Nilai masa berkualiti

BEBAN masalah yang terpaksa ditanggung ibu bapa te rutama yang bekerja semakin berat. Tuntutan keperluan semasa di samping tanggungjawab kepada keluarga perlu disempurnakan sebaiknya.

Berjaya dalam kerjaya di samping menjadi ibu bapa yang berkualiti di rumah dua elemen berbeza namun bukan mudah untuk melaksanakannya.

Komitmen pada tugas juga ada kalanya membuatkan masa dengan anak semakin terhad. Anak pula menilai kasih sayang menerusi masa yang diberikan ibu bapa untuk bersama mereka.

Tidak ada suatu apapun yang boleh menggantikan masa. Renungkan panduan berikut dalam usaha mengeratkan kasih sayang keluarga dengan meluangkan waktu bersama.

> Solat berjemaah

  • Tiada masa paling berkualiti selain solat berjemaah.
  • Dengan solat berjemaah, bapa sebagai imam akan lebih dihormati sebagai ketua keluarga.
  • Selepas itu bermaaf-maafan pula, tidak perlu tunggu hanya pagi hari raya untuk memohon kemaafan.
  • Pada hari minggu, boleh diselitkan tazkirah sebagai san tapan minda dan rohani.
  • Selepas solat, guna doa yang boleh difahami ahli keluarga. Solat berjemaah bersama keluarga meningkatkan kemesraan serta keakraban di antara ibu bapa dan anak.> Makan malam bersama
  • Persefahaman dan keharmonian dapat dibentuk dengan sering makan bersama. Sepanjang waktu makan, tanyalah mengenai hari masing-masing untuk meningkatkan ke mesraan.
  • Jika ada masalah yang mahu dibincangkan, lakukannya di luar waktu makan. Jika anak membuka tajuk perbualan yang mungkin menimbulkan ketegangan, kawal keadaan. Minta anak ceritakan selepas makan, usah hilangkan selera makan dengan perasaan negatif.> Ambil cuti
  • Ambil cuti dan rancang percutian untuk bersama keluarga. Bagi anak, apa yang penting adalah masa yang diluangkan ibu bapa bersama mereka. Sebagai ibu bapa pula, usah merungut dan mengungkit sehingga membuatkan anak rasa bersalah.> Temani anak
  • Anak mungkin tidak meminta tetapi apa salahnya me nemani mereka dalam keadaan mereka memerlukan kita seperti menghantar ke sekolah pada hari peperiksaan dan temani mereka ketika mengambil keputusan peperiksaan.
  • Sebagai ibu bapa, perlu diingat, yang penting ialah perasaan anak, bukan perasaan kita. Oleh itu, temani mereka dalam apa jua keadaan.> Adakan masa untuk setiap anak
  • Masa yang berkualiti bukan saja perlu diberikan untuk seisi keluarga tetapi ibu bapa hendaklah menyediakan masa untuk bersama dengan setiap anak secara individu.
  • Sebagai contoh, ada masa ibu bapa membawa hanya seorang anak bersama waktu mengajaknya makan di luar. Pada hari lain, giliran anak yang lain pula.>Menjadi pendengar yang baik
  • Hikmah diberikan satu mulut dan dua telinga ialah supaya kita lebih banyak mendengar daripada berbicara. Dalam aspek keibubapaan, didapati menjadi pendengar yang baik adalah perkara paling mudah untuk dibuat tetapi sukar untuk dipraktikkan.
  • Tumpukan terhadap apa yang hendak disampaikan anak. Mengangguk kepala, mengiyakan, lihat mata anak dan be rikan tindak balas sewajarnya.
  • Anak tahu sama ada mereka diambil berat atau tidak dipedulikan biarpun di kalangan anak yang masih kecil. Ini kerana bahasa gerak badan kita boleh menunjukkan ke ikhlasan dalam memberikan balasan kepada mereka.>Berceritalah
  • Semua orang sukakan cerita terutama anak. Jika diper hatikan, sebahagian besar kandungan al-Quran mengandungi cerita yang memberi banyak petunjuk dan pengajaran.
  • Bercerita adalah cara terbaik untuk mendidik anak. Anak jadi negatif disebabkan cerita yang mereka baca, dengar dan lihat sama ada di radio, televisyen, Internet dan pelbagai media lain.
  • Jika tidak bercerita dengan anak, mindanya mungkin akan dipengaruhi cerita yang negatif.
  • Melalui cerita itu, kita dapat membentuk peribadi dan sahsiah diri mereka.
  • Tinggalkan Jawapan

    Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

    WordPress.com Logo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

    Twitter picture

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

    Facebook photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

    Google+ photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

    Connecting to %s