web www. essortment.com.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s